HARGA MINYAK NAIK LAGI!

Harga minyak naik lagi hari ini.  Kenaikan sebanyak RM0.10 bagi RON 95 dan RM0.20 bagi RON 97, manakala harga disel kekal pada RM2.05.  Kenaikan ini hanya diketahui oleh pengguna selepas ianya dinaikkan tidak seperti sebelum ini.  Notis kenaikan hanya dimaklumkan kepada pengusaha stesen dan syarikat minyak sahaja.  Manakala rakyat hanya mendapat ‘manfaat’ kenaikan harga.

Ini kenaikan kedua bagi tahun 2015.  Pada bulan lepas, minyak juga naik sebanyak RM0.10 bagi semua jenis.

Tidak pasti apa rasional kenaikan ini selain daripada penetapan harga berasaskan apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia.  Dengan penghapusan subsidi untuk RON 95 dan disel yang telah dihentikan oleh Kerajaan sejak 1 Disember 2014, maka kelihatannya harga minyak akan terus meningkat.

Ini adalah mudah kerana, PETRONAS bergantung kepada kenaikan harga bagi menyumbang untuk Kerajaan.  Lebih banyak sumbangan oleh PETRONAS kepada Kerajaan akan meningkatkan harga minyak dan beban ini ditanggung oleh rakyat seperti anda dan saya.

Maka apa manfaatnya, negara menghasilkan minyak jika rakyat terpaksa membayar lebih kepada hasil di bumi sendiri?

Sesiapa sahaja boleh mengagak, bahawa harga minyak dunia walaupun menurun namun kadar dan kekerapan penurunan  adalah lebih sedikit berbanding kadar dan kekerapan harga meningkat.  Maka, apabila diadakan harga apungan terurus (kaedah licik kerajaan), kerajaan sebenar lepas tangan dan merujuk kepada harga minyak dunia sebagai asbab kenaikan harga di Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia tidak bernasib baik kerana negara mempunyai sumber minyak mereka sendiri namun dengan kaedah licik, rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak.

Selain itu, kenaikan dan penurunan harga minyak dunia hanya dalam ‘sen-sen’ sahaja.  Ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir hanya dua kali pernah mendengar harga minyak naik secara genap seperti sekarang, RM0.10 dan sebagainya.  Seingat saya, kadang-kadang harga minyak naik 2 atau 3 sen sahaja.  Hanya selepas Perdana Menteri ke-5 dan ke-6 harga minyak naik dalam kadar genap, 10 sen, 20 sen dan 30 sen.

Mungkin kerajaan perlu memikirkan mekanisme penetapan harga yang lebih realistik dan munasabah, tanpa ada agenda licik untuk mengabui mata rakyat dengan menolak kenaikan harga berasaskan purata harga apungan!


Selamat menikmati kenaikan harga minyak sempena Aidil Fitri.  Rakyat didahulukan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?