Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

HARI ANTARABANGSA WARGA TUA - 1 OKTOBER

Imej
(Poster 'Hari Antarabangsa Warga Tua' - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) "Ayah dan ibu..ayah dan ibu..Itulah permulaan kami..Dapatlah melihat bulan dan Matahari..Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi..Ahai...Ayah dan ibu lah..Mesti dihormati..Ayah dan ibu..Wali dan juga keramat..Pada mereka kita beri hormat..Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup ..Supaya hidup kita akan selamat.." itulah bait-bait lirik lagu Ayah dan Ibu yang dipopularkan oleh arwah Sudirman Hj. Arshad. Ayah dan Ibu adalah permulaan kita semua. Sejak 1990, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan setiap 1 Oktober sebagai Hari Antarabangsa Warga Tua. Tema perayaan pada tahun ini ialah "Hak-hak Warga Tua". Tema ini dipilih bersempena Ulangtahun ke-60 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Kemanusiaan. Terdapat hampir 600 juta penduduk dunia berusia 60 tahun ke atas; jumlah ini akan menjadi sekali ganda menjelang 2025 dan akan mencapai dua ribu juta menjelang 2050 dengan majori

SALAM AIDIL FITRI

Imej
(Gambar diambil daripada www.mstar.com ) Aidil Fitri datang lagi. Kita di Malaysia bakal menyambut 1 Syawal pada 1 Oktober 2009 (Rabu). Dengan pelbagai wajah dan suasana. Selepas graduasi dari Universiti Ramadhan selama sebulan, pelbagai peristiwa pahit dan manis mengiringi Syawal. Peningkatan kematian pada Ops Sikap 17. Pembebasan kru kapal milik MISC yang menjadi tawanan lanun di luar perairan Somalia. Penurunan harga runcit Petrol untuk kali kedua. Penangguhan Perhimpunan Agong UMNO 2008 dari Disember ke Mac 2009. Belum puas mengecapi udara Universiti Ramadhan, walaupun 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan tapi terasa amat singkat dan cepat berlalu. Aidil Fitri setiap tahun menjanjikan pelbagai cerita menarik, suka mahupun duka. Menyiapkan anak-anak dengan pelbagai keperluan berhari raya, selain itu menonton iklan-iklan korporat sempena Aidil Fitri saban tahun mengundang pelbagai intepretasi. Misalnya iklan PETRONAS lakonan Maria Arshad (betul ke?) amat menyentuh kalbu. Sempena Aidil

HARI KEAMANAN ANTARABANGSA - 21 SEPTEMBER

Imej
Pelbagai usaha dibuat untuk memastikan dunia yang kita huni ini sentiasa aman dan damai. Tiada persengketaan. Tiada peperangan. Tiada perbalahan. Tetapi lebih banyak yang diharapkan lebih banyak yang terjadi. Sungguhpun kadang-kadang ianya hanya konflik dalaman sesebuah negara, misalnya di Thailand mahupun Pakistan, sekadar contoh. Justeru itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1981 telah mengisytiharkan tarikh 21 September sebagai Hari Keamanan Antarabangsa dengan perayaan pertamanya pada tahun 1982. Sejak tahun 2002, PBB telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 21 September sebagai Hari Keamanan Antarabangsa. Di negara kita, pelbagai acara diadakan bagi memperingati 21 September, misalnya Larian Keamanan, Kayuhan Keamanan, Puasa Keamanan dan pelbagai lagi acara samada di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun nasional. Selain itu Hari Keamanan Antarabangsa, tarikh 21 September juga telah diisytiharkan sebagai Hari Gencatan Senjata Global. Dengan pengiktirafan ini, hari i

TEPAT MASA MAJU BANGSA!

oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad Kalau kita hendak tahu sama ada seseorang atau sesuatu bangsa itu cekap atau maju, malas atau rajin, kita lihat pada setakat manakah mereka menghormati atau patuh kepada masa dan cekap menguruskan masa dalam kehidupan dan kegiatan mereka. Nilai masa bagi orang yang sibuk, rajin dan cekap disamakan dengan nilai emas. Mereka sentiasa mengejar masa. Masa tidak menunggu mereka. Bagi orang yang malas ata u tidak cekap, masa dilihat sebagai angin yang lalu: Dipegang tak dapat, dibiarkan lepas. Mereka menganggap masa boleh menunggu mereka. Orang yang sibuk selalu berkata, mereka ada masa. Orang yang malas selalu berkata, mereka tidak ada masa. Dalam Islam orang yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dianggap orang itu beriman dan beruntung. Dalam Surah Al-'Asar, Allah berfirman: Demi Masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasih

KERANA BAHASA BADAN MERANA

Imej
Saya bukanlah berhati kering, tetapi bila membaca laporan seorang wanita malang, M. Rajeshvari yang terpaksa menjadi tahanan di depot tahanan Jabatan Imigresen di Lenggeng selama 11 bulan hanya kerana gagal membuktikan bahawa dia rakyat Malaysia dan bukan pendatang seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa. Kegagalannya membawa kad pengenalan, gagal mengingati nombor kad pengenalan, gagal bertutur Bahasa Malaysia akhirnya disangka pendatang asing Sri Lanka! Puan Rajeshvari dan anaknya selepas dibebaskan dari Depot Imigresen Lenggeng (Gambar diambil dari akhbar The Star - 9 Ogos 2008) Yang lebih malang bagi wanita malang ini ialah kegagalan keluarganya, atau suaminya (difahamkan mengandung 6 bulan sewaktu ditahan dan melahirkan anak semasa dalam tahanan) gagal mengesan atau membuat laporan polis mengenai kehilangannya! Pada saya hal ini membenarkan andaian sesetengah pihak bahawa institusi kekeluargaan di Malaysia semakin menipis dan mulai terhakis, kalau tidak masakan keluarga si Raje

CAUVINIS BAHASA MELAYU vs CAUVINIS BAHASA INGGERIS

Imej
oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad SEORANG menteri Melayu telah membuat kenyataan yang mengelirukan terhadap nilai dan fungsi bahasa Melayu di negara ini dan terhadap orang yang cuba mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, kenyataan menteri itu disiarkan secara besar-besaran di muka depannya dengan tajuk `Master English or the nation will lose out, Ignore language chauvinists'. Saya katakan bahawa kenyataan ini mengelirukan atau boleh menimbulkan kekeliruan pada pandangan rakyat dan pelbagai pihak di negara ini terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara ini kerana dua sebab. Pertama, daripada kenyataan itu, kita diberikan gambaran seolah-olah negara akan kalah atau rugi atau `lose out' jikalau rakyat Malaysia, khususnya agaknya orang Melayu, tidak menguasai bahasa Inggeris, dan kedua, orang atau kumpulan yang cuba mempertahankan b

ANTARA LANGIT DAN BUMI - DEBARAN 16 SEPTEMBER

Imej
Langit Bumi Jam terus berdetik tanpa jemu. Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik

HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA - 8 SEPTEMBER

Imej
Hari ini pada setiap tahun, Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan. Sejak tahun 2000, kerajaan-kerajaan di dunia bersama agensi dan sayap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah melancarkan empat inisiatif kesemuanya menumpukan kepada aspek pendidikan. Empat inistiatif: Pendidikan Untuk Semua (2000-2015) , Sasaran Pembangunan Millenium (2000-2015), Dekad Celik Huruf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2003-2012) dan Dekad Pendidikan Untuk Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2005-2014). Tema sambutan pada tahun ini ialah Literacy is the Best Remedy atau ‘Celik Huruf adalah Penawar Terbaik’, bertujuan merapatkan jurang pendidikan masyarakat bandar dan luar bandar khususnya kanak-kanak dengan keutamaan kepada pribumi dan masyarakat asli. Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi Hari Celik Huruf Antarabangsa tahun ini memberi fokus terhadap kaitan rapat celik huruf dan kesihatan. UNESCO dan rakan-rakan kerjasama menggariskan kepentingan bagi mengu

PAK SAMAD ISMAIL - TOKOH PEJUANG & WARTAWAN

Imej
Gambar arwah Pak Samad Ismail dari blog teman Pak Samad Ismail (Tan Sri Abdul Samad Ismail) meninggalkan kita pada hari Khamis, 4 September 2008, selepas beberapa hari Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51. Pak Samad selain tokoh wartawan yang berintegriti dan dedikasi sehingga akhir hayatnya merupakan tokoh kemerdekaan yang menyertai YAM Tunku Abdul Rahman ke London pada tahun 1956 untuk merundingkan kemerdekaan negara. Saya tidak pernah menemui Pak Samad secara peribadi tetapi sering mengikuti kisah dua 'Samad' yang seorang lagi Pak Samad Said dan allahyarham Pak Samad - tokoh pejuang dan wartawan. Malah dalam buku nukilan kartunis tersohor - Datuk Lat, arwah digambarkan seorang yang tegas tetapi kelakar, tidak kedekut ilmu. Malah beberapa tahun kebelakangan ini minat saya untuk mengumpul karya-karya arwah begitu meningkat misalnya, saya memborong beberapa karya arwah sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di gerai Creative Enterprise, se