HARI KEAMANAN ANTARABANGSA - 21 SEPTEMBER



Pelbagai usaha dibuat untuk memastikan dunia yang kita huni ini sentiasa aman dan damai. Tiada persengketaan. Tiada peperangan. Tiada perbalahan. Tetapi lebih banyak yang diharapkan lebih banyak yang terjadi. Sungguhpun kadang-kadang ianya hanya konflik dalaman sesebuah negara, misalnya di Thailand mahupun Pakistan, sekadar contoh.

Justeru itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1981 telah mengisytiharkan tarikh 21 September sebagai Hari Keamanan Antarabangsa dengan perayaan pertamanya pada tahun 1982. Sejak tahun 2002, PBB telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 21 September sebagai Hari Keamanan Antarabangsa. Di negara kita, pelbagai acara diadakan bagi memperingati 21 September, misalnya Larian Keamanan, Kayuhan Keamanan, Puasa Keamanan dan pelbagai lagi acara samada di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun nasional.

Selain itu Hari Keamanan Antarabangsa, tarikh 21 September juga telah diisytiharkan sebagai Hari Gencatan Senjata Global. Dengan pengiktirafan ini, hari ini akan menjadi ingatan kepada semua sebagai hari tanpa keganasan, di samping memberi harapan kepada warga dunia yang terpaksa mengharungi perang dan konflik, membuktikan bahawa keamanan mampu digapai. Gencatan selama 24 jam ini juga membolehkan petugas-petugas bantuan sampai kepada masyarakat awam yang memerlukan bantuan samada makanan, air dan juga bekalan perubatan.

Doa saya, moga dunia ini akan lebih aman khususnya di negara yang kita cintai ini. Amin. InsyaAllah.
Share this article :
 

+ komen + 4 komen

kodiang
21 September 2008 1:10 PG

sAYA BERDOA moga negara kita juga aman damai...

cari-cari
21 September 2008 1:11 PG

tapi kat m'sia x penah dgr pun diraikan..ada ke..?

22 September 2008 3:39 PTG

sebab org semua selasa, malaysia aman... tak rasa aman ka? aman kan..kan..kan!?

30 September 2008 3:09 PTG

Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger