HARI ANTARABANGSA WARGA TUA - 1 OKTOBER

(Poster 'Hari Antarabangsa Warga Tua' - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)


"Ayah dan ibu..ayah dan ibu..Itulah permulaan kami..Dapatlah melihat bulan dan Matahari..Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi..Ahai...Ayah dan ibu lah..Mesti dihormati..Ayah dan ibu..Wali dan juga keramat..Pada mereka kita beri hormat..Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup ..Supaya hidup kita akan selamat.." itulah bait-bait lirik lagu Ayah dan Ibu yang dipopularkan oleh arwah Sudirman Hj. Arshad.


Ayah dan Ibu adalah permulaan kita semua. Sejak 1990, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan setiap 1 Oktober sebagai Hari Antarabangsa Warga Tua. Tema perayaan pada tahun ini ialah "Hak-hak Warga Tua". Tema ini dipilih bersempena Ulangtahun ke-60 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Kemanusiaan.


Terdapat hampir 600 juta penduduk dunia berusia 60 tahun ke atas; jumlah ini akan menjadi sekali ganda menjelang 2025 dan akan mencapai dua ribu juta menjelang 2050 dengan majoritinya di negara-negara membangun.


Dalam kehidupan dunia yang semakin pesat, peranan warga tua tentulah tidak dapat dinafikan kerana sumbangan mereka yang kritikal terhadap pembangunan dan kemajuan sesebuah negara misalnya melalui kerja-kerja sukarela, mencurahkan pengalaman dan pengetahuan, dan meningkatkan penyertaan dalam pasaran kerja.


Dalam konteks kita warga tua seperti ayah dan ibu adalah sumber inspirasi kita. Moga warga tua di seluruh dunia akan sentiasa dihormati dan dihargai. Pengalaman saya berurusan di Public Bank adalah bukti penghargaan terhadap warga tua apabila terdapat kaunter khas disediakan kepada warga tua yang tidak terdapat di bank-bank lain (setakat yang saya tahu) Syabas kepada Public Bank!
Kepada semua warga tua, Selamat meraikan Hari Antarabangsa Warga Tua!


Share this article :
 

+ komen + 3 komen

kepong
1 Oktober 2008 8:21 PTG

Syabas kepada tuan kerana mengingatkan hari warga tua kita.

zaini
1 Oktober 2008 8:22 PTG

Semoga kita sentiasa menghargai dan menghormati warga tua ..misalnya ibu bapa kita..

hj tahir
1 Oktober 2008 8:23 PTG

Saya terharu di atas ingatan tuan.,.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger