KERANA BAHASA BADAN MERANA


Saya bukanlah berhati kering, tetapi bila membaca laporan seorang wanita malang, M. Rajeshvari yang terpaksa menjadi tahanan di depot tahanan Jabatan Imigresen di Lenggeng selama 11 bulan hanya kerana gagal membuktikan bahawa dia rakyat Malaysia dan bukan pendatang seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa. Kegagalannya membawa kad pengenalan, gagal mengingati nombor kad pengenalan, gagal bertutur Bahasa Malaysia akhirnya disangka pendatang asing Sri Lanka!

Puan Rajeshvari dan anaknya selepas dibebaskan dari Depot Imigresen Lenggeng (Gambar diambil dari akhbar The Star - 9 Ogos 2008)

Yang lebih malang bagi wanita malang ini ialah kegagalan keluarganya, atau suaminya (difahamkan mengandung 6 bulan sewaktu ditahan dan melahirkan anak semasa dalam tahanan) gagal mengesan atau membuat laporan polis mengenai kehilangannya! Pada saya hal ini membenarkan andaian sesetengah pihak bahawa institusi kekeluargaan di Malaysia semakin menipis dan mulai terhakis, kalau tidak masakan keluarga si Rajeshvari tidak berusaha mencarinya!

Difahamkan bahawa wanita malang ini hanya bersekolah sehingga Tingkatan Peralihan sahaja, dan gagal menguasai Bahasa Melayu, saya rasa agak terkilan selepas 22 tahun wanita ini menghirup udara Malaysia namun gagal menguasai Bahasa Melayu, mungkin kerana kedaifan hidupnya, tetapi masih rasa kacau. Mat Bangla yang sering mengisi minyak kereta saya telah boleh bertutur Bahasa Melayu yang agak meyakinkan selepas beberapa bulan di negara kita, ada masalah ke?

Walau apapun saya masih terganggu dengan penahanan wanita malang ini di negaranya sendiri dan pihak berkuasa 'gagal' menyediakan prasarana yang mencukupi misalnya jurubahasa dan bantuan-bantuan lain yang mungkin dapat mengelakkan perkara ini.

SUHAKAM menyatakan kekesalan terhadap kejadian ini. Apapun, keprihatinan rakyat Malaysia masih ditahap yang tinggi! Syabas - Malaysia Boleh! Banyak panggilan yang diterima oleh akhbar The Star dengan tawaran pelbagai bantuan kepada ibu muda yang malang ini.

Tulisan ini ingin merakamkan penghargaan terhadap sentuhan kemanusiaan terutama kepada petugas klinik yang prihatin dan melaporkan perihal Rajeshvari kepada Naib Presiden Majlis Belia India Malaysia, Sdr. Andrew Raju. Tahniah atas nilai kemanusian beliau sehingga mengesan nombor kad pengenalan si wanita malang ini di sekolah rendahnya di Kampar, Perak!
Share this article :
 

+ komen + 5 komen

9 September 2008 12:19 PTG

kesian! tapi macam mana tak boleh bertutur dalam bm? pelik!

karim maya
9 September 2008 2:16 PTG

Ni kena tnya Menteri Pelajaran ke atau Samy Velu? ntahlah..aiyoyo..

9 September 2008 4:47 PTG

Macam banyak sgt yang tak kenanya. Walaupun perlembagaan menjamin kedudukan bahasa melayu, tetapi tiada jaminan rupanya bagi orang yang tak boleh bertutur dalam bahasa melayu! Terpaksa ditahan dahulu.

Syabas bangla!! Syabas...

12 September 2008 3:47 PG

http://pkrpasdap.blogspot.com

bangla, pakistan, vietnam, burma dan india luar negeri datang ke malaysia, empat, lima bulan dah boleh cakap melayu.

dia nie jenis apa? tak pernah jumpa melayu atau cina ke? takkan dia cakap tamil dengan orang melayu dan cina pergi beli barang kat pasar malam ke, shopping...

12 September 2008 2:27 PTG

aduh


kasihan wanita ni.

di negara sndri pn kne pngl pndtng asing.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger