PAK SAMAD ISMAIL - TOKOH PEJUANG & WARTAWAN

Gambar arwah Pak Samad Ismail dari blog teman

Pak Samad Ismail (Tan Sri Abdul Samad Ismail) meninggalkan kita pada hari Khamis, 4 September 2008, selepas beberapa hari Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51. Pak Samad selain tokoh wartawan yang berintegriti dan dedikasi sehingga akhir hayatnya merupakan tokoh kemerdekaan yang menyertai YAM Tunku Abdul Rahman ke London pada tahun 1956 untuk merundingkan kemerdekaan negara.

Saya tidak pernah menemui Pak Samad secara peribadi tetapi sering mengikuti kisah dua 'Samad' yang seorang lagi Pak Samad Said dan allahyarham Pak Samad - tokoh pejuang dan wartawan. Malah dalam buku nukilan kartunis tersohor - Datuk Lat, arwah digambarkan seorang yang tegas tetapi kelakar, tidak kedekut ilmu.

Malah beberapa tahun kebelakangan ini minat saya untuk mengumpul karya-karya arwah begitu meningkat misalnya, saya memborong beberapa karya arwah sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di gerai Creative Enterprise, sewaktu bertemu anak arwah sewaktu bloggers nite beberapa ketika lalu, sempat bertanya keadaan arwah pada Nuraina Samad, ternyata kekesalan saya untuk mengenali tokoh ini secara peribadi tidak kesampaian.

Walau apa pun, saya amat yakin, pemergian arwah Pak Samad satu kehilangan yang besar kepada negara, lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini, ketokohan arwah dalam bidang politik, kewartawanan amat dirasai. Semoga roh arwah akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Al-Fatihah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Semoga roh allahyarham akan dicucuri rahmat Allah SWT. Amin
Tanpa Nama berkata…
Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang watan. Moga akan lahir lebih ramai lagi Pak Samad. InsyaAllah.
Tanpa Nama berkata…
saya teringat kartun LAT mengenai allahyarham..memang menepati orangnya..MOga Allah SWT akan sentiasa mencucuri roh allahyarham. Amin

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?