Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

SELAMAT MEMILIH, DIPILIH & TIDAK TERPILIH..

Imej
Perhimpunan Agung UMNO datang lagi dengan pelbagai drama sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan. Kali ini ialah perhimpunan kali ke-59, yang ditangguhkan sejak tahun lepas. Sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang politik negara adalah mustahil untuk tidak mengambil tahu mengenai perhimpunan ini. Saya sengaja mengemukakan petikan-petikan ucapan untuk menjadi renungan dan nostalgia parti keramat berusia 62 tahun ini. "Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana kita belum pernah berusaha, tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" - Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO yang pertama pada Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1946 "Kita hendaklah mengorbankan tenaga, harta benda dan segala-galanya untuk menjalankan dasar-dasar mengutamakan faedah Melayu. Janganlah sampai kita dituduh oleh keturunan kita kelak bahawa kita ini bacul dan hidup dengan sia-sia

ADAB BERGURU 2..

Imej
(Nik Nur Madihah & ibu bapanya - Foto Hafiz Johari (Utusan Malaysia) Saya sedikit bangga dan terharu apabila Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, yang mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang bertanggungjawab menyelia sepenuhnya. Seingat saya tidak ramai pelajar cemerlang yang begitu mengingati guru-guru mereka yang berjasa dan menjadi pendorong kejayaan, pendek kata sering dilupakan dan jarang diungkapkan: yang ada ialah – ibu bapa, keluarga, cara belajarnya, disiplinnya, tuisyennya. Jarang benar disentuh kerana guru-guru! Mohd. Razali Konok , Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) yang juga Setiausaha Kecemerlangan dan Kokurikulum, sekolah Nik Nur Madihah memang mempunyai kelebihan apabila beliau mampu menghidu potensi setiap pelajar cemerlang. Nik Nur Madihah bukanlah hasil pertama dedikasi guru ini yang sebelum ini berjaya dengan Nur Hafilah Musa dan Siti Fatimah Mukhtar dari sek

KAN ABIS..

Imej
Saya tidak pasti tentang orang lain, tetapi saya sangat intim dengan 'Dadah' (maaf: jangan salah tafsir!) Saya sebenarnya sangat intim dengan dadah dan permasalahannya, kerana pada Jumaat yang permai minggu lepas saya menghadiri satu kes mahkamah melibatkan pesalah dadah dan hukuman yang dijatuhkan ialah 'Gantung sampai mati!'. Pesalahnya seorang anak muda yang telah merengkok dalam tahanan reman sejak 2003 dan kini baru berusia 25 tahun. Ironinya saya mengenali anak muda ini dan keluarganya sejak dia masih belajar di tahap satu sekolah rendah. Pada bulan lepas pula, seorang teman saya yang telah mendirikan rumahtangga hampir 10 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata telah bertindak memohon cerai kerana suaminya terlibat dengan ganja, selain dari faktor-faktor lain. Minggu lepas pula, teman saya seorang pemilik syarikat terpaksa memberhentikan seorang kakitangannya kerana terlibat dengan najis dadah, walaupun telah dinasihatkan sejak setahun yang lalu. Saya pula yang d

REFLEKSI JATI DIRI DALAM KE LUAR JENDELA

Imej
Ketika berkunjung dalam satu pertemuan mingguan dengan Datuk Hassan Ahmad , Ketua Eksekutif dan Editor Yayasan Karyawan, saya dihadiahkan karya terbitan terbarunya - Ke Luar Jendela, yang mengumpulkan 55 makalah hasil tulisan beliau. Tulisan-tulisan ini pernah tersiar dalam Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Ke Luar Jendela sesuai dengan judul dan pemikiran penulisnya yang berani berfikir di luar kotak (out of box thinking) mendasari tiga aspek penting dan besar dalam kehidupan insan - agama, bahasa dan budaya. Himpunan tulisan yang dimuatkan dalam Ke Luar Jendela menuntut nilai baca yang tinggi di samping mengajak kita untuk berfikir kegelisahan penulisnya terhadap nasib bangsa dan bahasanya. Penulis mampu menyelami denyut nadi rakyat biasa misalnya dalam makalah Keluh Kesah Orang Melayu , mengambil input dari pemandu teksi yang dinaikinya. Menyelar sikap orang Melayu dalam Suara Bermusim dan menyesali sikap pemimpin dalam Kisah Burung Kakaktua ! Menyelusuri setiap makala

DEMO & FLIP FLOP...

Imej
(Gambar Hiasan - Demonstrasi di Malaysia) Saya agak keliru akhir-akhir ini. Pelbagai peristiwa manis dan pahit berlaku (bukan bersifat peribadi) di dalam negara yang menggangu lena saya. Krisis politik di Perak yang masih belum menemui jalan penyelesaiaan malah menjadi semakin kusut, tetapi seperti tanggapan saya, yang paling beruntung ialah Kementerian Pelancongan yang mendapat promosi percuma bagi negeri Perak, dan kini ditambah pula satu lagi 'mercu tanda' pelancongan negeri – plak tempat berlangsungnya Sidang DUN Negeri Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009. Budaya demonstrasi pula seakan telah diterima pakai sebagai satu wadah untuk menyampaikan pandangan dan ketidakpuasan hati pelbagai pihak (sekurang-kurangnya itulah tanggapan masyarakat umum) – penentang dasar PPSMI, penentang perlantikan Menteri Besar oleh Sultan, penentang ungkapan 'celaka' oleh Ahli Parlimen, nelayan yang menuntut geran tanah, peraih ikan yang di'paksa' menggunakan kotak ikan, menentan

AKU, SAYA & WANITA...

Imej
Pedulilah anda nak label saya apa. Pedulilah apa yang anda fikir tentang saya. Pedulilah. Tetapi saya memang punya kelemahan. Kelemahan yang sangat ketara, saya tidak boleh hidup tanpa wanita di sekeliling saya. Ibu, kakak, adik perempuan, makcik, nenek dan selepas berumahtangga isteri pula, melengkapi hidup saya dengan gelagat mereka malah ada sifat dan sikap mereka masih menjadi misteri bagi kaum lelaki khususnya saya. Saya pernah ‘mogok belajar’ kerana membantah tindakan ayah saya mahu menghantar saya ke sekolah pelajar lelaki sahaja untuk ke sekolah menengah (bukan yang bercampur), dan akhirnya saya belajar di sekolah campuran sehingga ke tingkatan lima! Dan alam persekolahan saya tidak sunyi dengan wanita-wanita sekeliling saya, kawan-kawan sekelas, kakak-kakak ‘senior’ sekelas dengan abang-abang saya, malah ketika di sekolah menengah sepanjang ingatan saya, saya kurang berbelanja di kantin sekolah sebab lebih jadi ‘tukang rasa’ masakan-masakan di kelas Sains Rumahtangga (kini di

HIJRAH …

Imej
I did not need to pay toll when I was a Cabinet minister. I did not feel the pinch then. Now that I am no longer one and pay toll, I begin to feel the pinch. The rakyat will feel it even more Datuk Seri Azmi Khalid, Chairman of Publics Accounts Committee on the recent toll hike. Saya tidak perlu membayar tol ketika saya menjadi Menteri kabinet. Saya tidak merasa keperitannya pada masa itu. Sekarang saya bukan Menteri lagi dan perlu membayar tol, saya mula merasa keperitannya. Rakyat akan merasa lebih perit lagi.. Datuk Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam mengulas mengenai kenaikan tol baru-baru ini (petikan dari akhbar The STAR – 28 Feb 2009) "Memang dulu, saya seorang sasterawan yang 'berkira-kira' oleh kerana golongan elit yang berkuasa adalah rakan-rakan saya, semuanya saya kenal, kalau bercakap saya tidak mahu sentuh kecuali ada pemimpin yang inginkan fikiran saya secara jujur dan total. "Sebelum saya pergi haji, sikap saya terlalu menjaga hati

TOL OH TOL 2

Imej
Akhirnya kenaikan tol yang diputuskan oleh Kabinet beberapa minggu lalu telah ditangguhkan oleh Kabinet yang sama selepas mendengar maklumbalas dari rakyat (sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar). Adakah Kabinet tidak mengambil kira keresahan dan kegelisahan rakyat serta ekonomi dunia yang semakin tidak menentu bila memutuskan kenaikan harga tol tempohari. Saya rasa negara kita layak digelar negara maju sekurang-kurang syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ditadbir dan diurus oleh 'robot' dan bukan manusia – yalah jika tidak masakan memohon kenaikan tol (dengan berkiblatkan ‘perjanjian konsesi’) dalam kesuraman ekonomi sekarang! Walau apa pun, saya mampu tidur lena sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini!