ADAB BERGURU 2..

(Nik Nur Madihah & ibu bapanya - Foto Hafiz Johari (Utusan Malaysia)

Saya sedikit bangga dan terharu apabila Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, yang mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang bertanggungjawab menyelia sepenuhnya.

Seingat saya tidak ramai pelajar cemerlang yang begitu mengingati guru-guru mereka yang berjasa dan menjadi pendorong kejayaan, pendek kata sering dilupakan dan jarang diungkapkan: yang ada ialah – ibu bapa, keluarga, cara belajarnya, disiplinnya, tuisyennya. Jarang benar disentuh kerana guru-guru!

Mohd. Razali Konok, Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) yang juga Setiausaha Kecemerlangan dan Kokurikulum, sekolah Nik Nur Madihah memang mempunyai kelebihan apabila beliau mampu menghidu potensi setiap pelajar cemerlang. Nik Nur Madihah bukanlah hasil pertama dedikasi guru ini yang sebelum ini berjaya dengan Nur Hafilah Musa dan Siti Fatimah Mukhtar dari sekolah sama. Nur Hafilah mencatatkan keputusan 10 1A pada SPM 1996 manakala Siti Fatimah mencatatkan 18A pada 2006.

“Ketika zaman Siti Fatimah, saya beri tumpuan kepada lima pelajar dan Siti Fatimah berjaya mencatatkan rekod manakala dua orang memperoleh 17A, seorang 15 1A dan seorang lagi 15 2A. Setiap pelajar diberi bantuan RM60 sebulan. Tetapi ketika era Nik Nur Madihah, saya melihat hanya dia seorang yang benar-benar menonjol. Saya mencari dan kumpulkan sumbangan daripada rakan-rakan guru serta orang perseorangan untuk beri bantuan RM200 sebulan.” - Mohd. Razali Konok, Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan)

Ketika semua pihak berusaha ‘membahagiakan’ Nik Nur Madihah untuk menjamin masa depan diri dan keluarganya demi kesinambungan kecemerlangannya, saya sangsi adakah pihak-pihak ini sedar pengorbanan dan jerih perih guru-guru yang melahir modal insan cemerlang seperti Nik Nur Madihah? Ada siapa-siapa nak tolong jawab ke?

Catatan Kaki: Tulisan ini merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Mohd. Razali Konok, Guru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) yang juga Setiausaha Kecemerlangan dan Kokurikulum di atas daya usaha beliau dan rakan-rakan guru yang lain melahirkan modal insan cemerlang seperti Nik Nur Madihah, Nur Hafilah Musa, Siti Fatimah Mukhtar yang hanya sekadar beberapa nama dalam kamus kecemerlangan negara. Syabas Cikgu!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,sesungguhnya saya terharu, ditgh keriuhan pihak-pihak memberi pelbagai hadiah kepada Nik Nur Madihah, tuan menghargai sang guru yang mendidik anak bangsa...syabas dan tahniah kepada tuan, moga ALLAH SWT jua membalas budi dan ingatan murni tuan..terharu sangat..
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih tuan, saya setuju guru sering dilupakan. Tulisan ini bakal membuka mata pihak-pihak berkenaan..teruskan pengamatan dan kepekaan tuan.Syabas
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, pengamatan tuan dalam perspektif yang cukup berbeza dari liputan dlm akhbar dan media.Memang jasa guru jarang diungkap, siapalah Nik Nor Madiha tanpa guru..Mungkin Kementeria Pelajaran menamakan Cikgu Razali sebagai tokoh guru 2009.
Tanpa Nama berkata…
saya terharu di atas kepekaan tuan terhadap jasa guru
Tanpa Nama berkata…
cikgu mmg slalu dilupakan..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..tanpa guru tiadalah murid..tn ks dapat selami hati seorang guru sebab tn juga pernah menjadi guru spt juga Cikgu Razali..malah isteri tn ks pun seorang guru..sy tak pernah lupa jasa guru terutama cikgu mnm.. berbillion penghargaan utk semua guru2...Adik Nur Madihah insan yang mulia krn menghargai gurunya lebih dr yang lain...
Tanpa Nama berkata…
t kasih kerana menginsafi tugas dan jasa guru
Tanpa Nama berkata…
saya nak jawab, jawapan: ELEK..yalah dia org akan kata apa barang nak bagi kat cikgu lak ..dah mmg keje dia..
Tanpa Nama berkata…
salam SIS,adakah kenal kpd tuan ks,betul ke pernah jadi cikgu dan isterinya pun cikgu..bagaimana boleh saya hubungi SIS?
Tanpa Nama berkata…
saya tersentuh dgn saranan mengenai adab berguru, seingat saya tuan penah membicarakan adab berguru apabila Lee Chong Wei melawat Misbun di hospital..terima kasih kerana mengingati jasa guru
Tanpa Nama berkata…
salam ustazah..bgmana saya nak hubungi ustazah..
Tanpa Nama berkata…
Salam SIS..boleh emel saya di: ustazah85@yahoo.com
Al-Manar berkata…
Tuan KS

Saya baru menulis dalam blog saya tentang Madihah untuk memberi tahniah kepada guru guru yang saya rasa sepaputnya menerima pujian. Saya pergi ke Google dan menemui website sekolah dan dari situ saya tiba disini. Rupanya tuan KS lebih dahulu memikirkan dan menulis pekara ini. Melihatkan mereka yang memberi catatan, seperti ustazah, sis dll saya fahamlah ramainya anatara kita yang menghargai guru. Saya percaya tidak sepatutnya kejayaan seorang murid adalah kah dia semata-mata. Sekolah dan guru-lah yang pertamanya patut menerima penghargaan.
Lintau Perak berkata…
PERANAN PENDIDIK
DALAM SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

1. Guru-guru adalah golongan yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana mereka berilmu dan diberi kepercayaan serta amanah oleh kerajaan untuk menyampaikan ilmunya dengan jaminan ganjaran rezeki yang halal.

2. Peranan Guru-guru amat penting kerana bidang pendidikan adalah satu-satunya bidang yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat sesebuah negara. Kerajaan mempertaruhkan kejayaan masa depan negara di tangan keikhlasan Guru-Guru kita.

3. Jika dibandingkan keadaan masyarakat di negara kita sebelum merdeka dengan keadaan yang ada pada hari ini, sangatlah jauh berbeza walaupun kita hanya sebuah negara kecil. Semua pencapaian yang hebat ini sebahagian besar adalah hasil peranan Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuannya sehingga semua bidang kehidupan dapat dibangunkan dengan jayanya.

4. Guru-guru menjalankan tugas mereka bersungguh-sungguh kerana mereka sangat memahami Dasar-Dasar Kerajaan untuk membangunkan kehidupan rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan. Gurulah yang menghidupkan jiwa rakyat untuk terus mara ke hadapan.

5. Hasil daripada Dasar-Dasar Kerajaan yang telah dilaksanakan secara berterusan itu kita boleh melihat sendiri manfaat yang telah dan sedang dinikmati oleh rakyat semua kaum dan agama di negara kita. Kita harus bersyukur dan berasa bangga dengan pencapaian ini.

6. Rakyat kita sedang menikmati hasil pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Prasarana untuk kemudahan rakyat diberi keutamaan, kesihatan rakyat dijaga, kebajikan pendidikan anak-anak ditingkatkan, keperluan warga emas dan kurang upaya diuruskan. Rakyat semua kaum dapat hidup sejahtera, harmoni dan bersyukur.

7. Guru-Guru kita sangat memahami kejayaan Pelaksanaan Dasar-Dasar ini, dan mereka telah membantu menyampaikannya dengan ikhlas kepada rakyat. Guru-Guru kita faham bahawa Dasar-Dasar ini perlu diteruskan, diperkasakan dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa.

8. Bagaimanapun, para pendidik kita juga memahami, bahawa tidak ada sebuahpun negara dalam dunia ini yang tidak menghadapi masalah. Bahkan negara maju juga berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang besar dalam bidang ekonomi dan sosial.

9. Sebagai rakyat yang berjiwa besar, segala masalah yang wujud adalah dianggap sebagai cabaran kepada kita semua. Cabaran ini datangnya dari dalam dan juga dari luar. Kerajaan yang kuat, dibantu oleh struktur masyarakat yang kukuh, dengan sistem pentadbiran yang berwibawa, akan dapat menghadapi apa sahaja cabaran ini.

10. Guru-Guru kita telah membuktikan selama ini mereka dengan ikhlas telah bersama-sama kerajaan menghadapi cabaran-cabaran ini dan hasilnya negara dan rakyat kita terus “survive”.

11. Dalam sistem demokrasi, hak setiap individu adalah dijamin oleh perlembagaan. Sistem demokrasi juga memberi hak kepada kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat jelata. Negara yang berjaya adalah hasil usaha kerajaan yang menggunakan hak mentadbir untuk memenuhi kepentingan dan hak-hak rakyat rakyat.

12. Guru-Guru kita yang ikhlas, terbukti telah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh menjayakan cita-cita dan aspirasi rakyat melalui amalan sistem demokrasi yang dinamik di negara kita.

Masyarakat Tetap Menghargai Jasa dan Bakti Guru-Guru.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?