SELAMAT MEMILIH, DIPILIH & TIDAK TERPILIH..


Perhimpunan Agung UMNO datang lagi dengan pelbagai drama sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan. Kali ini ialah perhimpunan kali ke-59, yang ditangguhkan sejak tahun lepas. Sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang politik negara adalah mustahil untuk tidak mengambil tahu mengenai perhimpunan ini. Saya sengaja mengemukakan petikan-petikan ucapan untuk menjadi renungan dan nostalgia parti keramat berusia 62 tahun ini.

"Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana kita belum pernah berusaha, tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" - Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO yang pertama pada Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1946


"Kita hendaklah mengorbankan tenaga, harta benda dan segala-galanya untuk menjalankan dasar-dasar mengutamakan faedah Melayu. Janganlah sampai kita dituduh oleh keturunan kita kelak bahawa kita ini bacul dan hidup dengan sia-sia sahaja" - YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Pertama,
27 Ogos 1951

"Memang benar parti kita sekarang masih kuat tetapi kalau kita tidak menjaga dan mengawalnya, tak dapat tidak ia akan menjadi lemah. Kita mesti ingat bahawa apa yang naik akhirnya turun juga dan apa yang di atas akhirnya ke bawah juga. Perbezaannya ialah masa dan kewaspadaan masing-masing. Ia adalah adat dunia dan hakikat sejarah" - Tun Abdul Razak, Presiden UMNO,
30 Jun 1973

"Setiap ahli UMNO hendaklah insaf dan mestilah menjalankan segala usaha untuk menjaga imej UMNO sebagai sebuah parti yang kukuh dengan ahli-ahlinya yang jujur, bersatu dan bertanggungjawab" - Tun Hussein Onn, Presiden UMNO,
4 Julai 1980


"Politik parti lawan ialah politik benci-membenci, kata orang putih the politics of hate. Mereka membakar hati dan menimbulkan kebencian kepada Barisan Nasional (BN) kepada UMNO, kepada pemimpin tertentu supaya dengan kerana kebencian ini, rakyat tidak lagi dapat menilai sesuatu dengan sewajarnya.." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO, 18 Jun 1999


"Bangunlah bangsaku! Bangunlah bangsaku! Tanah dan air ini adalah tanah air pusaka bangsa kita. Kitalah yang akan memberikan nilai, kitalah yang akan menentukan maruah kedaulatannya. Ingatlah bangsaku! Jangan kalah dalam saingan, perlu menang dalam perjuangan" - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, 23 September 2004

Catatan Kaki: Selamat bersidang dan selamat memilih, selamat dipilih dan selamat tidak terpilih. Siapa pun yang terpilih untuk menerajui, pilihlah untuk berkhidmat sejujurnya demi agama, bangsa dan negara.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya sedikit terperanjat kerana tuan menulis mengenai persidangan UMNO,mungkin silap saya belum mengenali tuan..saya juga ahli UMNO dan ayahanda saya seorg pemimpin UMNO..saya teruja..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..mmg perhimpunan UMNO kali ni mendapat perhatian dan menarik ramai orang utk mengikutinya..petikan2 yang tn paparkan amat mengharukan krn realitinya apa yang berlaku bertentangan dgn hasrat sebenar..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan..hampeh tuan pro UMNO rupanya..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya bukanlah pro umno @ anti umno, tetapi saya sanjung keprihatinan tuan mengenai persidangan umno..hidup tuan sakat..
Tanpa Nama berkata…
benci benci benci tuan sekongkol ngan UMNO..apa la ..
Tanpa Nama berkata…
salam tn..bangga tn ks tak memilih bulu...ari tu cam pro pada pembangkang..ari ni pro pada umno lak..tp saya rasa tn ks ni pro pada yang mengamalkan keadilan...tak kira lah umno ke..pas ke..pkr ke..asal buat benda yang memberi manfaat kpd rakyat..hidup tn ks
Tanpa Nama berkata…
saya setuju ngan mama..tuan ks..tidak berpihak dan memihak..rindunya pada tuan
dalam pemilihan ... lepas ni tentu ada yang tersisih. huhuhuuu

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?