TOL OH TOL 2

Akhirnya kenaikan tol yang diputuskan oleh Kabinet beberapa minggu lalu telah ditangguhkan oleh Kabinet yang sama selepas mendengar maklumbalas dari rakyat (sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar).
Adakah Kabinet tidak mengambil kira keresahan dan kegelisahan rakyat serta ekonomi dunia yang semakin tidak menentu bila memutuskan kenaikan harga tol tempohari.
Saya rasa negara kita layak digelar negara maju sekurang-kurang syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ditadbir dan diurus oleh 'robot' dan bukan manusia – yalah jika tidak masakan memohon kenaikan tol (dengan berkiblatkan ‘perjanjian konsesi’) dalam kesuraman ekonomi sekarang!
Walau apa pun, saya mampu tidur lena sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini!

Ulasan