AKU, SAYA & WANITA...


Pedulilah anda nak label saya apa. Pedulilah apa yang anda fikir tentang saya. Pedulilah. Tetapi saya memang punya kelemahan. Kelemahan yang sangat ketara, saya tidak boleh hidup tanpa wanita di sekeliling saya. Ibu, kakak, adik perempuan, makcik, nenek dan selepas berumahtangga isteri pula, melengkapi hidup saya dengan gelagat mereka malah ada sifat dan sikap mereka masih menjadi misteri bagi kaum lelaki khususnya saya.

Saya pernah ‘mogok belajar’ kerana membantah tindakan ayah saya mahu menghantar saya ke sekolah pelajar lelaki sahaja untuk ke sekolah menengah (bukan yang bercampur), dan akhirnya saya belajar di sekolah campuran sehingga ke tingkatan lima! Dan alam persekolahan saya tidak sunyi dengan wanita-wanita sekeliling saya, kawan-kawan sekelas, kakak-kakak ‘senior’ sekelas dengan abang-abang saya, malah ketika di sekolah menengah sepanjang ingatan saya, saya kurang berbelanja di kantin sekolah sebab lebih jadi ‘tukang rasa’ masakan-masakan di kelas Sains Rumahtangga (kini dikenali sebagai Ekonomi Rumahtangga).

Setiap tahun pada 8 Mac, Hari Wanita Antarabangsa diraikan sebagai penghormatan kepada insan bergelar wanita. Hari Wanita Antarabangsa ialah hari sedunia meraikan pencapaian ekonomi, politik dan sosial wanita pada masa dahulu, kini dan pada masa hadapan.

Di setengah negara seperti Rusia, China, Bulgaria dan Vietnam, Hari Wanita Antarabangsa adalah cuti umum. Hari Wanita Antarabangsa kali pertama diraikan pada 1911 dan sambutan seabad Hari Wanita Antarabangsa akan diraikan pada 2011. Tema perayaan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini di peringkat dunia ialah : Wanita dan Lelaki Berganding Bahu Menamatkan Keganasan Ke Atas Wanita dan Kanak-kanak Perempuan.

Kepada semua wanita-wanita di mana sahaja berada atau apa sahaja status mereka: ibu, ibu mertua, makcik, nenek, kakak, adik, isteri ..... – Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2009.

Catatan Kaki: Rasa kagum dan terkesima dengan wanita-wanita tabah khususnya yang bergelar Ibu Tunggal. Hidup mesti diteruskan!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..terima kasih kerana menghargai wanita..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya kagum dengan penglibatan dan penghormatan tuan kepada kaum hawa..hidup tuan sakat..bolehkah saya menjadi wanita yang termasuk dalam hidup tuan..maafkan saya kerana meminati tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam tn..wanita makhluk yang lemah sentiasa ditindas..tapi wanita hari ini telah berubah..disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita..tingginya dan halusnya wanita dlm Islam..hormati ibu lebih dari ayah.. 3x ibu baru sekali ayah...
Tanpa Nama berkata…
amboi tuan,leh tahan 'playboya' leh la turunkan ilmu tu skit..hahaha..idola saya ialah ibu saya..
Tanpa Nama berkata…
Selamat Hari wanita untu semua wanita di Malaysia juga..
Tanpa Nama berkata…
ada tak hari lelaki sedunia..huk huk
Tanpa Nama berkata…
salam buat ibu-ibu tunggal..emm banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi terutama yang mempunyai anak ramai untuk diberi makan dan pendidikan..kegigihan dan kekuatan yang ada hanya demi anak2..terima kasih kpd tn ks krn menghargai golongan ini..
Tanpa Nama berkata…
tuan ks, lebih2 angkat golongan ibu tunggal ni..ada agenda lain ke..anyway thnks bro..! Keep it up..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?