KAN ABIS..


Saya tidak pasti tentang orang lain, tetapi saya sangat intim dengan 'Dadah' (maaf: jangan salah tafsir!) Saya sebenarnya sangat intim dengan dadah dan permasalahannya, kerana pada Jumaat yang permai minggu lepas saya menghadiri satu kes mahkamah melibatkan pesalah dadah dan hukuman yang dijatuhkan ialah 'Gantung sampai mati!'. Pesalahnya seorang anak muda yang telah merengkok dalam tahanan reman sejak 2003 dan kini baru berusia 25 tahun. Ironinya saya mengenali anak muda ini dan keluarganya sejak dia masih belajar di tahap satu sekolah rendah.

Pada bulan lepas pula, seorang teman saya yang telah mendirikan rumahtangga hampir 10 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata telah bertindak memohon cerai kerana suaminya terlibat dengan ganja, selain dari faktor-faktor lain.

Minggu lepas pula, teman saya seorang pemilik syarikat terpaksa memberhentikan seorang kakitangannya kerana terlibat dengan najis dadah, walaupun telah dinasihatkan sejak setahun yang lalu. Saya pula yang ditugaskan menandatangani surat pemberhentiannya, dan atas tugas dan arahan saya dengan berat hati terpaksa melaksanakannya.

Saya memang berminat dalam aspek pencegahan dadah malah pernah memasarkan Set Anti Dadah ke sekolah-sekolah pada penghujung tahun 2005 walaupun set tersebut telah berusia lebih 20 tahun, kerana minat yang mendalam terhadap aspek pencegahan dadah.

Dadah, apa sahaja jenis dan kategorinya memang mengundang pelbagai masalah. Keluarga yang bahagia boleh sahaja porak peranda dalam sekelip mata. Kerja boleh hilang dalam sekelip mata, tapi masih ada yang terus-terusan mencuba dan terperangkap olehnya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tn ks...dadah adalah musuh negara dan musuh manusia walaupun ada ketika ia dianggap ubat..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya setuju dgn pandangan tuan,saya kira tuan seorg yg sensitif dan penyayang, membuatkan saya lebih teruja utk bertemu tuan..
Pengalaman hidup yang dikutip sehari2 jangan dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. Sentiasa berinisiatif untuk merakam setiap peristiwa. Catatan hari ini sesungguhnya amat berharga, apatah lagi apabila sudah berusia beribu2 tahun lagi.

Mungkin, jadikan buku catatan hidup.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, saya terharu dgn keprihatinan tuan,moga lebih ramai seprti tuan..INsyallah

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?