Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

MALAYSIA TIDAK PERLU NAMEWEE YANG BIADAP …

Imej
Pedulilah jika pun dia kreatif, tetapi apabila kreatif diadun dengan sikap biadap dan bongkak, maka negara tidak perlukan rakyat sedemikian. Kisahnya bagaimana Wee Meng Chee atau julukan Namewee mengubah senikata lagu Negaraku kepada Negarakuku, malah mencemuh Kerajaan, Perdana Menteri dan Polis DiRaja Malaysia. Terbaru si Namewee menerbitkan klip video berunsur perkauman yang berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! selepas mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip video berjudul Negarakuku sebelum ini. Ketika insiden dua tahun lepas, pemuda ini mohon dimaafkan malah pelbagai pertubuhan dan pemimpin kaum Cina yang memohon baginya dengan alasan untuk memberikannya peluang kedua. Kini beliau kembali dengan video klip yang memualkan kononnya untuk menarik perhatian ramai mengenai sikap anti perkaumannya! Malah jika itulah sahaja kreativiti yang mampu dilahirkan setelah bertahun mengaji di sebuah universiti di Taiwan, amat malanglah baginya. Sebenarnya banyak lagi cara bagi

MERDEKA YANG BIMBANG ...

Imej
Setelah lebih separuh dekad menghirup udara kemerdekaan, selepas saya mula pandai membaca dan menghayati kemerdekaan seadanya (mengikut citarasa, acuan dan minda saya). Saya mula menghargai erti sebuah kemerdekaan dan menghargai udara kebebasan sebagai seorang manusia. Seperti biasa saban kali sambutan merdeka menghampiri, pelbagai cara dan kaedah dipamerkan sebagai ‘mitos’ sambutan merdeka yang kononnya meningkat dan mempamerkan jati diri. Merdeka boleh disambut di mana sahaja dalam apa keadaan sekalipun asalkan berbatas dan menurut norma kehidupan sebagai seorang insan yang benar-benar merdeka. Ini tidaklah bermakna saya tidak senang dengan cara sambutan rakyat Malaysia sekarang ini, misalnya menghias kereta penuh dengan bendera, atau memasang Jalur Gemilang di bumbung rumah, atau membalut Jalur Gemilang gergasi di bangunan dan pelbagai cara lagi. Selepas 53 tahun kita merdeka, saya tidak pernah merasa sebimbang sambutan merdeka kali ini, benar selalu merdeka saya penuh

TOL PERCUMA, DISKAUN & SEMANGAT MERDEKA …

Imej
(Keratan akhbar Berita Harian mengenai kutipan tol semasa perayaan) Tajuk utama akhbar Cetusan Hati Nurani Rakyat hari ini ialah mengenai tol percuma dan diskaun. Kisahnya bagaimana syarikat-syarikat konsesi tol berlumba-lumba untuk berjasa sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-53. Mendahului senarai pemberian tol percuma ialah Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK), memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) . bermula dari jam 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan. Khabarnya tol percuma di lebuh raya LDP adalah untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan perdagangan. Tiga syarikat konsesi lain iaitu Plus Expressway Berhad (Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson), Linkedua Sdn Bhd (Johor Baharu ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) bersetuju memberi diskaun 20 peratus pada 31 Ogos dan 1 September ini. Pemberian diskaun tol ini hanya untuk pengguna lebuh r

KEMBALINYA SEORANG LAGI LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA

Imej
Pagi ini lebih kurang jam 9.40 pagi, 18 Ramadan, kita kehilangan seorang lagi lagenda bola sepak negara, Isa Bakar yang kembali ke rahmatullah. Beliau pernah bergandingan dengan allahyarham Mokhtar Dahari dan rakan-rakan lain seperti Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun. Allahyarham Isa Bakar berusia 58 tahun dikatakan mengalami batuk berdarah semalam, sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi ini. Allahyarham Isa Bakar sukar untuk dilupakan kerana aksi cemerlang beliau dan Allahyarham Mokhtar Dahari yang mampu membolosi gawang pasukan Arsenal pada tahun 1975 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka ketika itu. Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau pernah menjulang nama Pulau Pinang sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 1974 bersama abangnya Allahyarham Ali Bakar yang meninggal dunia pada Ogos 2003. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh, InsyaAllah. Amin.

APA PUNYA BANGANG!

Terkejut, itulah reaksi pertama saya selepas menonton siaran Buletin Utama mengenai bagaimana murkanya DYMM Sultan Selangor terhadap tindakan sebuah surau membenarkan seorang YB yang bukan Islam menyampaikan ‘tazkirah’ kepada umat Islam, masyaAllah bala apa ini? Sesuailah dengan tajuk entri ini (saya malu untuk mengulangnya). Memang wajar pun DYMM Sultan Selangor berasa murka dengan tindakan biadap ini. Saya tidak akan memarahi si YB bukan Islam yang bertindak menyampaikan ‘tazkirah’ itu, tetapi merasa terkilan dan kecewa dengan sikap umat Islam malah kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang membenarkan beliau berbuat demikian. Apalah bengapnya AJK Surau ini. Bukankan itu perkara asas yang boleh difikirkan oleh hatta kanak-kanak Islam sekalipun, tak mungkin AJK surau yang begitu akur dengan hukum hakam Islam boleh memberi kebenaran sedemikian. Jika benarlah laporan bahawa si YB tadi menyampaikan ‘tazkirah’nya di ruang solat utama dalam keadaan tidak bertudu

MISI MENCARI 'AMBENG'

Imej
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya bukanlah pemakan yang tegar, tetapi akan merasa seronok mencuba sesuatu, misalnya jika dikhabarkan oleh kawan-kawan tentang nasi lemak sedap bawah jambatan, nescaya akan berusaha untuk sampai ke lokasi tersebut. Sebenarnya bukan apa pun hanya merasa seronok melalui proses pencariannya! Minggu lepas ketika menonton sebuah rancangan televisyen yang menonjolkan juadah-juadah di bazar Ramadan, telah ditonjolkan mengenai nasi ‘ambeng’ di bazar Ramadan di Tanjung Karang. Oleh kerana anak-anak saya tidak pernah merasakan keunikan nasi ‘ambeng’ ini maka saya memulakan misi mencari nasi ‘ambeng’ di Tanjong Karang yang membawa saya mengembara sejauh lebih dua ratus kilometer dari kediaman saya sekarang. Ketika sampai, saya sempat bernostalgia tentang sekolah rendah dan menengah saya di Tanjung Karang walaupun tidak seorang pun yang mengenali saya di pekan kecil saya menghabiskan usia kanak-kanak dan remaja saya. Walaupun gerai nasi ‘am

SINAR DI AIDIL FITRI

Akhirnya Mahadi Che Mansor dan isterinya, Kasmaliza Kassim yang melarikan diri secara berasingan meninggalkan anak-anak seramai sembilan orang di bawah jagaan bapa mertuanya dikesan berada bersama isterinya di Kuala Lumpur malah telah mempunyai anak yang kesepuluh. Syukurlah Mahadi dan isterinya telah bersedia untuk kembali ke pangkuan anak-anaknya menjelang Aidil Fitri nanti. Moga episod sedih anak-anak dan permasalahan keluarga ini akan berakhir dengan penuh keinsafan. Apa yang lebih penting ialah bagaimana pasangan suami isteri ini dapat kembali ke pangkuan anak-anak mereka dan memulakan kembali kehidupan seperti dahulu. Betullah kata pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, moga kesilapan Mahadi dan Kasmaliza akan dapat dimaafkan demi meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab mereka berdua!

DARI KERANA MERCUN ...

Imej
(Bermain mercun bukan budaya kita) Sebagai seorang yang terdedah kepada pelbagai sumber ilmu dan rujukan, saya merasa amat kesal. Ini ialah kerana saya telah terlepas peluang menjadi usahawan bermusim sejak sekian lama, katalah dalam tempoh 10 tahun lepas, bagi setiap musim, anggaran keuntungan saya ialah sekitar RM5000, maka saya telah terlepas peluang membuat keuntungan sebanyak RM50000, hanya kerana saya kurang arif atau tidak tahu undang-undang. Malah saya percaya lebih ramai lagi orang-orang yang buta undang-undang seperti saya. Namun kekesalan saya kini bertambah-tambah dengan pelbagai insiden setiap kali menjelang musim perayaan. Apa yang saya maksudkan ialah sebenarnya saya tidak tahu bahawa pesalah-pesalah yang berkaitan dengan mercun hanya dikenakan kompaun selama ini, hinggalah pada hari ini terdapat ura-ura untuk meminda peraturan ini yang membolehkan mereka di dakwa di mahkahmah. Patutlah selama ini penjual-penjual mercun bermaharajalela, malah kawan-kawan saya m

APABILA ‘PERDANA’ JADI MOMOKAN …

Imej
(Majlis Penyampaian Hadiah HSPM - Gambar ihsan: kubarasa.wordpress.com) Jika dirujuk kepada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perdana bermaksud yang terutama. Maka apabila Hadiah Sastera Malaysia yang ditukar kepada Hadiah Sastera Perdana Malaysia, maka sesungguhnya ia diyakini akan mengangkat martabat sastera Malaysia. Bukan tidak pernah maruah Hadiah Sastera Perdana Malaysia tercalar dan mengguris kelompok pecinta sastera kita, apabila HSPM diberhentikan tanpa sebarang alasan dan kewajaran malah pemenang HSPM bagi tahun 2004/2005 hanya menerima hadiah mereka melalui pos dan bukan pada majlis yang sepatutnya memperdanakan sastera kita. Catatan di atas hanyalah sebahagian dari cerita-cerita duka malah lebih banyak lagi yang sebenarnya boleh dirujuk sebagai ketidak seriusan sipenganjur yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakannya: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA! Malah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sewaktu berucap pada m

BAPAK APA EMAK APA?

Imej
Binatang pun sayangkan anak mereka. Ketika kecil, jari saya hampir digigit oleh kucing kesayangan saya (yang saban hari mengikuti saya menaiki bas sekolah ke sekolah) hanya kerana saya menggangu anaknya yang baru berusia beberapa minggu. Itulah reaksi spontan saya apabila melihat gambar tujuh dari sembilan beradik di Kuala Krai, Kelantan yang merayu kepulangan ibu dan ayah mereka dalam akhbar Berita Minggu semalam. Kesemua mereka berusia di antara 11 dan 3 tahun. Adalah tidak adil saya melabelkan mereka seperti judul entri ini, itu bukan maksud saya. Mungkin kita tidak tahu apakah permasalahan mereka berdua, pun kita tidak perlu tahupun, tetapi apabila kedua-dua memilih untuk membawa haluan masing-masing, siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap anak-anak yang tidak berdosa ini? Tentulah tidak adil membebankan si datuk untuk terus menanggung cucu-cucunya. Bukan sedikit yang pernah saya dengar mengenai perihal si bapa yang langsung tidak ambil pusing mengenai anak di

APAKAH DOSA SURAT SOKONGAN?

Surat sokongan bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia, malah ramai di antara kita pernah dalam hidup mereka terjebak dengan surat sokongan. Sebutlah apa sahaja urusan berkaitan dengan Kerajaan yang pernah melibatkan surat sokongan, malah ahli-ahli perniagaan (baca: usahawan) pernah juga mendapatkan surat sokongan orang-orang politik bagi menyokong usaha mereka terhadap sesuatu projek, tender mahupun cadangan kepada pihak Kerajaan. Malah saya sendiri memang acapkali memohon surat sokongan darilah mendapatkan sekolah yang diminta hinggalah kepada urusan perniagaan. Saya tidak nampak apa salahnya mendapatkan surat sokongan (bukankah itu juga sebahagian dari usaha kita untuk mendapatkan sesuatu). Saya percaya wakil rakyat, Ahli Parlimen, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen (ketika itu), Setiausaha Politik, Ahli Majlis Tertinggi parti-parti politik mengeluarkan surat sokongan kepada rakyat yang meminta sokongan, sebutlah apa sahaja: permohonan sekolah beras

WINTER SONATA, RAMADAN & BANJIR PAKISTAN …

Imej
(Banjir Besar di Pakistan - Gambar Ihsan: www.unicef.org.nz) (Winter Sonata drama Korea yang menambat hati jutaan peminat) Pada ketika ini dalam tahun 2002, saya sering terpaku di hadapan kaca televisyen di antara jam 7 hingga 8 malam, bukan kerana menunggu waktu berbuka kerana ketika itu belum lagi masuk ke bulan Ramadan kita masih di pertengahan bulan Jamadilakhir. Saya menjadi jutaan peminat siri drama televisyen dari Korea yang mengasyikkan – Winter Sonata. Winter Sonata sebanyak dua puluh episod disiarkan oleh stesen TV3 pada ketika ini dalam tahun 2002. Kisah cinta yang tragis malah meruntun air mata lelaki saya, betullah kata seorang kenalan perempuan saya yang mengsyorkan saya menonton siri ini. Winter Sonata kisah cinta pertama yang indah dan mengharukan. Selepas berakhirnya episod Winter Sonata di TV3, saya berusaha mendapatkan VCD siri tersebut yang berada di pasaran selepas beberapa ketika. Mengapa saya memperkatakan mengenai Winter Sonata pada ketika ini ialah

HILANG AKAL, APA KEJADAH …

Imej
(Masjid Pokok Machang, Tasek Gelugor - Gambar Hiasan) Maaf kerana sedikit berkasar dalam berbahasa. Moga pahala puasa saya tidak dikurangkan kerana keceluparan saya. Apa tidaknya, ketika membaca akhbar Penyebar Fikiran Rakyat , saya tertanya-tanya tentang kesahihahan berita yang menjadi tajuk utama – Nama Guan Eng ganti Agong. Marah pun ada, sedih pun ada. Malah dilaporkan juga UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan ini, malah mengakui mempunyai bukti terdapat beberapa masjid di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong yang menggugurkan doa kepada DYMM SPBDP Agong kepada Ketua Menterinya. Khabarnya ia dikesan sejak minggu lalu dan dimaklumkan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Pulau Pinang semalam. Soalnya jika ia sudah berlaku sejak minggu lalu tidakkah ada umat Islam di kawasan atau di masjid yang disebutkan perasan mengenai perkara ini dan melaporkan kepada pihak-pihak berkena

AMAH: UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI …

Imej
Kisah amah atau pembantu rumah khususnya dari negara jiran, Indonesia sudah sampai ke peringkat yang memualkan. Mulanya, ketika mereka berhijrah ketika sedekad yang lalu, khabarnya mereka hanya mahu keluar dari kepompong himpitan kemiskinan di negara mereka. Bayangkanlah jika pendapatan mereka bersamaan dengan nilai RM2 sehari, maka apabila mereka memilih untuk berhijrah mereka mendapat pendapatan sehingga RM10 ke RM 20 sehari termasuk tempat tinggal dan makan. Namun apabila negara bertambah membangun di mana suami isteri memilih untuk menumpukan kepada pembinaan negara, maka tugas mengasuh anak-anak menjadi pilihan untuk diberikan kepada warga Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Sekitar tahun 2006 gaji pembantu rumah telah mencecah RM500 malah ada juga majikan yang membayar sehingga RM700 memandangkan pembantu rumah telah lama tinggal bersama mereka. Pembantu rumah khususnya dari Indonesia sering menimbulkan pelbagai masalah, malah kebanyakan mereka tidak terlatih berbandin

PENGETUA SEKOLAH BUTA PERPADUAN?

Saya telah menghabiskan sebelas tahun alam persekolahan saya dan setahun di sebuah kolej yang dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan kita. Sepanjang alam persekolahan saya sama ada di di SJK (I) Tanjung Karang kini telah ditukar nama kepada SK Seri Desa, di SMJK (I) Tanjung Karang yang kini dikenali dengan nama SMK Seri Desa dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor, saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum. Malah kami tidak pernah berfikiran perkauman dalam apa jua tindak tanduk kami. Beberapa ketika dahulu Datuk Nasir Safar yang merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri telah meletakkan jawatan kerana dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika menyampaikan ceramah dalam satu seminar mengenai konsep 1Malaysia. Walaupun episod tersebut telah memaksa seorang pegawai Perdana Menteri yang begitu komited dan dedikasi namun tafisran umum khususnya kaum India dan Cina memang terluka kerana kenyataan beliau. Bayangkan jik

APABILA SI PEMBALING KASUT JADI SANJUNGAN ..

Imej
(Wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush) Saya tidak pasti jika dunia telah berubah tiga ratus enam puluh darjah. Bukan bermaksud dunia kita kian terbalik. Tetapi itulah dunia, bagaimana mereka yang tidak beradab, biadab disanjung sebagai wira. Mungkin dianggap sebagai wira kerana sentimen bangsa. Banyak sudah insiden baling kasut berlaku di seluruh dunia, wartawan Iraq Muntadar Al-Zeidi yang membaling kasut ke arah George W. Bush , ketika bekas Presiden Amerika Syarikat itu melawat Iraq pada Disember 2008, membuka mata semua pihak bagaimana kejadian seperti ini boleh menimpa seorang pemimpin negara besar dunia. Selepas di Iraq, insiden yang sama berlaku di India pada April 2009 apabila wartawan akhbar harian berbahasa Hindi, Dainik Jagran, Jarnail Singh membaling kasutnya ke arah Menteri Dalam Negeri India, P. Chindabaram dalam satu sidang akhbar di New Delhi , kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Insiden baling kasut bukan hanya b

BULAN RAMADAN BULAN BUANG BAYI?

Imej
(Statistik Rasmi Pembuangan Bayi bagi tempoh 2005-2010 - dipetik dari drshafie.blogspot.com) Marahlah kepada saya, katalah apa pun jika saya menyamakan Bulan Ramadan kali ini sebagai bulan buang bayi. Tapi itulah rakaman kekecewaan saya mengenai perkembangan akhir-akhir ini, fenomena buang bayi yang kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan jika diimbas pada setiap hari ada sahaja kes buang bayi dilaporkan sejak bermulanya Ramadan. Kes pembuangan bayi kini telah menjadi wabak yang membimbangkan sama seperti wabak H1N1, denggi mahupun wabak penyakit yang pernah melanda negara kita. Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing, malah yang terbaru pihak polis telah mengklasifikasikan kes buang bayi sebagai cubaan membunuh atau membunuh sebagai satu usaha bagi membendung gejala ini. Kes pembuangan bayi bagi tahun ini sahaja telah dilaporkan meningkat sebanyak 154 peratus sejak Januari berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Setakat hari ini terdapat 65 kes

CATATAN FILEM-FILEM YASMIN AHMAD

Imej
Hari pertama Ramadan, tiba-tiba sahaja terasa begitu sunyi ialah saya sudah terbiasa berada di hadapan komputer di ruang kerja saya sehingga melewati jam enam petang dan disudahi dengan aktiviti ‘ngeteh’ di kopitiam (yang telah disahkan halal) di bawah. Aktiviti ‘ngeteh’ ini akan berlangsung sehingga menghampiri jam tujuh sebelum saya dan rakan-rakan ‘ngeteh’ kembali ke rumah. Kini menjelang Ramadan dengan waktu pulang ditetapkan pada jam 4.30 petang, terasa begitu sunyi tanpa aktiviti ‘ngeteh’, sudahnya saya memilih untuk ke Bangsar meredah kesesakan. Tujuan saya hanya mahu ke kedai buku Ikan Perak, yang memang terkenal di kalangan pecinta buku. Walaupun ini pertama kali saya mengunjungi kedai buku Ikan Perak ini, sehingga perlu menelefon bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya. Tujuan saya ke kedai buku Ikan Perak hanya satu: mahu mendapatkan buku 120 Malay Movies nukilan Amir Muhammad, yang khabarnya hanya dicetak sebanyak 500 naskhah. Di kedai buku Ikan Perak saya memilih

RENDAH SANGAT KE MENTALITI MAHASISWA KITA?

Tidak sampai sebulan Ketua Setiausaha Negara mengumumkan bahawa guru dibenarkan berpolitik dan beberapa hari lalu larangan mahasiswa berpolitik telah diputuskan oleh Kabinet. Saya masih tertanya-tanya apakah rasional membenarkan kaum guru berpolitik, dan apakah kewajaran menghalang mahasiswa berpolitik. Semacam ada yang tidak kena dengan larangan dan kebenaran ini, bukankah mahasiswa adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbukti untuk terpilih bergelar mahasiswa, apakah jati diri mereka masih di tahap yang meragukan sehingga larangan berpolitik dikenakan ke atas mereka. Malah jika saya tidak silap, saban kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, kelab-kelab UMNO diwakili malah terdapat pula Kelab UMNO yang direstui oleh para pemimpin, disalurkan dana dan dibiayai aktiviti-aktiviti mereka. Apakah ini bukti Kerajaan merendahkan tahap pemikiran mahasiswa tempatan berbanding mahasiswa luar negara? Apakah kerajaan bimbang kecenderungan mahasiswa terhadap politik kepa

BAZAR RAMADAN, BUFET RAMADAN, HALAL & HARAM ...

Setiap kali Ramadan menjelang, begitulah pula kemeriahannya dari jualan murah, jualan raya, promosi pelbagai cara sehingga ada pula saranan dari Nyonya Menteri supaya bulan Ramadan dijadikan sebagai tarikan pelancong ke negara ini hanya kerana pelbagai juadah dapat dirasai dalam bulan Ramadhan. Aduh. Ramadan Al-Mubarak bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam malah menjadi rebutan bagi para peniaga untuk berniaga di Bazar Ramadan, sebutlah apa sahaja juadah semuanya boleh ditemui di Bazar Ramadan, sama ada juadah yang biasa dan yang luar biasa atau yang hanya boleh ditemui di Bazar Ramadan ketika bulan Ramadan. Ketika DBKL membuat undian bagi tapak Bazar Ramadan tempohari, bagi lebih 7000 tapak yang disediakan, hampir 20000 peniaga mencuba nasib. Begitulah terujanya berniaga di Bazar Ramadan. Kisah saban tahun hotel-hotel menawarkan Bufet Ramadan dengan harga kadang-kadang mencecah RM100 bagi seorang bukanlah kisah luar biasa di negara kita dalam bulan Ramadan. Namun apabila

SIBUK DUNIA ...

Imej
Sejak kebelakangan ini seawal bulan Mei saya tersangat sibuk, sehingga ada teman-teman yang bersms nakal, jumpa PM Najib lagi senang dari jumpa kau! Tapi saya akui memang agak sibuk tetapi bukanlah sibuk sehingga saya tiada masa menjawab telefon pun. Saya sibuk yang teramat sangat sehingga ada kerja-kerja yang saya masih teruskan di rumah pun. Sibuk saya bukan sibuk yang dibuat-buat memang sibuk sungguh, tetapi yang sebenarnya ialah sibuk yang dicari, maksud saya kesibukan saya ialah sibuK yang ditempah yakni menawarkan diri untuk disibukkan. Kisahnya ialah sekitar bulan Disember 2009 apabila saya terfana oleh iklan penerbitan buku teks yang dipanjangkan kepada seorang kenalan abang saya yang merupakan seorang yang memang telah lama terjerumus ke kancah perbukuan. Maka bermula dari awal tahun sehingga kepada tarikh tutupnya pada pertengahan Mei saya menjadi kian sibuk. Seusai tender tersebut, saya sekali lagi memilih untuk menyibukkan diri kepada seorang teman saya yang mempunya

3 KISAH 1 PERSEPSI ...

Imej
(Gambar hiasan: Menunggu kemunculan buaya?) KISAH 1 Beberapa tahun lalu semasa berkunjung ke bandar Muar, yang ketika itu mempunyai bayi kecil dan dua orang anak yang masih belum bersekolah, sekitar tahun 2000. Menjadi lumrah apabila mengunjungi sesuatu tempat saya membeli belah dan kebetulan pula ketika itu saya membeli belah di pinggir bandar Muar berhampiran laut. Mengunjungi dari satu gerai ke satu gerai yang lain, menjadi kebiasaan saya untuk tidak hanya membeli di satu tempat atau satu gerai sahaja, maka ketika sampai di tengah, kedua tangan saya sarat memegang beg-beg plastik berisi barangan di samping memangku anak kecil saya, dan saya masih lalu di hadapan gerai-gerai dan ditegur oleh penjual untuk memasuki kedai mereka, namun tidak siapa pun mengendahkan beban saya memegang anak dan tangan yang sebelah lagi memegang plastik-plastik barangan yang dibeli hinggalah ke kedai yang penghujung, yang secara spontan memberikan beg yang besar yang boleh memuatkan semua baranga