DARI KERANA MERCUN ...

(Bermain mercun bukan budaya kita)

Sebagai seorang yang terdedah kepada pelbagai sumber ilmu dan rujukan, saya merasa amat kesal. Ini ialah kerana saya telah terlepas peluang menjadi usahawan bermusim sejak sekian lama, katalah dalam tempoh 10 tahun lepas, bagi setiap musim, anggaran keuntungan saya ialah sekitar RM5000, maka saya telah terlepas peluang membuat keuntungan sebanyak RM50000, hanya kerana saya kurang arif atau tidak tahu undang-undang. Malah saya percaya lebih ramai lagi orang-orang yang buta undang-undang seperti saya. Namun kekesalan saya kini bertambah-tambah dengan pelbagai insiden setiap kali menjelang musim perayaan.

Apa yang saya maksudkan ialah sebenarnya saya tidak tahu bahawa pesalah-pesalah yang berkaitan dengan mercun hanya dikenakan kompaun selama ini, hinggalah pada hari ini terdapat ura-ura untuk meminda peraturan ini yang membolehkan mereka di dakwa di mahkahmah. Patutlah selama ini penjual-penjual mercun bermaharajalela, malah kawan-kawan saya menceritakan bagaimana mereka menjadi usahawan segera dalam perniagaan mercun ini sekian lama. Ini ialah kerana jika mereka tertangkap hanya akan dikenakan denda sahaja.

Insiden tragis melibatkan mercun tidak pernah sunyi menghiasi dada akhbar setiap kali menjelang musim perayaan, yang terbaru di Trengganu apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut setelah tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter apabila rumah tinggal dijadikan stor untuk menyimpan mercun yang diseludup. Si pelakunya tidak lain adalah ayah kanak-kanak malang ini. Cerita-cerita bagaimana murid-murid kehilangan jari tangan juga bukanlah asing, setiap kali menjelang perayaan, kisah-kisah seperti ini seolah-olah menjadi lumrah dan wacana bual orang ramai. Soalnya selepas begitu lama, tidakkah pihak polis mencadangkan perubahan dalam peraturan ini sejak dahulu lagi.

Mercun seolah-olah menjadi tradisi kepada masyarakat hari ini untuk menyambut perayaan sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam kerana tidak memberikan sebarang manfaat. Mungkin selepas pindaan dan pemantauan oleh polis seperti yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara, kisah mercun akan terus berkurangan!

Ulasan

anti mercun berkata…
mercun ..agenda yahudi..
sarip dol berkata…
x yahlah main mercun yang x berpekdah ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?