KEMBALINYA SEORANG LAGI LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA
Pagi ini lebih kurang jam 9.40 pagi, 18 Ramadan, kita kehilangan seorang lagi lagenda bola sepak negara, Isa Bakar yang kembali ke rahmatullah. Beliau pernah bergandingan dengan allahyarham Mokhtar Dahari dan rakan-rakan lain seperti Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun. Allahyarham Isa Bakar berusia 58 tahun dikatakan mengalami batuk berdarah semalam, sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
Allahyarham Isa Bakar sukar untuk dilupakan kerana aksi cemerlang beliau dan Allahyarham Mokhtar Dahari yang mampu membolosi gawang pasukan Arsenal pada tahun 1975 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka ketika itu. Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau pernah menjulang nama Pulau Pinang sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 1974 bersama abangnya Allahyarham Ali Bakar yang meninggal dunia pada Ogos 2003.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh, InsyaAllah. Amin.
Ulasan