SINAR DI AIDIL FITRI

Akhirnya Mahadi Che Mansor dan isterinya, Kasmaliza Kassim yang melarikan diri secara berasingan meninggalkan anak-anak seramai sembilan orang di bawah jagaan bapa mertuanya dikesan berada bersama isterinya di Kuala Lumpur malah telah mempunyai anak yang kesepuluh.

Syukurlah Mahadi dan isterinya telah bersedia untuk kembali ke pangkuan anak-anaknya menjelang Aidil Fitri nanti. Moga episod sedih anak-anak dan permasalahan keluarga ini akan berakhir dengan penuh keinsafan.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana pasangan suami isteri ini dapat kembali ke pangkuan anak-anak mereka dan memulakan kembali kehidupan seperti dahulu. Betullah kata pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, moga kesilapan Mahadi dan Kasmaliza akan dapat dimaafkan demi meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab mereka berdua!

Ulasan

seha berkata…
syukurlah ada keinsafan...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN