SIBUK DUNIA ...


Sejak kebelakangan ini seawal bulan Mei saya tersangat sibuk, sehingga ada teman-teman yang bersms nakal, jumpa PM Najib lagi senang dari jumpa kau! Tapi saya akui memang agak sibuk tetapi bukanlah sibuk sehingga saya tiada masa menjawab telefon pun. Saya sibuk yang teramat sangat sehingga ada kerja-kerja yang saya masih teruskan di rumah pun. Sibuk saya bukan sibuk yang dibuat-buat memang sibuk sungguh, tetapi yang sebenarnya ialah sibuk yang dicari, maksud saya kesibukan saya ialah sibuK yang ditempah yakni menawarkan diri untuk disibukkan.

Kisahnya ialah sekitar bulan Disember 2009 apabila saya terfana oleh iklan penerbitan buku teks yang dipanjangkan kepada seorang kenalan abang saya yang merupakan seorang yang memang telah lama terjerumus ke kancah perbukuan. Maka bermula dari awal tahun sehingga kepada tarikh tutupnya pada pertengahan Mei saya menjadi kian sibuk. Seusai tender tersebut, saya sekali lagi memilih untuk menyibukkan diri kepada seorang teman saya yang mempunyai platform untuk menyertai pembekalan kerajaan, maka dari satu ke satu yang lain saya mula terlalu sibuk sehingga pada satu ketika saya memilih (sebenarnya tiada pilihan) untuk menyertai tiga tender pada satu masa (bukan atas sifat tamak, tetapi setiap satunya berkait dan timbal balik).

Memang memenatkan sehingga saya tidak punya masa melakukkan perkara-perkara santai yang lazimnya saya lakukan – membaca buku, menonton televisyen, menonton filem, melawat blog teman-teman dan pelbagai aktiviti santai yang telah saya korbankan! Seperti pertanyaan seorang teman yang agak ekstrim, berbaloi kah semua itu (baca: boleh dapat ke tender-tender yang saya sertai semuanya) jawapan saya mudah: kalau begitu mudahlah, tentulah ramai yang sudah menjadi jutawan segera dari aktiviti menyertai tender, yang sebenarnya tugas kita ialah berusaha, berusaha dan berusaha selebihnya adalah kerja Allah SWT. Apa perlunya kita mengambil alih tugas dan ketentuan Allah SWT.

Sama ada sedar atau tidak saya sebenarnya telah membantu atau menyertai (bukan syarikat sendiri) sebanyak sembilan tender pembekalan dalam tempoh tiga bulan, satu rekod peribadi yang belum pernah saya lakukan – tender marathon.

Kini menjelang Ramadhan, saya bertekad untuk mengendurkan kesibukan saya dan seboleh mungkin melakukkan pelbagai aktiviti santai saya. Kerja dan kesibukkan saya kira seperti bebayang yang sentiasa bersama kita.

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

sarip dol
12 Ogos 2010 6:40 PTG

betul kata tuan tugas kita sebagai hambaNYa ialah terus berusaha..

anep
12 Ogos 2010 7:14 PTG

salam tuan, selamat berpuasa moga sibuk tuan tidak melupakan penciptaNYA.

wanman68
18 Ogos 2010 5:23 PG

Syabas kerana tak berputus asa. Berusaha sebaik mungkin, kejayaan bukan ditangan kita tapi padaNYA... Semuga kejayaan milik anda.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger