Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

AIRASIA OH AIRASIA!

Imej
Saya sudah serik menggunakan perkhidmatan AirAsia, betul jika terdapat pilihan walaupun dengan harga sedikit tinggi, saya mengelak menggunakan perkhidmatan tambang murah itu, yang menggunakan tagline – kini semua orang boleh terbang! Saya serik bukan kerana tambangnya ‘benar-benar’ murah, bukan. Tambang AirAsia memang murah berbanding pesaingnya namun bukanlah murah sebenar-benarnya. Kuasa dan kesedaran kepenggunaan di negara kita tidak begitu tinggi, dalam erti kata lain, persatuan-persatuan pengguna di negara kita masih lagi diperlekeh oleh kapitalis. Kisah penerbangan murah negara kita menjadi peneraju di beberapa buah negara luar adalah sesuatu yang menarik, apabila Tony Fernandes memilih untuk memulihkan sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berkembang begitu pesat tentulah amat membanggakan. Namun pengalaman menggunakan penerbangan AirAsia (sekurang-kurangnya pengalaman peribadi) memang amat mengecewakan dan memperlekeh

BERANI KERANA BENAR

Imej
Kisah lembu NFC dan kaedah penggunaan dana kerajaan yang disalurkan kepada NFC Corp yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil, khabarnya kini sedang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa. Apa yang menariknya ialah apabila Perkasa dan beberapa NGO lain melakukan kunjungan hormat ke NFC. Tiba-tiba Perkasa muncul sebagai jurucakapnya yang baru memberikan pelbagai maklumat dari perspektif mereka. Anehnya dikhabarkan juga bahawa pihak Audit Negara telah tersilap dalam menamakan entiti tersebut kerana terdapat dua entiti, masing-masing NFC dan NFCorp. Presiden Perkasa itu melaporkan pula bahawa NFC milik keluarga Sharizat itu telah dianiya oleh bekas kakitangannya, yang telah melakukan pecah amanah. Soalnya sekarang bukanlah maklumat yang diberikan oleh siapa pun yang penting tetapi adakah maklumat yang diberikan itu tepat dan penyelewangan tersebut benar-benar dilakukan oleh pengurusan NFC? Adakah mewajarkan pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Sing

SYABAS POLIS!

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan bagaimana seorang anak ‘Datuk’ ditahan kerana suatu kes jenayah yang disyaki beliau terbabit pada tahun 2006. Ironinya kes ini adalah kes bunuh seorang graduan Universiti Utara Malaysia pada 14 Januari 2006. Suspek ini dikhabarkan melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian DNA. Apa yang memusykilkan saya ialah kenapa pihak polis perlu menunggu begitu lama untuk menangkap semula suspek, iaitu selepas enam tahun. Adakah kerjasama Interpol tidak memungkinkan suspek ini diekstradisi ke negara ini untuk dibicarakan. Pihak polis pula dengan bangganya memaklumkan bahawa - “Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes tersebut setiap dua bulan” Maknanya dalam tempoh enam tahun, polis telah berusaha mengikuti perkembangannya sebanyak 36 kali tanpa apa-apa tangkapan atau usaha membawa suspek ke muka pengadilan di mahkamah Malaysia! Walauapapun seperti pepatah Inggeris

SHARIZAT TIDAK PERLU BERCUTI, BERHENTI TERUS!

Imej
Semalam akhbar-akhbar melaporkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengambil cuti selama 3 minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarganya. Gambar ihsan: bumiperak.blogspot.com Kenyataan Sharizat "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya. Ini bukan soal sama ada Sharizat terlibat secara langsung atau tidak tetapi kebobrokan sistem yang dirobek oleh kaedah penganugerahan projek-projek menggunakan dana Kerajaan. Kenyataan Sharizat seolah-olah menggambarkan bahawa dia seper

MERUNGKAI MISTERI SHERLOCK HOLMES

Imej
Anehnya, filem tontonan pertama saya bagi tahun 2012 ialah filem penyiasatan Sherlock Holmes . Saya bukanlah peminat tegar filem-filem penyiasatan ala Sherlock Holmes. Namun ketika di zaman persekolahan saya, novel-novel penyiasatan Sherlock Holmes nukilan Arthur Conan Doyle memang tidak lepas daripada bacaan saya. Sherlock Holmes: A Game of Shadow merupakan sekuel kepada siri pertama yang diterbitkan pada tahun 2009, iaitu Sherlock Holmes yang memperkenalkan siri detektif ini kepada umum di layar perak. Sekuel Sherlock Holmes masih mengekalkan pengarah dan juga dua teraju utamanya. Filem arahan Guy Ritchie menampilkan Robert Downey Jr . sebagai penyiasat penuh muslihat dan licik Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. Watson yang menjadi pembantunya. Saya tidak mengikuti filem pertama Sherlock Holmes, namun menonton filem ini walaupun tidak diketahui sebagai sekuelnya, Sherlock Holmes : A Game of Shadow tidak mengecewakan. Filem ini berlatarbelakangkan tah

BERUBAHKAH LANDSKAP POLITIK MALAYSIA SELEPAS 9 JAN 2012?

Tidak sampai 48 jam, keputusan perbicaraan liwat DS Anwar Ibrahim akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Walaupun ini hanyalah sebuah daripada kes yang melibatkan peribadi pemimpin tinggi pembangkang itu, namun pelbagai pihak khususnya daripada penyokong DS Anwar Ibrahim telah bersedia hingga melancarkan kempen besar-besaran pada tarikh tersebut. Tiada siapa yang tahu malah mengagak apakah hukuman yang bakal dijatuhkan kepada beliau. Namun apa yang menarik ialah sikap polis yang telahpun memberikan kebenaran kepada penyokongnya untuk berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada tarikh tersebut. Mungkin ada yang berpendapat pihak polis menerima tekanan dan akhirnya membenarkan perhimpunan ini dengan beberapa syarat. Namun apa yang bermain di benak pihak polis sebenarnya boleh diagak, pihak polis memberi kebenaran bagi menolak tanggapan pihak pembangkang yang akan terus mempolitikkan isu ini sehingga akan memburukkan lagi keadaannya. Pada

HIDUP INI ADALAH PILIHAN

Life is about choices . Inilah frasa yang sering saya ungkapkan saban waktu. Benarlah kata orang, hidup ini adalah pilihan. Apabila lebih 70 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa wakil dari UNISEL, MSU dan UIA memilih untuk berdemonstrasi pada awal tahun 2012 yang baru lalu atas alasan untuk kebebasan akademik dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), saya termenung panjang. Bukan kerana gelombang kebangkitan mahasiswa ini merisaukan saya, tidak. Namun melihat kepada rakaman video yang dimuatnaik di YouTube , provokasi kepada pihak polis adalah sebab utama mereka bertindak, sehingga pihak polis dilabel sebagai keterlaluan dan zalim dalam menangani isu ini. Saya tidak pernah mengatakan polis sebagai malaikat pun namun dalam melaksanakan tugas semacam itu, apa lagi pilihan yang ada pada pihak polis. Adakah pihak polis perlu mendayu-dayu merayu kepada anak muda yang berani bertindak untuk menghentikan tindakan mereka, t

DUNIA TANPA TIRAI

Imej
Pedulilah jika saya terserempak dengan kumpulan esei sosiopolitik karya SM Zakir secara tidak sengaja. Itu pun di celah-celah timbunan buku-buku di rak Malaysiana di PekanBuku Universiti Malaya, setelah membelek halamannya, saya terus berhasat membelinya. Itu cerita sehari sebelum SM Zakir diumumkan sebagai penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara awal November lalu. Ketika mengucapkan tahniah di atas anugerah yang diterimanya, saya sempat memberitahunya bahawa saya baru sahaja membeli buku Dunia Tanpa Tirai itu. Buku yang bagus tetapi tidak ramai yang sedar dan membicarakannya. Dunia Tanpa Tirai adalah koleksi tulisan-tulisan sosiopolitik dalam bentuk kolum mingguan yang tersiar di tabloid Mingguan Wasilah . Tulisan dan pandangan SM Zakir adalah potret kritis yang segar dan bervisi, lihat sahaja bagaimana dia melakarkan krisis politik di Perak dalam tulisan berjudul Dapat 1 Perak Hilang 1 Malaysia. Tidak ramai yang tahu, krisis di Perak yang belarutan sehingga d

PERMULAAN HAMBAR UNTUK PM NAJIB

Tahun baru 2012 baru sahaja dua hari, masih terdapat 364 hari lagi sehingga penghujung 2012. Namun begitu, permulaan tahun baru adalah sangat hambar buat PM Dato’ Sri Najib Tun Razak. Apakah permulaan tahun baru yang baik dimulakan dengan demonstrasi oleh mahasiswa universiti, khabarnya seramai 200 orang berhimpun malah membaringkan diri di jalanraya berhadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Demonstrasi awal tahun dihadiri bukan sahaja oleh mahasiswa UPSI malah disertai juga wakil-wakil dari UIAM, UNISEL dan MSU. Hasilnya seramai 17 orang mahasiswa ditahan oleh pihak berkuasa. Seperti biasa pelbagai pihak mengecam tindakan mahasiswa dengan pelbagai label, misalnya dalam ruangan Minda Pengarang akhbar Berita Harian melabel mahasiswa yang berdemonstrasi di UPSI sebagai tidak matang. Gagal mendengar suara rakyat tidak kiralah samada golongan mahasiswa atau rakyat biasa akan menjadi satu faktor kejatuhan Kerajaan yang telah terbukti di merata negara di dunia khus

SERONOK JADI MENTERI DI MALAYSIA!

siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi menteri Itu pantun nakal yang sengaja saya kutip untuk entri pertama bagi tahun 2012. Beberapa minggu ketika membantu sebuah persatuan penulis mengumpulkan dana bagi menjayakan majlis makan malam dan juga bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bagi tahun 2012, saya kebetulan berurusan dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seperti mana-mana organisasi yang lain, surat memohon tajaan mahupun sumbangan juga dihantar kepada teraju utama di MAIWP yang kemudiannya dipanjangkan kepada pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan. Apabila saya berhubung pula, saya diberi ceramah oleh seorang ustaz yang menjawab panggilan saya dengan mengatakan bahawa wang zakat mahupun Baitulmal tidak boleh diberikan kepada persatuan penulis yang saya wakili atas alasan bahawa ianya tidak wajar dan diluar asnaf yang dibenarkan. Saya bukanlah begitu jahil agama, tetapi menurut rasional saya, pa