BERUBAHKAH LANDSKAP POLITIK MALAYSIA SELEPAS 9 JAN 2012?

Tidak sampai 48 jam, keputusan perbicaraan liwat DS Anwar Ibrahim akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Walaupun ini hanyalah sebuah daripada kes yang melibatkan peribadi pemimpin tinggi pembangkang itu, namun pelbagai pihak khususnya daripada penyokong DS Anwar Ibrahim telah bersedia hingga melancarkan kempen besar-besaran pada tarikh tersebut.

Tiada siapa yang tahu malah mengagak apakah hukuman yang bakal dijatuhkan kepada beliau. Namun apa yang menarik ialah sikap polis yang telahpun memberikan kebenaran kepada penyokongnya untuk berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada tarikh tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat pihak polis menerima tekanan dan akhirnya membenarkan perhimpunan ini dengan beberapa syarat. Namun apa yang bermain di benak pihak polis sebenarnya boleh diagak, pihak polis memberi kebenaran bagi menolak tanggapan pihak pembangkang yang akan terus mempolitikkan isu ini sehingga akan memburukkan lagi keadaannya. Pada hemat saya, pihak polis bertindak bijak dengan memberikan kebenaran bersyarat ini sebagai satu cara menutup mulut pihak pembangkang.

Dengan memberikan kebenaran awal ini, rasanya bilangan para penyokong yang bakal hadir juga akan jatuh dengan mendadak kerana merasakan tidak ada ‘uuummph’ kerana kebenaran berhimpun telah pun diberikan!

Apakah pihak-pihak yang menyokong DS Anwar akan terus berpendapat bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah atau dikatakan difitnah sama seperti yang berlaku pada perbicaraan pertama yang lalu. Adalah tidak wajar bagi kita mempersoalkan keputusan mahkamah yang akan diputuskan pada Isnin nanti, kerana tidak mahu dikatakan menghina mahkahmah.

Dengan barisan peguam handal yang membela DS Anwar dan dengan segala yang dihujahkan pada sesi perbicaraan, adakah para penyokongnya akan terus mengatakan bahawa proses dan keputusan mahkahmah telah diatur sebagai usaha mematikan karier politik DS Anwar? Jika inilah persepsi yang cuba diwujudkan oleh para penyokongnya, tidak mustahillah pihak polis kini lebih bersedia dengan memberikan kebenaran awal untuk berhimpun.

Walauapapun keputusannya pada 9 Januari 2012 nanti, perkembangan terbaru ini akan sedikit sebanyak bakal merubah landskap politik Malaysia, walaupun tidak sehebat tsunami politik yang melanda negara pasca PRU 12 pada 2008 yang lalu.

Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukunegara yang menggariskan Kedaulatan Undang-undang sebagai rukun yang keempat, perhimpunan penyokong DS Anwar terhadap perbicaraan ini mungkin satu kewajaran menghalalkan cara! Biarlah mahkahmah memutuskan seadilnya pada Isnin nanti. Usaha memang penting dan dituntut selainnya itu kerja Allah SWT.

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

sarip
7 Januari 2012 9:23 PTG

polis pun dah bijak dah..

reformis
7 Januari 2012 11:26 PTG

seorang anwar ibrahim tdak mampu merubah politik malaysia, namun dpt mnggugat bee end..

antidemo
8 Januari 2012 9:37 PG

melayan tuntutan semacm ini akan mernedahkan imej polis, tiada kewajaran langsung.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger