MERUNGKAI MISTERI SHERLOCK HOLMES


Anehnya, filem tontonan pertama saya bagi tahun 2012 ialah filem penyiasatan Sherlock Holmes. Saya bukanlah peminat tegar filem-filem penyiasatan ala Sherlock Holmes. Namun ketika di zaman persekolahan saya, novel-novel penyiasatan Sherlock Holmes nukilan Arthur Conan Doyle memang tidak lepas daripada bacaan saya.

Sherlock Holmes: A Game of Shadow merupakan sekuel kepada siri pertama yang diterbitkan pada tahun 2009, iaitu Sherlock Holmes yang memperkenalkan siri detektif ini kepada umum di layar perak.

Sekuel Sherlock Holmes masih mengekalkan pengarah dan juga dua teraju utamanya. Filem arahan Guy Ritchie menampilkan Robert Downey Jr. sebagai penyiasat penuh muslihat dan licik Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. Watson yang menjadi pembantunya. Saya tidak mengikuti filem pertama Sherlock Holmes, namun menonton filem ini walaupun tidak diketahui sebagai sekuelnya, Sherlock Holmes : A Game of Shadow tidak mengecewakan.

Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1891, di London mengisahkan Sherlock Holmes menyiasat tentang misi pengemboman di beberapa lokasi di Jerman dan Perancis. Ketamakan Prof. Moriarty yang mahu menguasai dunia dengan menimbulkan kekacauan bagi tujuan mengaut keuntungan daripada pelaburannya dalam pelbagai sektor.

Teman penyiasatannya Dr. John Watson yang sebenarnya sedang merancang perkahwinannya juga tidak terlepas daripada muslihat dan kelicikan serta kepantasan Sherlock Holmes. Dr. Watson yang sedang dalam perjalanan bulan madu bersama isterinya diserang hendap oleh orang-orang Prof. Moriarty, sehingga memaksa Sherlock Holmes menyingkirkannya dengan cara menolaknya dari keretapi ke dalam sungai, yang sebenarnya telah dirancang begitu teliti untuk diselamatkan oleh abang Sherlock Holmes tepat pada masanya.

Sherlock Holmes: A Game of Shadow menampilkan fotografi dan adegan-adegan yang sesuai dengan zamannya di samping teknik imejan komputer (CGI) yang menyakinkan khususnya dalam adegan tembak menembaknya.

Pedulilah dengan ketidak logik penceritaannya, namun filem ini menampilkan lakonan berkesan teraju utamanya, Robert Downing Jr dan Jude Law. Sherlock Holmes: A Game of Shadow bukan semacam filem-filem biasa yang saya tonton, lebih dua jam terpaku di layarnya menuntut fokus dan penelitian semacam menjadi penyiasat rasanya!

Hasrat asal saya ialah menonton filem The Awakening, sebuah filem thriller, namun seperti kata pepatah ‘takdir mengatasi tadbir’ kejutan daripada kelewatan memaksa saya bersama Sherlock Holmes menyelesaikan misterinya.

Ulasan

anis berkata…
best ke ceritsnya

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?