Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

FAM, CUKUPLAH SIAPA YANG ANDA CUBA BODOHKAN?

Pedulilah jika saya sudah lama tidak begitu akrab dengan liga bola sepak tempatan, walaupun entri di sini pernah beberapa kali menulis tentang kemelut dan nasib sukan bola sepak negara, namun tiada sangat perubahan dalam mutu apatah lagi kepimpinan yang tidak banyak terkesan daripada pelbagai rungutan dan sungutan peminat sukan bola sepak di negara kita. Insiden di negeri Presiden FAM sendiri amat memalukan, yang lebih memalukan adalah keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang begitu ghairah untuk menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pasukan, dan agihan tiket yang dianggap oleh banyak pihak sebagai berat sebelah. Apa tidaknya, Pahang yang gagal menjadi tuan rumah yang baik, sekali lagi mendapat peluang menjadi tuan rumah apabila perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada esok hari.  Yang lebih menghairankan adalah tindakan FAM yang berkiblat kepada statut mereka yang jelas menampakkan ketidak adilan kepada pasukan lawannya. Johor Darul Takzim yang menjadi pasu

YANG DILAPOR, YANG TIDAK ...

Entah berapa kali mungkin beratus atau beribu kali media di Malaysia melaporkan tidak sebagaimana sepatutnya, inilah padahnya apabila media hanya melaporkan yang ‘mulok’ untuk tatapan tuan politik mereka. Ada juga situasi yang dilaporkan dengan begitu rupa supaya kelihatannya seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan.  Laporan dalam akhbar mengenai ‘penceroboh’ di Lahad Datu yang dikhabarkan oleh Menteri yang berkenaan bahawa “mereka bukan pengganas, tetapi penyokong kesultanan Sulu” sebagai contoh adalah laporan sebagai penenang kepada rakyat. Pasca Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu pula, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengutuskan perutusan tahniah kepada Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak di atas kejayaannya dalam PRU tersebut. Perutusan yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana yang disalur melalui Bernama adalah seperti berikut: “We also congratulate the people of Malaysia who turned out in record numbers to cast their votes as well

AKULAH, BUKAN KAU!

Apabila Perdana Menteri 1Malaysia, menandatangani MOU dengan Pertubuhan Hak Asasi Kaum India (HINDRAF) serta bersetuju dengan ‘Blueprint – A New Dawn For Malaysians Indians’, peranan Kongres India Malaysia (MIC) menjadi seakan tidak relevan.  Parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 itu mula merasakan kehangatan dan kegusaran apabila wakil Hindraf pula dilantik sebagai Timbalan Menteri pasca PRU yang baru lalu. Kini terdengar pula ura-ura bahawa Perdana Menteri akan menubuhkan Unit Hal Ehwal Kaum India seperti yang termaktub di dalam pelan tindakan yang dilancarkan tempohari.  Yang lebih menariknya, MIC mahukan unit yang dicadangkan itu diletakkan di bawah mereka, yakni di bawah MIC dan bukannya Hindraf. Apa yang gagal difahami oleh MIC adalah bahawa unit itu tidak sepatutnya diletakkan di bawah MIC atau pun Hindraf kerana urusan dan tanggungjawab meningkatkan sosio ekonomi kaum India di negara ini bukanlah tanggungjawab mutlak MIC atau Hindraf  tetapi oleh Kerajaan. 

MENKEDAN PEMECAH TEMBOK RASIS!

Jika diteliti barisan kabinet Perdana Menteri 1Malaysia, hanya Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein  yang paling dipercayai oleh Najib.  Apa tidaknya, dua orang menteri ini bukan sahaja merupakan menteri kanan tetapi juga Naib Presiden UMNO dan  memegang portfolio penting yang menjadi nadi negara. Biarpun ada seorang lagi Naib Presiden, Shafie Apdal, namun portfolionya  tidaklah sepenting Zahid Hamidi mahupun Hishamuddin Hussein yang bertukar portfolio masing-masing daripada yang pernah mereka pegang oleh mereka berdua. Hatta Timbalan Perdana Menteri juga sebenarnya tidak sebegitu penting kepada Najib berbanding Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein. Sehari selepas dipilih sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan pedasnya kepada pihak yang mempertikaikan kaedah pelaksanaan pilihanraya di negara ini supaya berhijrah ke negara lain mengikut kepercayaan politik mereka. Belum pun seminggu menduduki kerusi Menteri Dalam Negeri, telah berlaku penahanan ak

BAM, APA KHABAR?

Badminton merupakan  antara sukan popular di Malaysia selepas bolasepak.  Apabila Malaysia menjadi tuan rumah Piala Sudirman buat pertama kali dalam edisinya yang ke-13 dalam kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan sejak 1989, prestasi kita menjadi semakin buruk. Walaupun Piala Sudirman tidak menawarkan sebarang ganjaran kewangan, namun pencapaian di dalam kejohanan ini akan memperbaiki ‘ranking’ para pemain apatah lagi akan mengharumkan nama negara mereka.  Ironinya, Malaysia tidak pernah menjuarai Piala Sudirman malah yang paling hampir ialah memasuki pusingan suku akhir pada tahun 2009.  Walaupun Piala Sudirman adalah bagi mengingati bekas pemain dan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI), Dick Sudirman, Indonesia hanya pernah memenanginya sekali sahaja setakat ini iaitu pada kali pertama dianjurkan pada tahun 1989. Walaupun begitu, apa yang lebih menarik ialah bagaimana jenama oleh Indonesia yang dianggap jauh ketinggalan dalam banyak segi daripada Malaysia b

BENDERA PUTIH BN DI SELANGOR, PULAU PINANG & KAUM CINA?

Sekurang-kurangnya itulah tanggapan umum apabila barisan kabinet yang diumumkan pada hari Rabu lepas.  Ini kerana buat pertama kalinya, tiada Menteri yang mewakili Selangor dan Pulau Pinang malah tiada wakil kaum Cina setakat ini walaupun telah disediakan kerusi Menteri Pengangkutan sebagai kuota untuk MCA. Malah pada kali ini bilangan Menteri daripada parti MCA juga telah berkurangan berikutan keengganan MCA untuk menerima jawatan kerajaan ekoran kekalahan yang memalukan pada PRU pada kali ini. Prestasi MCA adalah yang paling teruk apabila hanya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN yang ditandingi.  Ini adalah prestasi terburuk oleh parti komponen yang mewakili kaum Cina dalam gabungan BN.  Berdasarkan kemenangan 18 calonnya daripada 127 yang bertanding, sepatutnya Presiden parti tersebut haruslah mengundurkan diri secara terhormat. Lain pun di Selangor, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Pengeru

WAKIL RAKYAT NAIK GAJI 300 PERATUS, RAKYAT 13 PERATUS!

Seronok rasanya menjadi Menteri di Sarawak, apa tidaknya mereka bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda.  Yang lebih menyeronokkan adalah bahawa kenaikan ini  diterima  oleh para ADUN Sarawak apabila mereka meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen & Gratuiti). Alasan yang diberikan adalah faktor geografi bahawa Sarawak adalah sangat besar dan tiada pernah ada kenaikan sejak tahun 1992. Kenaikan pada kali ini juga melibatkan gaji Speker, ADUN, Timbalan Spekaer, Setiausaha Politik, di samping Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan mereka. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik kepada RM39,000 daripada RM13,000 sebelum ini.  Menteri kanan dan Speker pula akan menerima gaji sebanyak RM30,000 berbanding RM9,000 sebelum ini.  ADUN pula akan menerima kenaikan sehingga RM15,000 daripada RM4500 pada masa ini.  Setiausaha politik pula akan menerima RM9,000 berbanding RM3,000 yang mereka terima pada masa ini. Apa ya

BAPAK KAU, BAPAK AKU!

Isunya ialah apabila Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang belum lagi panas kerusi kabinetnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  meminta mereka yang tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini untuk berhijrah ke negara lain. “Jika golongan ini  mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.” Tentulah gesaan yang seperti ini dianggap tidak matang, bongkak dan angkuh oleh seorang menteri kanan seperti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Walaupun kemudiannya dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa gesaan tersebut adalah peribadi sifatnya, dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan keseluruhannya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan di Seremban pada 18 Mei yang lalu, berang dengan kenyataan Zahid

BOIKOT, BOIKOT, BOIKOT!

Pasca Pilihanraya Umum ke-13 sekurang-kurang terdapat tiga gesaan boikot di negara kita. Gesaan boikot pertama adalah daripada lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu rakyat negara ini khabarnya memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Malah dikhabarkan pula selain itu, produk-produk ini juga tidak selamat untuk dimakan yang dikesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan, malangnya tuduhan ini tidak dibuktikan atau tidak dimaklumkan secara terperinci, jika benar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  mahukan rakyat negara ini tidak memakan produk-produk tersebut ianya haruslah melalui proses dan penerangan yang sewajarnya. Selepas dituduh hanya mementingkan keuntungan sebagai alasan untuk memboikot, kini ditambah pula gesaan memboikot atas alasan syarikat tersebut membiayai himpunan haram.  Jika hal ini adalah benar, elok PPIM mengeluarkan bukti-bukti yang sahih bagi menyokong dakwaan mereka.  Hal ini mungkin a

MEREKA TIDAK PERNAH BELAJAR?

Ketika pulang ke kampung baru-baru ini bagi membolehkan isteri saya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengundi, saya agak terkejut dengan ‘pemotongan’ biaya pengundi luar yang disediakan oleh UMNO & BN di Parlimen Kubang Pasu.  Isteri saya dimaklumkan bahawa peruntukan telah dipotong separuh seperti yang dimaklumkan oleh petugasnya.  Walaupun ditandakan akan menerima RM200.00, namun yang diserahkan oleh petugas tersebut hanyalah RM100.00 untuk menampung kos tol dan minyak untuk pulang mengundi. Saya mahupun isteri saya tidak mempertikaikan jumlah yang diberikan walaupun dikhabarkan oleh seorang sahabat di sebuah negeri paling miskin seperti yang dilabel oleh Perdana Menteri 1Malaysia, saguhati yang diterima oleh pengundi luar adalah RM300.00!  Namun yang menjadi persoalan, adakah ini mencerminkan apa yang sebenarnya diterima dan diagihkan ataupun telah ‘ditol’ oleh pihak-pihak yang mengendalikan agihan ini. Kini setelah pengumuman kabinet oleh Perdana Menteri

KABINET BEKERJA!

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan barisan kabinetnya, selepas ‘kemenangan’ Barisan Nasional dengan hanya 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang ditandingi. Menariknya, barisan kabinet  pada kali ini adalah yang benar-benar perlu melakukan kerja dan lonjakan paradigm yang agak ketara berbanding apabila BN memenanginya secara lebih selesa seperti pada tahun 2004 yang lalu. Barisan kabinet yang menggandingkan wajah baru dan lama serta pengguguran beberapa menteri dalam barisan kabinet sebelum Pilihanraya Umum tempohari. Barisan kabinet dianggotai oleh 30 orang Menteri untuk 24 buah Kementerian dan dibantu oleh 26 Timbalan Menteri serta 5 orang Senator baru yang dilantik. Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi ‘simpanan tetap’ BN selama ini terus mengungguli bilangan Menteri pada kali ini apabila 13 daripada 30 orang Menteri adalah daripada kedua-dua buah negeri ini. Selepas menandatangani Memorandum Persefahaman ‘Pelan Tindakan Lima Tahun Hindr

MISI OH MISI!

Imej
Pada 12 Mei yang lalu adalah Hari Jururawat Sedunia.  Pada tarikh ini, sumbangan jururawat seperti profession lain adalah diingati sebagai  hari menghargai golongan jururawat di seluruh dunia.  Pun begitu, di negara kita, sambutan hari jururawat seolah-olah tidak begitu diambil berat, malah peranan media amatlah kurang untuk memberi hebahan kepada umum.  Yang lebih menyedihkan adalah penglibatan para pemimpin khususnya Perdana Menteri yang amat berbeza dengan profession lain  seperti polis, tentera dan guru. Kerjaya jururawat adalah kerjaya mulia, kisah bagaimana jururawat mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum tanpa mengira waktu adalah sesuatu yang sukar digambarkan.  Kisah, Florence Nightingale  yang diingati sebagai “The Lady With The Lamp’’ kerana sanggup mengharungi kepekatan malam melawat askar-askar yang tercedera ketika berlakunya Perang Crimean yang berlaku di antara Oktober 1853 dan Februari 1856, adalah manifestasi Har

SELAMAT BERTUGAS YAB!

Ucapan saya tidak hanya merujuk kepada Perdana Menteri tetapi juga deretan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang merupakan muka baru dalam pentadbiran di peringkat negeri. Kedah yang dimenangi semula oleh Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2013 telah lebih awal mengumumkan calon Menteri Besarnya sehari sebelum tarikh pengundian.  Datuk Mukhriz yang dipilih selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N4 Ayer Hitam.  Beliau menjadi Menteri Besar Kedah yang ke-11. Di Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz yang telah menerajui negeri selama 23 tahun, dan mengemudikan Kelantan dalam 5 kali Pilihanraya Umum sejak 1990, mengejutkan semua apabila melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakcop.  Menteri Besar Kelantan yang baru ini telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N3 Pasir Pekan. Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Pauh, Azlan Man pula dipilih sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Dr. Md. Isa Sabu. Di Pulau Pinang pula, Lim Guan

MEROYAN PASCA PRU 13

Selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada hari Ahad yang lalu, banyak pihak yang agak terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia secara umumnya.  Pakatan Rakyat, sejak pada malam tersebut melahirkan kekecewaan akan keputusan PRU yang dikatakan penuh dengan penipuan dan ketidak adilan.  Sebagai sebuah entiti berdaftar, parti yang bertanding berhak untuk membuat bantahan dalam tempoh 21 hari sebelum keputusan PRU diwartakan. Pakatan Rakyat telah pun merancang mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kelana Jaya pada malam ini ketika tulisan ini dimuatnaik.  Khabarnya telah lebih 50,000 penyokong dan rakyat Malaysia yang mahu mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang dan ramai lagi.  Walaupun saya tidak menyertai kerana baru sahaja kembali dari wisata di Negeri Sembilan, tetapi merasakan usaha penerangan seperti ini adalah perlu bagi memberikan pencerahan dan pendirian oleh Pakatan Rakyat ten