BAM, APA KHABAR?


Badminton merupakan  antara sukan popular di Malaysia selepas bolasepak.  Apabila Malaysia menjadi tuan rumah Piala Sudirman buat pertama kali dalam edisinya yang ke-13 dalam kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan sejak 1989, prestasi kita menjadi semakin buruk.

Walaupun Piala Sudirman tidak menawarkan sebarang ganjaran kewangan, namun pencapaian di dalam kejohanan ini akan memperbaiki ‘ranking’ para pemain apatah lagi akan mengharumkan nama negara mereka. 

Ironinya, Malaysia tidak pernah menjuarai Piala Sudirman malah yang paling hampir ialah memasuki pusingan suku akhir pada tahun 2009.  Walaupun Piala Sudirman adalah bagi mengingati bekas pemain dan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI), Dick Sudirman, Indonesia hanya pernah memenanginya sekali sahaja setakat ini iaitu pada kali pertama dianjurkan pada tahun 1989.

Walaupun begitu, apa yang lebih menarik ialah bagaimana jenama oleh Indonesia yang dianggap jauh ketinggalan dalam banyak segi daripada Malaysia berjaya ‘mengeksport’ jenamanya ke seluruh dunia, malah hingga ke Eropah dan Asia tentunya.

Malaysia yang banyak melahirkan jaguh badminton dunia, sehingga hari ini masih tidak mampu memenangi Piala Sudirman, adakah kerana motivasi yang rendah kerana ketiadaan hadiah wang berbanding kejohanan yang lain, atau faktor-faktor lain yang belum dikenalpasti.

Pada kejohanan kali ke-13 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia yang pertama kali menjadi tuan rumah, amat mengecewakan apabila kalah kepada negara yang bukan ternama dalam sukan badminton, yang pertama pada perlawanan  menentang Taiwan dan kemudiannya tewas di tangan Jerman.

Malaysia yang menduduki tangga pertama ‘ranking’ dunia itu kalah kepada Taiwan yang menduduki tangga ke-26 dan Jerman yang menduduki tangga ke-17!

Yang lebih mengejutkan ialah bagaimana badminton yang merupakan sukan popular rakyat negara ini selepas bolasepak begitu merudum akhir-akhir ini malah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti gagal melahirkan bakat-bakat baru, apatah lagi ibu pejabat Persekutan Badminton Dunia kini berpengkalan di Kuala Lumpur.

Malaysia menduduki tangga pertama ‘ranking’ dunia dalam kategori perseorangan lelaki yang diwakili oleh Lee Chong Wei, dalam perseorangan wanita pula, nama pemain Malaysia hanya boleh ditemui pada ‘ranking’  ke-40 iaitu melalui Sonia Cheah  Su Ya, beregu lelaki 'ranking' Malaysia adalah pada kedudukan ketiga dunia melalui pasangan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta pasangan Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong yang berada pada kedudukan ketujuh ‘ranking’  dunia.

Beregu perempuan pula, tangga terbaik adalah pada kedudukan ke-25 melalui Goh Liu Ying  dan Lim Yin Loo, dalam kategori beregu campuran pula Malaysia menduduki tangga kelima melalui pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

Mungkin selepas ini BAM perlu memikirkan dan merangka semula strategi mereka bagi melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang menduduki kelompok kesepuluh terbaik dunia dalam arena badminton.  Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin harus melihat kepimpinan BAM dan melakukan sesuatu sebelum prestasi negara merudum lebih teruk selepas kemarau piala berprestij seperti Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada tahun 1992 ketika Menteri Belia & Sukan sekarang berusia 16 tahun!

Amatlah malang, jika kepimpinan BAM yang hanya gah pada nama dan penganjuran namun gagal melahirkan lebih ramai jaguh badminton  daripada kalangan generasi muda di negara kita, mungkinkah kepimpinan BAM akan mengalami perubahan drastik menjelang pemilihan pada Julai nanti. 

Khabarnya, Presiden BAM, Datuk Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh telah menyatakan tidak akan mempertahankan kerusinya di samping Ng Chin Chai, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan, yang juga tidak mahu dilantik ke jawatan itu pada penggal baru.

Apapun, nampaknya sukan badminton negara memerlukan suntikan ‘darah’ yang baru, terajunya di peringkat Kerajaan sudah bertukar, mungkin selepas ini teraju di peringkat BAM juga perlu suntikan ‘darah’ baru bagi mengembalikan semarak sukan badminton negara kita di samping menutup mulut mereka yang merasakan kejohanan Piala Thomas tidaklah begitu penting.  Kepada mereka di BAM selamat mengemas untuk berpindah!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tukar aja yng buat kerja cincai tu..
anep berkata…
tunggu kepimpinnan baru la..yg ada ni dah tepu

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU