CINA BANGKIT, MELAYU UNGKIT


Jika dalam program realiti berunsur cabaran, Survivor, hosnya, Jeff Probst akan mengatakan “the tribe has spoken” dalam sesi Tribal Council apabila berlaku sesi pengundian keluar mana-mana pesertanya.

Itu dalam program realiti televisyen yang mana Jeff Probst pernah memenangi Hos Terbaik Program Realiti bagi tahun 2008 dan 2009.  Walaupun dalam program realiti Survivor ini, pelbagai elemen digabungkan, fitnah, usaha menjatuhkan sesama sendiri, menikam dari belakang, kawan makan kawan sama seperti apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian.  Bezanya Jeff Probst sebagai hos tidak pernah memihak kepada mana-mana peserta!

Seperti dalam realiti politik yang berakhir dengan kemenangan ‘besar’ BN dengan memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat memenangi baki 89 kerusi Parlimen, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dianggap sebagai ‘komponen ke-14’ dikatakan banyak ‘membantu’ secara tidak langsung, namun itu bukanlah sebab mengapa BN kembali berkuasa di Malaysia.

Tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kerana berjaya membentuk kerajaan dengan 133 kerusi Parlimen, namun ucapan takziah juga perlu disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana gagal merebut negeri idaman mereka, Selangor dan Pulau Pinang, dua negeri paling maju di Malaysia.

BN boleh mendabik dada dengan mengekalkan Malaysia di bawah pemerintahan mereka, tapi bolehkah Perdana Menteri dan 1Malaysia menyatukan kaum di negara kita di samping menghapuskan kebencian masyarakat Cina terhadap BN? Mungkin selepas ini Perdana Menteri dan 1Malaysianya perlu menilai semula bagi benar-benar menyeluruh sifatnya bukan sahaja di atas kertas tetapi juga pada realitinya.

Masyarakat Malaysia juga menolak pihak-pihak seperti PERKASA apabila Presiden dan Timbalan Presidennya gagal meraih kemenangan di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.  Pakatan Rakyat walau apapun tuduhan mereka mengenai perjalanan Pilihanraya Umum pada kali ini perlu menerima keputusan ini namun boleh mencabarnya di mahkamah dengan bukti-bukti bagi menguatkan dakwaan mereka.

SPR selepas ini perlulah belajar untuk menjadi hos yang terbaik seperti Jeff Probst dalam program realiti Survivor, walau apapun seperti ungkapan Jeff Probst, “the tribe has spoken”.  Mari kita kunyah kekalahan ini dengan minda terbuka, mungkin Allah SWT belum meredhai kemenangan kepada Pakatan Rakyat.  Apa yang paling ketara pada PRU ke-13 ini adalah “Cina bangkit, Melayu ungkit”.  Tahniah BN.  Lain kalilah!  
Share this article :
 

+ komen + 4 komen

Tanpa Nama
6 Mei 2013 2:32 PTG

bn menanng sorak, kalah undi cina..

ct
6 Mei 2013 2:32 PTG

cine perlekeh be end..

7 Mei 2013 8:27 PG

BN dah hilang taring..UMNO terutamanya kena buat SWOT..muhasabah nape org melayu pun tak undi dema..sedangkan dulu lain..semuanya sejak peristiwa 1998...byk penyelewengan bila terlalu lama memerintah..kesian jugak kat PM kita..cine pun dah lari ke DAP...boleh ke bertahan dgn kata2 Hang Tuah..'tak melayu hilang di dunia'..bila cine beralih ke DAP..melayu akan....

7 Mei 2013 8:33 PG

Orang Melayu kena risau..setuju dengan cadangan Presiden JATI, UMNO dan PAS kena bergabung bagi mengatasi kemarakkan DAP..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger