MISI OH MISI!


Pada 12 Mei yang lalu adalah Hari Jururawat Sedunia.  Pada tarikh ini, sumbangan jururawat seperti profession lain adalah diingati sebagai  hari menghargai golongan jururawat di seluruh dunia.  Pun begitu, di negara kita, sambutan hari jururawat seolah-olah tidak begitu diambil berat, malah peranan media amatlah kurang untuk memberi hebahan kepada umum.  Yang lebih menyedihkan adalah penglibatan para pemimpin khususnya Perdana Menteri yang amat berbeza dengan profession lain  seperti polis, tentera dan guru.

Kerjaya jururawat adalah kerjaya mulia, kisah bagaimana jururawat mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum tanpa mengira waktu adalah sesuatu yang sukar digambarkan. 

Kisah, Florence Nightingale  yang diingati sebagai “The Lady With The Lamp’’ kerana sanggup mengharungi kepekatan malam melawat askar-askar yang tercedera ketika berlakunya Perang Crimean yang berlaku di antara Oktober 1853 dan Februari 1856, adalah manifestasi Hari Jururawat diraikan di seluruh dunia.

Walaupun Barat meraikan dan mengangkat Florence Nightingale sebagai jururawat pertama di dunia, namun umat Islam tidak harus lupa jururawat pertama dalam Islam adalah Rufaidah binti Sa’ad (570-632M).  Rufaidah yang hidup dalam zaman Nabi Muhammad SAW telah menyertai beberapa peperangan, antaranya ialah Perang Badar (624M), Perang Uhud (625M), Perang Khandak (627M) dan Perang Khaybar (629M).  Dalam peperangan ini Rufaidah bertindak sebagai jururawat membantu ayahnya seorang doktor.

Selain membantu askar Islam dalam peperangan, Rufaidah juga berusaha melakukan penyelidikan mengenai punca berlakunya sesuatu penyakit.  Dalam keghairahan kita mengangkat apa yang disogok oleh Barat, kita terlupa peranan jururawat oleh Rufaidah binti Sa’ad telah lahir  hampir 1200 tahun lebih awal sebelum kelahiran Florence Nightingale.

Walaupun saya pernah menulis mengenai Hari Jururawat pada tahun 2009, namun selepas itu, saya tidak banyak menulis, namun pada tahun ini, saya agak tersentak menerima pesanan ringkas dalam telefon bimbit saya daripada seorang kenalan baik saya.

“pasal hari jururawat esok 12 Mei, orang tak pernah ingat & hargai, PM kita ingat hari polis, tentera & guru sahaja, hari jururawat tiada siapa yang ingat, padahal orang pertama yang sambut dia lahir kat dunia ini adalah jururawat, naik gaji pun polis, tentera sahaja setiap tahun”
11 Mei 2013
Mungkin, pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan dan Persatuan Jururawat Malaysia perlu menggembeleng usaha memartabatkan profession jururawat serta pengiktirafan dan kebajikan sewajarnya kepada golongan ini.  Mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan ‘Salam Hari Jururawat’!

Ulasan

misi pencen berkata…
T KASIH..
Tanpa Nama berkata…
hari ibu tn dah lupa jugak ke?
Tanpa Nama berkata…
TQ atas ulasan ini

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU