Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

TRIBULASI KEHIDUPAN ...

Imej
Hari ini saya bertegas tidak mahu memenuhi sebarang undangan mahupun ‘mesyuarat’. Selepas pertemuan terakhir dengan abang saya di Pandan Cahaya, saya bergegas pulang sebelum Maghrib. Saya ada janji temu ‘batin’ pada jam 10 malam nanti. Sebenarnya bukanlah apa, saya sengaja menyantaikan diri saya untuk mengikuti kesudahan drama Cina di NTV7. Sejak dahulu saya sentiasa mengikuti drama Cina dan Korea di kaca televisyen. Berbanding drama-drama Melayu, saya lebih ‘taksub’ mengikuti dengan tekun drama-drama Cina dan Korea. Hal ini adalah kerana jalan cerita dan kualiti drama-drama Cina sama ada dari luar mahupun produksi tempatan. Tribulations of Life yang disiarkan di NTV7 sejak 30 Disember 2010 adalah drama Cina tempatan sebanyak 30 episod. Berlatarbelakang tahun 1970an dan 80an, Tribulations of Life berkisar mengenai keluarga Fu, seorang pemilik kedai ubat Cina. Kisah cinta tiga segi dua beradik, cemburu, dan persaingan dalam perniagaan, kita seolah-olah melih

APABILA KEMAMPUAN INTELEK DINAFIKAN …

Imej
Walaupun slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sejak April 2009 meletakkan ‘Rakyat Didahulukan’ ‘Pencapaian diutamakan’, namun apa yang berlaku semasa pilihanraya kampus yang berakhir semalam adalah sebaliknya. Rakyat dalam konteks kampus adalah golongan warga kampus termasuk para mahasiswa, tenaga akademik dan tenaga sokongan yang menggerakkan sesebuah universiti ke arah kecemerlangan seperti tidak begitu bebas malah dikongkong oleh pelbagai peraturan yang rigid . Apabila fungsi universiti sebagai gedung ilmu yang meletakkan taraf intelek di tempat yang sewajarnya dinafikan dengan pelbagai tekanan sama ada yang ketara mahupun yang terpaksa dipendam dan ditelan oleh warga kampus, mahasiswa sebagai agen semak dan imbang (check and balance) tidak lagi dianggap penting. Kisah bagaimana mahasiswa dikekang dengan pelbagai birokrasi bukanlah suatu rahsia, tanyalah sahaja mana-mana mahasiswa di IPTA kita, maka anda akan mendapat jawapannya. Begitu juga kekang

CINTA SEDOZEN ...

Imej
Ketika kecil saya sering keliru nilai dalam dozen, terkadang saya menganggapnya sebagai 20 dan kadang saya sebagai 144, namun kekeliruan itu terungkai apabila saya mula menjadi perantis di kedai runcit ayah saya. Sedozen bermaksud 12 unit. 12 dozen atau 144 menjadikan segros. Kajian menunjukkan seorang jatuh cinta sebanyak enam kali dalam hidupnya. Sehingga kini masih banyak kajian masih dilakukan bagi mendapatkan kepastian berhubung dengan kekerapan seseorang jatuh cinta sepanjang hayatnya. Beberapa bulan lalu seorang teman penerbit menghadiahkan saya sebuah buku baru terbitannya. Walaupun telah beratus malah beribu judul telah diterbit sepanjang empat dekad dalam industri perbukuan, namun judul yang dihadiahkan kepada saya adalah istimewa katanya kerana merupakan judul dalam bahasa Inggeris yang pertama diterbitkan dan ditulis oleh warga tempatan. Malaysian Love Stories , menghimpunkan sedozen kisah cinta berlatarkan negara kita bertolak daripada zaman penjajahan J

WIRA TAK DIDENDANG ...

Imej
Gambar hiasan: Kulit buku Wira Tak Didendang yang mana sahabat saya www.celikhuruf.com menjadi editornya Dalam melayari kehidupan sebenarnya kita tidak sunyi daripada bantuan pelbagai pihak sama ada secara langsung mahupun tidak. Misalnya bantuan secara fizikal atau yang ketara memang lazim kita temui, tetapi yang lebih mengharukan ialah bantuan spiritual daripada mereka yang tidak kelihatan atau pun melaksanakan tanggungjawab dan amanah tanpa menghiraukan sama ada mereka dikenali, dihargai atau tidak, itulah wira tak didendang ataupun the unsung heroes . Dalam kita memuji Kerajaan di atas keprihatinan membawa pulang ribuan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam negara Mesir yang bergolak atas inisiatif Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, kita sebenarnya harus berterima kasih kepada ratusan malah ribuan petugas-petugas yang menerima arahan, sukarelawan yang merelakan diri untuk turut membantu rakyat Malaysia kembali dengan selamat ke tanah air tercinta. Ops Piram

JANGAN MENGELAT

Imej
Anak sulung saya terpilih memasuki Sekolah Teknik Kluster di Kuala Lumpur pada pengambilan sesi kedua. Setelah tiga tahun mengharungi dunia asrama di sebuah sekolah harian di Kajang, penghijrahan ke Sekolah Teknik Kluster adalah satu peningkatan kepadanya. Walaupun pada awalnya dia agak gusar dan memohon untuk dikeluarkan atas pelbagai alasan namun tidak mendapat respon daripada saya juga ibunya, ini kerana peraturan di asrama sekolah barunya adalah lebih tegas berbanding di asrama harian di sekolah yang telah dihuni dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah lamanya. Saya amat percaya proses disiplin dengan berusaha untuk tinggal di asrama adalah satu langkah yang amat berat kepada saya tetapi dengan suasana dan persekitaran kehidupan pada masa ini, saya percaya langkah saya memindahkannya ke sekolah lain yang lebih sempurna adalah langkah yang bijak dan munasabah. Pada lawatan kali pertama, saya berusaha menemukan beliau dengan warden untuk bertanyakan masalahnya mahu kel

CERITA SEORANG SAHABAT ...

Kisah seorang sahabat saya yang telah saya kenali lebih suku abad. Sejak perkenalan saya ketika menetap di sebuah asrama belia hingga kepada berkeluarga dan mempunyai anak seorang, sahabat saya tidak pernah mempunyai kenderaan, bukan kerana tidak mampu tetapi kerana sahabat saya tergolong dalam kategori rabun yang tegar. Hal ini tidak memungkinkan beliau lolos dalam ujian memandu yang diambilnya. Beberapa bulan lalu ketika beliau patah tangan dan mengikuti saya ke satu majlis di Pulau Pinang, saya menasihati beliau supaya menggesa isterinya untuk mendapatkan lesen supaya boleh memiliki kereta dan melawat ke merata tempat bersama anaknya yang seorang. Kisah sahabat saya, sebenarnya bertolak daripada masalah penyakit yang dihidapi anaknya yang dikatakan bersifat gangguan mental. Khabarnya anaknya telah menjalani pelbagai rawatan di hospital mahupun secara tradisional. Saya secara berseloroh mengatakan anaknya kesunyian kerana ketiadaan adik beradiknya yang lain. Pada min

APABILA KUASA JADI PAUTAN …

Imej
Cairo, Egypt, January 25, 2011. Foto ihsan: Abo Mazen Sejak seminggu lalu, ketika Tenang masih dalam gelora mengharungi Pilihanraya Kecil yang merupakan edisi ke-14 sejak Pilihanraya Umum yang ke-12. Ketika pergolakan di Mesir telah mencapai kekecohan yang meresahkan kita masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun apabila Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu sibuk dengan perjalanan pilihanraya kecil di Tenang, mengingatkan supaya rakyat Malaysia tidak gusar kerana dikhabarkan bahawa situasi di negara tersebut masih di bawah kawalan. Itu sebelum pilihanraya kecil, kini beberapa hari lalu, gerakan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir telah dimulakan dengan begitu giat. Rakyat Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS mahupun AirAsia, itu kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin semalam. Lebih 14,000 rakyat Malaysia, majoriti ialah pelajar berada di Mesir ketika ini, me