JANGAN MENGELAT


Anak sulung saya terpilih memasuki Sekolah Teknik Kluster di Kuala Lumpur pada pengambilan sesi kedua. Setelah tiga tahun mengharungi dunia asrama di sebuah sekolah harian di Kajang, penghijrahan ke Sekolah Teknik Kluster adalah satu peningkatan kepadanya. Walaupun pada awalnya dia agak gusar dan memohon untuk dikeluarkan atas pelbagai alasan namun tidak mendapat respon daripada saya juga ibunya, ini kerana peraturan di asrama sekolah barunya adalah lebih tegas berbanding di asrama harian di sekolah yang telah dihuni dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah lamanya.

Saya amat percaya proses disiplin dengan berusaha untuk tinggal di asrama adalah satu langkah yang amat berat kepada saya tetapi dengan suasana dan persekitaran kehidupan pada masa ini, saya percaya langkah saya memindahkannya ke sekolah lain yang lebih sempurna adalah langkah yang bijak dan munasabah. Pada lawatan kali pertama, saya berusaha menemukan beliau dengan warden untuk bertanyakan masalahnya mahu keluar dari sekolahnya dan kembali ke sekolah lamanya, walaupun saya dan ibunya telah bertekad untuk tidak melayan tuntutannya sejak dari awal lagi.

Ketika membalut buku-bukunya saya berkesempatan membalut sama buku Jangan Mengelat yang dihadiahkan oleh sahabat saya yang berblog di www.celikhuruf.com terbitan bersama Tintarona Publication Sdn Bhd sebuah syarikat di bawah Utusan Publication.

Jangan Mengelat adalah koleksi kartun oleh pelukis Dee yang menghiasi akhbar Utusan Malaysia setiap hari. Namun apa yang menarik ialah kaedah penerapan nilai integriti yang diambil oleh Institut Integriti Malaysia dalam memberikan pendidikan dan pendedahan terhadap aspek integriti dan bahaya rasuah dalam kehidupan. Bacaan secara santai melalui kartun oleh Dee sebenarnya merangsang percambahan yang bukan sedikit terhadap aspek intergriti dalam kehidupan. Memandangkan anak sulung saya juga sebenarnya adalah peminat tegar kartun dan komik, saya sengaja membiarkan buku Jangan Mengelat dalam timbunan buku-bukunya yang saya balut, benarlah buku tersebut dibaca tanpa henti oleh anak saya.

Matlamat menjadikan integriti sebagai nilai murni secara bersahaja rasanya mampu dicapai oleh Institut Integriti Malaysia, namun saya percaya penerbitan buku semacam ini bukanlah titik penyudahnya memandangkan tahap pemahaman integiti rakyat negara ini masih di tahap yang boleh dikatakan rendah.

Seperti anak saya yang mahu mengelat daripada tinggal di asrama Sekolah Teknik Kluster kerana peraturannya yang jauh lebih ketat daripada sekolah lamanya, akhirnya terbongkar apabila dia sudah mampu menerima perubahan disiplin di sekolah barunya dan mengaku alasan-alasan yang diberikan sebelum ini hanyalah rekaannya semata-mata.

Usaha berterusan menerapkan intergiti sebagai satu aspek nilai dalam kehidupan bukan hanya tugas Institut Integriti Malaysia semata-mata tetapi adalah tanggungjawab dan amanah semua pihak khususnya kepada golongan muda, adalah sesuatu yang membimbangkan apabila dapatan sebuah kajian di kalangan mahasiswa universiti beberapa ketika dahulu yang amat memeranjatkan bahawa mereka bersedia untuk menerima rasuah apabila bekerja nanti!

Jangan Mengelat di tangan anak saya memang menjadi kerana mampu memberikan cerminan dirinya yang mahu mengelat untuk tinggal di asrama Sekolah Teknik Kluster, syabas!

Share this article :
 

+ komen + 1 komen

anep
6 Februari 2011 7:29 PTG

menarik aje buku ni..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger