WIRA TAK DIDENDANG ...

Dalam melayari kehidupan sebenarnya kita tidak sunyi daripada bantuan pelbagai pihak sama ada secara langsung mahupun tidak. Misalnya bantuan secara fizikal atau yang ketara memang lazim kita temui, tetapi yang lebih mengharukan ialah bantuan spiritual daripada mereka yang tidak kelihatan atau pun melaksanakan tanggungjawab dan amanah tanpa menghiraukan sama ada mereka dikenali, dihargai atau tidak, itulah wira tak didendang ataupun the unsung heroes.
Dalam kita memuji Kerajaan di atas keprihatinan membawa pulang ribuan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam negara Mesir yang bergolak atas inisiatif Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, kita sebenarnya harus berterima kasih kepada ratusan malah ribuan petugas-petugas yang menerima arahan, sukarelawan yang merelakan diri untuk turut membantu rakyat Malaysia kembali dengan selamat ke tanah air tercinta. Ops Piramid yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan dan swasta sebenarnya adalah manifestasi dan iltizam sebuah Kerajaan untuk kebajikan rakyatnya.
Tulisan ini bermaksud memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus sama ada si pemberi arahan mahupun si penerima arahan hinggalah kepada mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan seluruh rakyat Malaysia di bumi Mesir yang telah dilanda badai menuntut perubahan kepimpinan sehingga mereka selamat kembali ke tanah air.
YAB Perdana Menteri
Y A Bhg. Isteri Perdana Menteri
YAB Timbalan Perdana Menteri
Kementerian-Kementerian
Menteri-Menteri Kabinet Malaysia
(Luar, Pertahanan, Pengajian Tinggi, JPM)
Panglima Angkatan Tentera Malaysia • Pihak Tentera •
Sukarelawan • Air Asia • MAS • Kerajaan-kerajaan Negeri
• Menteri-Menteri Besar • Ketua-ketua Menteri • Yayasan-yayasan Negeri
Dan semua pihak yang tidak dinamakan di sini …
Mereka ini semua adalah
WIRA TAK DIDENDANG
Syabas dan tahniah!
Semoga ALLAH SWT
akan membalas
budi dan usaha
saudara & saudari
Amin ...
Ulasan