Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

TIADA ROTAN, AKAR PUN BOLEHLAH!

Malaysia ketandusan pemimpin pembangkang atau rakyat sudah benar-benar meluat kepada pemerintah sehingga apa sahaja yang disogokkan oleh pembangkang dianggap betul dan benar.  Insiden terkini adalah apabila ADUN N25 Kajang Lee Chin Cheh tanpa alasan dan kewajaran yang munasabah mengosongkan kerusi DUNnya untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil. Bagaimana seorang ADUN yang dipilih rakyat dengan begitu sahaja memilih mengosongkan kerusinya dengan alasan “untuk menguatkan parti”, dan Kerajaan pula terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi melaksanakan proses demokrasinya. Mungkin selepas ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya harus lebih tegas terhadap pihak-pihak yang dengan ‘sengaja’ memilih untuk mengosongkan kerusi mereka tanpa alasan dan kewajaran yang munasabah.  SPR, misalnya boleh mengenakan denda kepada parti bagi menampung kos pelaksanaan pilihanraya kecil yang perlu diadakan. ADUN N25 Kajang, Lee Chin Cheh telah mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada pe

ADUN KAJANG: ANTIGONIS ATAU PROTAGONIS?

Tiada ribut, tiada taufan, tiba-tiba Lee Chin Cheh, ADUN Kajang yang tidak sampai setahun meletakkan jawatan.  Lazimnya, perletakkan jawatan seorang ADUN seringkali dikaitkan kepada aspek kesihatan atau pun kesalahan yang mungkin menjejaskan kelayakannya, namun lain pula isunya pada kali ini. Seperti juga Cikgu Lee mantan ADUN Kajang yang peramah dan mesra rakyat diketepikan, Lee Chin Cheh pula memilih untuk mengundurkan diri.  Ketika ramai yang berebut untuk bergelar Yang Berhormat, ADUN Kajang ini memilih sebaliknya. Tentulah sukar untuk menjangkakan apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong Lee Chin Cheh meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN Kajang. Sebenarnya DUN Kajang N25 adalah antara kerusi panas di Negeri Selangor.  DUN Kajang N25 adalah antara 3 DUN yang terletak dalam Parlimen P101 Hulu Langat yang dimenangi oleh calon PAS untuk kali kedua, iaitu Dr. Che Rosli Che Mat. Menariknya ketika Pilihanraya Umum ke-13, N25 Kajang menyaksikan pertandinga

NOSTALGIA KANGKUNG PROKTIF

Ketika kecil, keluarga saya menternak itik, bukan menternak sebagai hobi, tetapi menternak separa komersil, saya kata separa komersil kerana ianya diusahakan sendiri tanpa ada pekerja-pekerja yang digaji sepenuh masa.  Selain itu, ketika itu tiada pinjaman TEKUN atau BANK PERTANIAN yang kini diubah namanya kepada AGRO BANK. Itik diternak untuk telornya yang diproses menjadi telor masin.  Salah satu makanan itik adalah kangkung, saya tidak pasti bagaimana keluarga saya mengetahui kangkung sebagai makanan kepada itik. Untungnya menternak itik pada ketika itu, yang begitu lahap dengan kangkung adalah kerana kangkung tidak perlu dibeli, hanya perlu mengambilnya secara percuma, merebus dan memberikan kepada itik sebagai makanan.  Hatta kalaulah itik boleh bercakap bahasa yang boleh saya fahami, tentulah itik-itik peliharaan keluarga saya akan mengucap ‘syukur’ dan ‘terima kasih’ tidak henti-henti. Ketika rakyat Malaysia bergelut dengan siri kenaikan harga pasca Pilihanraya Umum

INSTITUT JANTUNG TUN DR. MAHATHIR

Siapa yang boleh menyangkal jasa dan sumbangan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Dr. Mahathir Mohamad.  Mengambilalih tampuk kepimpinan negara pada 10 Julai 1981, Dr. Mahathir yang menggantikan Tun Hussein Onn telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada tahun 2003. Selama 22 tahun, pelbagai nikmat dan pembangunan dicapai termasuk juga pelbagai ‘kerosakan’ seperti yang diungkapkan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Dr. Mahathir. Seperti yang diungkapkan oleh seorang penyair dan aktivis teater, Dinsman yang menghasilkan ‘Puisi Panjang Untuk Mahathir’ pada tahun 1997, sikap dan kepimpinan Dr. Mahathir pada beberapa tahun awal kepimpinannya amat menyerlah.   Walaupun kumpulan puisi ini bukanlah rakaman kekaguman kepada Dr. Mahathir namun ia masih merupakan komplimen kepada kepimpinan beliau sejak 1981. “Betul saya puji.  Pada masa itu (Dr. Mahathir) dia memang baik dan berhak dipuji.  Kepimpinannya nampak ikhlas hendak memajukan orang Melay

KERAJAAN ROBIN HOOD?

Ketika mantan Ketua Pengarang The New Straits Times, Datuk Abdul Kadir Jasin yang juga berblog di http://kadirjasin.blogspot.com menyelar tindakan Perdana Menteri berhubung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akhir-akhir ini, ramai yang mengkritik beliau.  Malah ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa Datuk Abdul Kadir Jasin adalah suara Dr. Mahathir. Jika diteliti selaran-selaran oleh beliau, memang ada asasnya dan adalah keterlaluan mengatakan bahawa beliau adalah suara Dr. Mahathir.  Ada pula yang mengatakan bahawa Datuk Abdul Kadir Jasin kecewa kerana tidak memperolehi sesuatu.  Pada hemat saya, itu bukanlah asas kritikan beliau terhadap kerajaan. Jarang sekali blogger yang dikhabarkan sebagai pro kerajaan menyelar sedemikian rupa tentang tindak-tanduk Perdana Menteri sehingga ungkapan “ keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” digunakan. Semalam pula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam satu wawancara di Sha

ITBM TIDAK PERLU MENJADI POLIS MORAL

Jumaat lalu, dalam renyai hujan di rumah PENA yang telah disergamkan dengan suntikan dana RM1 juta telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku ‘Kontal Kantil’ nukilan penulis veteran Saring Sirad atau nama penanya, Ismas Saring. Peluncuran buku ini bukanlah agenda utama, tetapi pengisian dalam acara baca puisi bulanan saban bulan yang ditandai pada setiap Jumaat minggu pertama.  Ismas Saring bukanlah nama yang asing malah adalah wajah wajib setiap kali berlangsungnya acara sastera khususnya di Lembah Kelang lebih khusus lagi di rumah PENA. Memanglah sangat wajar PENA meraikan tokoh seperti Ismas Saring dengan memberikan ruang untuk peluncuran koleksi karya beliau yang terpilih dalam ‘Kontal Kantil’, memandangkan pengabdian beliau terhadap sastera dan penulisan di negara kita. Kontal Kantil nukilan Ismas Saring menghimpunkan tulisan beliau yang sekian lama tersimpan dan terselamat dari menjadi ‘bacaan’ anai-anai.  Koleksi puisi, cerpen dan naskhah drama beliau sejak tahun 60an

NYANYUK, ROYAN ATAU BUANG TEBIAT?

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai rakyat yang turun berdemo dalam gerakan TURUN malam ambang tahun baru yang lepas amat mengejutkan. Bukan sahaja kenyataan beliau yang menggangap rakyat yang menyertai gerakan TURUN dianggap sebagai ‘bughah’ atau pemberontak dan darah mereka sebagai ‘halal’ adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya yang bukan sedikit. Tidak pasti apakah ini sebenarnya yang diucap dan dimaksudkan oleh Mufti Perak ini, atau mungkin juga kenyataan penuh yang disingkatkan oleh media yang melaporkannya.  Sebagai seorang ilmuan dan agamawan, tindak tanduk, percakapan, pemikiran, pandangan dan kenyataan para Mufti sentiasa menjadi rujukan rakyat.  Adakah menjadi ‘bughah’ nya apabila rakyat berhimpun secara aman membantah tindak tanduk Kerajaan yang dipilih mereka apabila tersasar daripada landasan keadilan atau hanya menumpukan kepada sesetengah kelompok rakyat berbanding rakyat majoriti. Usaha

BUDAYA ORANG LAIN TAK BOLEH!

Kecoh kini mengenai pemilikan kereta Mercedes Benz S300L  oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.  Puak-puak pembangkang (baca: UMNO) yang kemaruk gagal merebut Pulau Pinang dikhabarkan bertanya bagaimana kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng boleh membayar hanya separuh daripada harga kereta tersebut. Sama ada bebal atau tidak faham struktur percukaian kenderaan import, nampaknya UMNO Pulau Pinang cuba mengheret rakyat untuk turut sama bebal seperti mereka. Harga sebenar kereta rasmi Guan Eng adalah RM657,218.00 namun kerajaan negeri telah membelinya hanya dengan harga RM298,653.00.  Matematiknya adalah mudah kerana kerajaan negeri memohon untuk perlepasan cukai dan ditambah diskaun oleh penjual. Maka apabila UMNO Pulau Pinang mempertikaikan pembelian ini, sama lah seperti membodohkan diri sendiri atau buat-buat bodoh. Budaya orang UMNO yang suka mempertikaikan itu dan ini kelihatannya telah ketinggalan zaman.  Baru-baru ini ketika kerajaan Selangor menaikkan gaji dan e

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014, BUKAN TAHUN BARANG NAIK!

Selepas kurang 24 jam  melangkah ke Tahun Baru 2014, bahangnya tidaklah sama dengan sambutan tahun baru sebelum ini.  Khabarnya sambutan tahun baru nanti BN (baca: Barang Naik) akan meraikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.   Unjurannya mudah, tariff elektrik dinaikkan, kadar tol dinaikkan maka segala bahan dan perkhidmatan yang berasaskan elektrik dan pengangkutan akan turut mengalami kenaikan.  Ini adalah kesan rantaian yang mahu dinafikan oleh BN. Menjelang esok, rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan 2014 bukan sahaja sebagai Tahun Melawat Malaysia tetapi juga tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.  Walaupun telah ada langkah penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri kurang 48 jam menjelang tahun baru, namun percayalah ia tidak akan mengubah apa-apa pun. Elaun keraian yang dikurangkan di antara 5 – 10 peratus oleh kakitangan dan juga anggota kabinet tidak membawa sebarang makna, ini kerana bilangan golongan ini tidak sampai 1 peratus pun daripada