NYANYUK, ROYAN ATAU BUANG TEBIAT?

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai rakyat yang turun berdemo dalam gerakan TURUN malam ambang tahun baru yang lepas amat mengejutkan.

Bukan sahaja kenyataan beliau yang menggangap rakyat yang menyertai gerakan TURUN dianggap sebagai ‘bughah’ atau pemberontak dan darah mereka sebagai ‘halal’ adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya yang bukan sedikit.

Tidak pasti apakah ini sebenarnya yang diucap dan dimaksudkan oleh Mufti Perak ini, atau mungkin juga kenyataan penuh yang disingkatkan oleh media yang melaporkannya. 

Sebagai seorang ilmuan dan agamawan, tindak tanduk, percakapan, pemikiran, pandangan dan kenyataan para Mufti sentiasa menjadi rujukan rakyat. 

Adakah menjadi ‘bughah’ nya apabila rakyat berhimpun secara aman membantah tindak tanduk Kerajaan yang dipilih mereka apabila tersasar daripada landasan keadilan atau hanya menumpukan kepada sesetengah kelompok rakyat berbanding rakyat majoriti.

Usaha gerakan TURUN yang membantah kenaikan kos sara hidup, membantah kenaikan tariff elektrik, membantah kenaikan barangan dan perkhidmatan dianggap derhaka? 

Bughah kah rakyat yang membantah secara aman segala bentuk kenaikan kos hidup dan bergelut demi kelangsungan hidup.  Adakah para mufti khususnya Mufti Perak faham dan tahu keperitan rakyat pada masa ini.

Jika agamawan seperti Mufti Perak dengan begitu mudah mengeluarkan pandangan dan mem’bughah’kan rakyat tanpa menyelami jerit perih mereka mengharungi hidup dan tekanan hidup daripada kerakusan penguasa, maka rasa hormat rakyat terhadap mereka juga akan terhakis.

Adakah Mufti Perak terdesak untuk mengeluarkan kenyataan dan mem’bughah’kan rakyat kerana desakan dan memenuhi selera penguasanya.  Anehnya para mufti kadang-kadang dilihat mengeluarkan kenyataan berpilih-pilih seolah-olah untuk memenuhi kehendak dan selera para penguasa.

Sebaiknya agamawan seperti Mufti seharusnya sentiasa memberi pandangan kepada semua hal yang melibatkan umat Islam tanpa hanya memilih isu-isu yang pro kepada penguasa.  Ke manakah para mufti yang masih memegang jawatan mengulas mengenai pembaziran, ketirisan oleh penguasa apatah lagi yang memperlekehkan hukum-hakam Islam.

Lagak Mufti Perak memberikan pandangan dan mem’bughah’kan rakyat yang menyertai gerakan TURUN pada malam ambang tahun baru tempohari tidak pasti apakah tujuan dan motif sebenarnya atau sekadar mengeluarkan pandangan memuaskan hati ‘pembayar gaji’ mereka.  Jika tidak pun mungkin agaknya meroyan, nyanyuk atau buang tebiat!

Jika mahu diikutkan pandangan seperti itu, hatta bermandi darahlah Kuala Lumpur pada malam tahun baru dengan ‘bughah’ yang begitu ramai sehingga melebihi 10,000 rakyat!


Tulisan ini tidak meminta para Mufti mengeluarkan pandangan yang tidak pro kepada penguasa tetapi sentiasa mengeluarkan pandangan sama ada pro atau kontra kepada pihak berkuasa supaya nilai sebagai agamawan sentiasa dihormati dan dijunjung rakyat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tidak semua di atas tapi mufti pembodek ...
Tanpa Nama berkata…
ni mufti haru sana sini hi hi hi..
Tanpa Nama berkata…
mufti perak patut turun padang dan rasai jerit perih rakyat seblm memBUGHAHkan..jika tidak rakyat bakal memBUTUHkan mufti..
Tanpa Nama berkata…
jangan smpai mufti diludah dan diperlekeh..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?