Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

APABILA MAHATHIR KENA KENCING?

Bayangkanlah jika orang yang tidak dikenali datang dan mahu menggunakan laman rumah kita untuk sebuah majlis, dan kita tidak pula mengenali penganjur majlisnya.  Selepas beberapa ketika tersebar pula bahawa majlis yang dianjurkan itu bercanggah dengan perundangan negara pula. Untunglah pihak berwajib tidak akan mendakwa dan memanggil kita untuk memberi keterangan. Itulah analogi kisah bagaimana Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dimana berlangsungnya Seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” pada Ahad lepas kini mengundang persoalan pengisian seminarnya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khabarnya telah membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan malah tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr. Kassim Ahmad. Bagaimana JAKIM merumuskan hal ini tentulah tidak memerlukan jawapan yang panjang sesuai dengan semangat Malaysia Boleh.

CHEW MEI FUN BAKAL LAKAR SEJARAH?

Lirik lagu motivasi  Fikirkan Boleh agaknya menjadi suntikan kepada BN, MCA dan calon yang terpilih untuk mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil N24 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti. Liriknya antaranya yang berbunyi: Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.  Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan! Naib Presiden MCA yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menawarkan diri dan terpilih untuk mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil yang diberikan pelbagai jolokan oleh Pakatan Rakyat. Pelbagai jenama yang diberikan kepada PRK Kajang antaranya “Serampang Kajang”, “Langkah Kajang”, “Percaturan Kajang”, “Rencana Kajang”  – semua khabarnya menjurus kepada memberikan laluan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor pasca Pilihanraya Kecil nanti. Namun percaturan di Kajang bukanlah

MARI KITA BERDEMO SAMBIL SEMBELIH AYAM!

Sumpah potong ayam, selepas ini saya akan aktif berdemo.  Apa tidaknya, rupanya berdemo yang dikatakan ‘bughah’ oleh Mufti Perak sebelum ini telah diberikan tafsiran baru oleh Majlis Jemaah Islam NGO Malaysia. Sekurang-kurangnya, di Malaysia yang menjadikan Islam agama rasminya telah pun diiktiraf acara berdemo dan bagi ‘menghalalkannya’ pula ayamnya disembelih. Pedulilah jika demo yang dianjurkan itu untuk menunjukkan ‘sokong berani mati’ kepada para pemimpin mereka.  Namun demo anjuran NGO (baca:ngok) yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah Islam NGO Malaysia benar-benar memberi tafsiran baru dalam menghalalkan sesi berdemo di negara kita. Walaupun secara peribadi saya tidak merasakan apa-apa mengenai klip video yang dikatakan menghina para pemimpin negara, kerana apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba disampaikan lewat klip video ucapan Tahun Baru Cina. Namun langkah yang diambil oleh NGO yang meletakkan nama Islam dalam Jemaah mereka menganjurkan demo me

AHMAD OH AHMAD!

Nampaknya Barisan Nasional bakal mencipta kejayaan bergaya di Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang yang kosong apabila penyandangnya Lee Chin Cheh dari Pakatan Rakyat meletakkan jawatan sekaligus memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahniahlah kerana Barisan Nasional dan UMNO benar-benar memperjuangkan kerusi ini dan bakal memenanginya pula.  Tahniah yang khusus kepada Ketua Penerangan UMNO yang telah memikirkan strategi paling ampuh untuk menundukkan PR. Ketua Penerangan UMNO akan terpahat dalam sejarah antara ‘strategis’ UMNO yang paling berwibawa dan mampu merampas kembali kerusi panas DUN N25 Kajang yang dimenangi oleh PR pada pilihanraya umum yang lalu dengan majoriti lebih 6,000 undi. Bukanlah satu tugas yang mudah menundukkan PR yang menguasai negeri Selangor.  Tugas merebut kembali kerusi panas seperti DUN N25 Kajang adalah tugas berat namun dengan minda cemerlang Ketua Penerangan UMNO dan data-data yang disediakan beliau, maka BN dapat merampas kembali k