APABILA MAHATHIR KENA KENCING?
Bayangkanlah
jika orang yang tidak dikenali datang dan mahu menggunakan laman rumah kita
untuk sebuah majlis, dan kita tidak pula mengenali penganjur majlisnya. Selepas beberapa ketika tersebar pula bahawa
majlis yang dianjurkan itu bercanggah dengan perundangan negara pula. Untunglah
pihak berwajib tidak akan mendakwa dan memanggil kita untuk memberi keterangan.
Itulah
analogi kisah bagaimana Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dimana berlangsungnya Seminar “Pemikiran
Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” pada Ahad lepas kini mengundang persoalan
pengisian seminarnya.
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khabarnya telah membuat rumusan bahawa Dr.
Mahathir tidak bersalah dan tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan malah
tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr. Kassim Ahmad.
Bagaimana
JAKIM merumuskan hal ini tentulah tidak memerlukan jawapan yang panjang sesuai
dengan semangat Malaysia Boleh. Adakah
JAKIM berpendapat bahawa sebagai tuan rumah dan perasmi seminar tersebut Dr.
Mahathir hilang ‘locus standi’ untuk dipanggil memberikan keterangan. Sebagai tuan rumah dan perasmi tentulah Dr.
Mahathir lebih arif tentang siapa penganjur dan hal-hal lain berhubung seminar
ini.
JAKIM
khabarnya menyeru pula kepada siapa yang mempunyai maklumat untuk tampil
membantu, anehnya yang punya maklumat adalah Dr. Mahathir yang bertindak
sebagai tuan rumah dan perasmi, malah JAKIM memutuskan untuk tidak memanggil
beliau untuk memberikan keterangannya.
Atau
adakah Dr. Mahathir begitu naif sehingga diperdaya oleh penganjur majlis yang
didakwa JAKIM bercanggah dengan pandangan mereka. Atau adakah Dr. Mahathir digunakan untuk
memperlekeh agensi seperti JAKIM.
Nampaknya pada kali ini kelihatannya penganjur majlis berjaya ‘kencing’
Dr. Mahathir bukan sahaja membawa seminar yang dikatakan bercanggah ke Yayasan
Kepimpinan Perdana dan Mahathir pula diperdaya untuk menjadi ‘perasminya’!
Selepas
merumuskan Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak terbabit, maka JAKIM pun
sedang ‘mengencing’ rakyat Malaysia!
Ulasan