AHMAD OH AHMAD!

Nampaknya Barisan Nasional bakal mencipta kejayaan bergaya di Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang yang kosong apabila penyandangnya Lee Chin Cheh dari Pakatan Rakyat meletakkan jawatan sekaligus memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahniahlah kerana Barisan Nasional dan UMNO benar-benar memperjuangkan kerusi ini dan bakal memenanginya pula.  Tahniah yang khusus kepada Ketua Penerangan UMNO yang telah memikirkan strategi paling ampuh untuk menundukkan PR.

Ketua Penerangan UMNO akan terpahat dalam sejarah antara ‘strategis’ UMNO yang paling berwibawa dan mampu merampas kembali kerusi panas DUN N25 Kajang yang dimenangi oleh PR pada pilihanraya umum yang lalu dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Bukanlah satu tugas yang mudah menundukkan PR yang menguasai negeri Selangor.  Tugas merebut kembali kerusi panas seperti DUN N25 Kajang adalah tugas berat namun dengan minda cemerlang Ketua Penerangan UMNO dan data-data yang disediakan beliau, maka BN dapat merampas kembali kerusi DUN N25 Kajang dalam pilihanraya kecil nanti.

Walaupun calon DUN N25 Kajang yang diletakkan oleh BN bukanlah calon yang ‘mampu menang’ namun dengan usaha gigih dan strategi tersusun Ketua Penerangannya, kerusi DUN N25 telah berjaya ditawan dan calon PR pula telah dinafikan berkat sokongan padu para pengundi di DUN Kajang.

Ketua Penerangan UMNO adalah yang paling muda dalam sejarah UMNO telah berjaya mengotakan janji beliau ketika mula-mula dilantik ke jawatan tersebut.

“Saya berjanji melakukan yang terbaik dan mahu memastikan UMNO memainkan peranan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga majoriti dalam pilihanraya umum akan datang”. 

Memang terbukti, UMNO telah membuat pilihan yang tepat mengenalpasti calon Ketua Penerangan yang sangat cemerlang.

Ketua Penerangan UMNO yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian khabarnya telah juga melakukan lonjakan paradigma dan berfikir di luar kotak apabila berjaya memikirkan beberapa kaedah luar biasa seperti bermalam di rumah-rumah peneroka setiap hari minggu.

“Saya ingin membuat kaedah-kaedah yang mungkin difikirkan remeh oleh orang lain”.

Ketua Penerangan UMNO yang sangat cemerlang, paling muda dalam sejarah UMNO khabarnya telah mempunyai senjata penting untuk merangkul kejayaan dalam pilihanraya kecil yang pertama bagi tahun 2014 ini.

UMNO Selangor khususnya Bahagian Hulu Langat sepatutnya telah mula memikirkan apakah anugerah yang paling afdal untuk diberikan kepada Ketua Penerangannya kerana berjaya merampas kembali kerusi DUN N25 Kajang. 

Anugerah yang difikirkan untuk diberikan mestilah bersifat ‘original’, tidak lapuk dek zaman supaya ia akan terus dikenang sepanjang hayat bukan sahaja oleh penerimanya malah seluruh ahli UMNO jauh dan dekat, merentasi semua peringkat, cawangan dan bahagian!


Tapi, nanti dulu rasanya antara calon yang paling sesuai untuk menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang adalah Ketua Penerangan UMNO dengan rekod paling cemerlang, paling muda dalam sejarah UMNO dan paling ‘strategis’.  Calon-calonnya ialah …..!  Ahmad Oh Ahmad!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
4 Februari 2014 2:42 PTG

syabas ahmad ..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger