Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

TRAGEDI 14 DISEMBER 2009 DAN KISAH PONTENG …

Imej
Saya hampir tidak percaya selepas tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 apabila barisan pembangkang menang begitu banyak kerusi di Parlimen dalam sejarah Pilihanraya Umum di negara ini. Apa tidaknya Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini lebih setengah abad tiba-tiba sahaja tersungkur begitu teruk sehinggakan ramai Menteri dan Timbalan Menteri, malah Ketua Menteri hilang kepercayaan rakyat! Selepas 8 Mac 2008, selepas hampir 20 bulan dan debu politik hampir sahaja dilupakan selepas dibayangi gagasan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri yang keenam. Selepas Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan menjadi slogan baru, tiba-tiba sahaja tercetus berita bahawa belanjawan yang dibentangkan begitu gah hampir-hampir sahaja ditolak dan terlepas dengan hanya kemenangan 3 undi! Pakatan Pembangkang dengan ahli yang hadir sebanyak 63 berbanding dengan ahli Barisan Nasional seramai 66 orang. Kalau secara kasarnya ketidakhadiran ahli Barisan Nasional ialah hampir 50 peratus, makna

APABILA MANUSIA MENJADI KELDAI?

Imej
(Keldai menunggu untuk 'dikeldaikan' - Gambar hiasan) Saya pernah ditanya jika saya tidak menjadi manusia atau memilih untuk menjadi selain manusia, apakah peranan yang akan saya pilih. Jawapan saya sejak dari bangku sekolah rendah hingga sekarang tetap sama: menjadi nyamuk! Rasionalnya ialah saya tidak tersiksa sebagai seekor nyamuk dan akan berjasa kerana menyedar si mangsa yang darahnya sedang dihisap. Sebenarnya saya terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan saya pada ketika itu, misalnya Harimau! Harimau! karya penulis Indonesia – Mochtar Lubis. Kisah wanita Malaysia yang dipenjara di luar negara kerana menjadi ‘keldai dadah’ bukan sedikit, namun begitu angka ini makin berkurangan akhir-akhir ini. ‘Keldai Dadah’ yang dimaksudkan ialah istilah bahasa Inggeris yang dimelayukan – ‘drug mule’ merujuk kepada mereka-mereka yang dipergunakan atau dikeldaikan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah ke negara-negara destinasi. Wanita-wanita ini tentunya buk
Imej
Kulit Buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah Minggu lepas selepas Jumaat, saya dipelawa oleh sahabat saya si celikhuruf: http://www.celikhuruf.blogspot.com/ menghadiri majlis pelancaran buku Utusan Karya di Bandar Baru Bangi. Buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah-Mastika adalah kompilasi pengalaman menunaikan fardu haji di Mekah. Kisah-kisah ini yang disiarkan dalam majalah Mastika sejak 1996 merupakan himpunan pengalaman suka duka ketika berada di bumi Mekah. Buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah-Mastika setebal 189 halaman memuatkan 27 cerita adalah pilihan terbaik bagi Edisi Pertama. Buku ini dilancarkan bersama oleh penyanyi rock terkenal negara, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman. 27 kisah yang dimuatkan dalam edisi pertama Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah-Mastika yang berharga RM7.50 merangkumi pelbagai dimensi bertujuan mengajak bakal jemaah supaya melengkapkan diri dengan persediaan fizikal, jiwa, mental dan ilmu sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci. Pe

CERAMAH TANPA TAULIAH ...?

Imej
Gambar petikan dari Harakah 23-26 Nov 2009 Selepas berita penahanan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah pada 1 November lepas, saya agak terganggu dan keliru. Ini bukanlah kerana saya peminat dan pengkagum Dr. Mohd Asri, malah saya tidak pernah berpeluang mendengar ceramah agama atau bersua kelibat bekas Mufti Perlis ini. Beberapa hari selepas penahanan beliau, saya banyak menghubungi teman-teman saya di negeri-negeri lain. Saya boleh dikatakan mempunyai teman di serata tempat di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, dan teman-teman saya adalah dari pelbagai agama dan kaum dan latar kehidupan. Pada teman-teman saya yang beragama Islam saya bertanyakan samada bilangan rakaat solat yang mereka lakukan saban hari berbeza dengan saya di Selangor ini atau adakah mereka tidak perlu berpuasa dalam bulan Ramadhan atau ucapan dua kalimah syahadah mereka berbeza dari yang saya amalka

PROJEK BUKU & DISKAUN 10 PERATUS ...

Imej
Adab menyembelih yang betul - Gambar hiasan diambil dari kamisentiasabersama.blogspot.com Saya sudah lama terlibat dalam industri buku, sejak dari lahir lagi, apa tidaknya sejak saya dilahirkan saya sudah terdedah kepada dunia perbukuan. Ketika di bangku sekolah saya juga mewah buku sebabnya abang sulong saya bekerja di kedai buku hinggalah saya menamatkan persekolahan menengah saya. Selepas tidak bekerja makan gaji saya terlibat secara tidak sengaja dalam industri buku (bolehkah disebut industri?), saya terlibat mengedarkan buku-buku bacaan tambahan bagi keperluan pusat sumber sekolah. Secara tidak sengaja pula saya ‘dipaksa’ menjadi penerbit apabila seorang sahabat saya memperkenalkan abang Ramli Mat Nor yang telah siap menghasilkan sebuah buku yang diharap dapat diterbitkan sebagai satu kepuasan dan perkongsian pengalaman. Di sisi lain pula saya bersyukur dengan keterpaksaan ini, kerana ini adalah peningkatan kepada dunia perbukuan saya. Walaupun baru hanya satu buku yang telah s

TERIMA KASIH ZULKIFLI, ROSLI, ISMAIL & CIKGU SAFRI …

Imej
Ketika itu jam 10.30 malam, saya masih tekun menonton siri berbahasa Cina di NTV7. 22orang murid peserta kem 1Malaysia terjatuh ke dalam Sungai Kampar kerana jambatan gantung runtuh. Mereka semua adalah sebahagian dari 298 murid dan 23 orang guru yang menyertai Kem 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Sebagai ibu bapa, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tentulah usaha memastikan keselamatan murid-murid ini telah diambil pada tahap maksimum. Namun jaminan Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran untuk memastikan satu Jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat punca keruntuhan jambatan gantung amat dialu-alukan. Membaca laporan mengenai tragedi, saya tidak mampu membendung air mata saya di atas sikap spontan tiga pengawal keselamatan: Zulkifli Mohamad, Rosli Mohamad dan Ismail Ahmad serta seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar terjun ke dalam sungai yang deras airnya untuk menyelamatkan lebih 19 orang murid yang berpaut pada tali jambatan. Blog ini

SARKAS DI IPOH ...?

Imej
Pengumuman Sarkas: Tempat : DUN Ipoh Perak Masa : 0800 pagi – 5.00 petang Tarikh : 28/10/2009 (Pembukaan) – Jemputan sahaja Acara: 1. Main sorok-sorok 2. Angkat Kerusi Speaker 3. Berebut Tempat (alah macam main musical chair ) 4. Berebut pakaian Speaker 5. Berebut Mikropon 6. Badut paling kelakar Hiburan untuk seisi keluarga! Anda pasti tidak kecewa. Pemain-pemain pilihan rakyat! P/s: Untuk Dewasa sahaja. Penonton yang tidak punya ketahanan diri mungkin akan ditahan polis untuk siasatan. Penganjur tidak bertanggungjawab atas segala macam kesulitan daripada pertunjukan sarkas ini. Risiko tanggung sendiri.

MANA ADABNYA ... ?

Imej
Gambar diambil dari Berita Minggu - 25/10/2009, menunjuk Nabila bersalaman dengan Datin Fatimah Ismail Ketika membaca ruangan Bi-Pop dalam akhbar Berita Minggu pagi ini, saya agak terganggu, membaca tulisan 'Kak Pora' mengenai Kekasih Baru Syamsul, saya bukanlah seorang yang rajin mengikuti perkembangan Syamsul mahupun Nabila atau ikon industri hiburan negara kita yang lain. Saya tidak terganggu dengan tulisan itu, tetapi yang menganggu minda saya ialah gambar yang mengiringi tulisan itu. Gambar menunjukkan Nabila yang dikhabarkan kekasih Syamsul sedang bersalaman dengan ibu Syamsul - Datin Fatimah Ismail. Gambar itu juga tidak menganggu minda saya tetapi cara Nabila bersalam dengan orang yang lebih berusia, berpangkat emak! Ketika Kerajaan sibuk berkempen mengenai budi bahasa, apakah itu potret kesopanan seorang muda kepada orang yang lebih berusia? Kalau sebenarnya Nabila itu lebih beradab atau Bi-Pop tidak mempunyai pilihan gambar yang lain, mungkin saya harus dimaafk

BAJET BUKAN POPULIS ...

Imej
'Banner' ihsan www.utusan.com.my Semalam pembentangan Bajet 2010 oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan buat kali pertama. Walaupun banyak insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi yang lebih dinanti oleh ratusan ribu kakitangan sektor awam ialah pengumuman bonus samada satu atau dua bulan. Malangnya Perdana Menteri dalam ucapannya pada para 136 hanya mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam rentetan daripada pengumuman kepada kumpulan sokongan sebelum ini. Bajet 2010 bertemakan 1Malaysia – Kemakmuran Bersama, bersifat sangat realistik dengan mengambil kira iklim ekonomi Malaysia dan dunia yang kurang memberangsangkan. Keprihatinan Kerajaan terhadap kemiskinan bandar, dengan perubahan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar adalah sanagt bertepatan. Moga kemiskinan bandar akan terus menjadi salah satu agenda utama kerana pelbagai masalah sos

PESTA LONDEH ...?

Imej
Gambar hiasan diambil dari: oneinchpunch.net Sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah, sebagai anak kampung, mandi sungai sudah semacam satu kemestian walauapa pun peraturan dan larangan yang ditentukan oleh bapa saya. Tiga atau empat hari dalam seminggu, pasti akan kami penuhi dengan mandi sungai sebelum pulang ke rumah masing-masing. Bagi memastikan aktiviti ‘haram’ saya kawan-kawan saya tidak dapat dikesan oleh bapa masing-masing, lazimnya kami akan menyalin seluar lain yang disorokan di bawah titi sungai atau memakai kain basahan. Selepas lebih sejam dua berkubang dalam sungai dan mula rasa lapar barulah kami akan bersiap memakai semula pakaian sekolah untuk pulang ke rumah dalam keadaan keletihan, kononnya kerana aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti ini berterusan beberapa ketika sehinggalah berlaku satu kemalangan ketika kami semua ghairah mandi sungai apabila terjunan saya menyebabkan luka di paha kiri saya sehingga merubah warna anak sungai itu kepada warna darah. Keran

PEMANDU TEKSI, RUMAH TERBUKA & LUKA HATI ...

Saya bukanlah jenis orang yang suka formaliti, malah sentiasa menentang protokol dan basa basi tanpa mengorbankan rasa hormat dan penuh apresiasi. Selepas beberapa ketika menyambut lebaran dengan menanti kunjungan teman dan taulan, entah mimpi apa atau lebih tepat kerana ada usaha-usaha luar (pesanan penaja) yang mahukan saya menganjurkan majlis rumah terbuka lebaran secara formal – menjemput teman-teman kerja, teman-teman setaman, niaga, sahabat blogger dan santai. Kerana kesibukan menguruskan semuanya sebagai hos yang cuba ‘sempurna’ saya terlanggar belakang sebuah teksi di pekan Kajang beberapa jam sebelum berlangsungnya majlis yang dirancang. Menjadi sifat saya untuk tidak menyumbangkan kepada kesesakan lalu lintas yang sedia sesak, saya mencoretkan nombor telefon bimbit dan memberikan kepada si pemandu teksi yang teragak-agak menerimanya (mungkin pernah berpengalaman menerima nombor palsu) dia pun mencatat nombor kereta saya. Saya memintanya menghubungi saya petang nanti kerana sa

OPS SIKAP ATAU OPS UBAH SIKAP?

Imej
Salah sebuah poster JKJR - Gambar Hiasan Selama lebih lapan tahun Ops Sikap diperkenalkan sejak 2001, ianya telah masuk ke edisi 20 pada musim perayaan Aidil Fitri tahun ini. Ironinya angka kematian pada edisi ke 20 ini jauh lebih tinggi malah dilabelkan antara yang kedua tertinggi setakat ini selepas kadar kematian pada Ops Sikap ketiga pada Disember 2002, dengan purata kematian seramai 18.7 orang sehari. Secara peribadi Ops Sikap sampai bila-bila pun tidak akan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi kerana kurangnya penguatkuasaan yang efektif. Semasa perjalanan pulang ke kampung baru-baru ini, deretan kereta yang menggunakan laluan kecemasan tidak putus-putus hingga menyebabkan pertanyaan dari anak-anak saya, apa dah jadi, tiada polis ke untuk menyaman mereka! Selagi agensi-agensi penguatkuasaan tidak mampu untuk menguatkuasa, saya rasa eloklah Ops Sikap ditangguhkan buat sementara, sekurang-kurangnya sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) memikirkan bagaimana tahap pengua

ADAKAH KITA BANGSA YANG TERLEWAT?

Saya tidak pasti mengapa saya memilih untuk menulis mengenai tajuk di atas, tetapi secara jujurnya saya amat terganggu dengan sikap dan pendirian kita semua khususnya si pemegang tampuk kuasa samada kepimpinan tertinggi mahupun agensi-agensi yang diberi amanah dan mandat terhadap sesuatu bidang tugas dan kepakaran. Yang terbaru ialah usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membawa pulang jenazah Mariam Johari,wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas terkandas di negara itu selama 64 tahun. Saya bukanlah mahu mempertikaikan usaha murni JAKIM ini tetapi kewajarannya tidak mengambil usaha untuk membetulkan akidahnya yang dikhabarkan membuat wasiat untuk dikebumikan secara Kristian. Bukan tidak pernah Mariam menjejakkan kakinya di bumi Malaysia, malah telah kembali ke Malaysia, pada September 2007. JAKIM seolah-olah tidak peka atau buat-buat tidak tahu (alasan lazimnya: tiada permintaan dari ahli keluarga!). Apabila Mariam Johari mening

SALAM AIDIL FITRI YANG TERLEWAT ...

Imej
(Kad Hari Raya ihsan dari www.iluvislam.com ) Saya sengaja memilih untuk lewat mengucapkan Salam Aidil Fitri lewat blog ini. Bukan apa, pun bukan siapa-siapa, sengaja sekadar menguji kesabaran rentetan dari Ramadhan yang telah ditinggalkan. Kepada semua pengunjung blog ini, samada yang mengikuti secara tekun atau sesantai mungkin, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata yang tidak menyenang, ada ungkapan yang tidak memberangsangkan ataupun ada pandangan yang tidak disetujui kerana bukan tugas blog ini untuk memuaskan hati mana-mana pihak atau tangan-tangan yang tersembunyi tetapi sekadar renungan dan catatan dari kacamata sejujurnya. Moga Aidil Fitri ini akan merapatkan ukhwah sesama kita, moga memaafi zahir dan batin akan menjadi amalan sentiasa. Salam Lebaran 1 Malaysia!

HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA 2009

Imej
Poster Hari Celik Huruf Antarabangsa 2009 Setiap 8 September, saban tahun Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan. Pada tahun ini Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan dengan tema The Power of Literacy atau Kuasa Celik Huruf. Dalam laporan United Nation Development Program 2007/2008, Malaysia menduduki tangga ke 94 kadar celik huruf rakyatnya daripada 178 negara di dunia. Kadar celik huruf rakyat negara ini ialah 88.7%. Pada hari ini seorang daripada lima warga dunia dewasa masih tidak celik huruf dan dua pertiga dari mereka adalah wanita manakala 75 juta kanak-kanak tercicir dari alam persekolahan. Saban tahun UNESCO mengingatkan komuniti antarabangsa status celik huruf di seluruh dunia. Pada tahun ini Hari Celik Huruf Antarabangsa akan menumpukan usaha memperkasa peranan dan kepentingan penglibatan, kewarganegaraan dan pembangunan sosial. Hadiah Celik Huruf Antarabangsa UNESCO dianugerahkan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan inovasi celik huruf di seluruh dunia. Anug

MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA ....

Imej
SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-52!

INILAH CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM ...?

Imej
Gambar-gambar untuk renungan! Nama saya Esfahan, umur saya 8 tahun, saya dah banyak belajar cara-cara memandu, kalau kita lambat kita boleh guna emergency lane, ………………. Tak sabar rasanya nak bawa kereta sendiri. Inikah yang ingin kita wariskan kepada anak-anak kita? Inilah iklan komuniti Radio Sinar FM, mengenai kempen jalan raya. Entah mengapa akhir-akhir ini saya merasa amat bimbang dan resah dengan beberapa perkmbangan masyarakat Malaysia, tak kiralah samada masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Janganlah beranggapan saya tidak cukup Islam hanya kerana membantah cara dan tindakan sesetengah pihak dalam memperjuangkan Islam. Kalau inilah caranya yang ingin kita wariskan untuk memperjuangkan Islam, saya rasa Islam akan terus diperlekeh dan dipandang rendah. Bukankah Islam sentiasa melaungkan permuafakatan dan musyawarah. Bukankah Islam sentiasa mengambil pendekatan bijaksana dan berhemah. Mungkin saya silap atau orang ramai yang betul. Renungkan!

KAKI SAKAT DI SINAR HARIAN ...

Imej
Blog Kaki Sakat telah menjadi pilihan akhbar SINAR HARIAN untuk memenuhi ruangan BLOG KE BLOG. Disiarkan pada 25 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu. Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui hal ini sehingga saya dihubungi oleh sahabat saya, si celik huruf: www.celikhuruf.blogspot.com . Terima kasih!

BAZAR RAMADHAN ATAU BAZIR RAMADHAN …

Imej
Bazar Ramadhan: Gambar Hiasan Hari ini seramai 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia telah mula menjalani ibadah puasa. Rukun ketiga dalam lima Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim. Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi dengan pelbagai cabaran dan nikmat untuk beribadah dan menambah kekusyukan bertakwa kepada Allah SWT. Seperti menunggu Ramadhan muncul lagi, suatu yang menjadi fenomena dan juga dinanti oleh yang bukan Islam juga ialah Bazar Ramadhan di seluruh pelusuk tanah air dengan tawaran pelbagai juadah untuk memenuhi selera (baca: nafsu) si pembeli. Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk tanah air menjelang setiap Ramadhan memang menjadi medan memperaga pelbagai juadah dan masakan, carilah Kuew Tiau Penang atau Rojak Singapura di Bandar Baru Bangi anda pasti tidak kecewa! Bazar Ramadhan semacam fenomena yang sangat ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam yang tidak berkesempatan menyiapkan juadah berbuka malah oleh yang bukan Islam kerana me

MERDEKA, TV MALAYSIA & LONDON …

Imej
Big Ben London Saya sentiasa sebak setiap kali menjelang Merdeka bukan kerana saya terlibat sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sebak kerana menjadi pewaris kemerdekaan dari tangisan dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan seolah-olah ‘Wira Tak Di Dendang’ atau Unsung Heroes . Kisah merdeka samada iklan komersil mahupun ucapan kemerdekaan oleh syarikat-syarikat korporat sering sahaja mengundang rasa kagum di atas kesungguhan mereka. Setiap kali melihat iklan mahupun pesanan kemerdekaan saya sentiasa menyimpan iltizam untuk menjadi seperti syarikat-syarikat korporat yang mampu menyumbang untuk kita terus menikmati kemerdekaan dari dalam rumah sahaja melalui siaran langsung di kaca televisyen. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kemerdekaan pada kali ini agak kurang meriah rasanya kerana 31 Ogos pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi itu bukanlah alasan untuk mengecilkan nilai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 52 t

CATATAN KANJI ARAB …

Imej
Hari ini saya sekali lagi ke Pulau Lagenda Langkawi dalam tempoh dua minggu. Semua ini rahmat dari urusan kerja dan tugas yang diamanahkan kepada saya. Sekitar jam 1.30 petang, teman saya celikhuruf - http://www.celikhuruf.blogspot.com/ memaklumkan dia berada di Changkat Jering menikmati makan tengahari dan akan menyelusur mengikut jalan persekutuan menuju ke Bayan Lepas dalam Ekspedisi Bermotor Merdeka yang disertai lebih 100 buah motosikal kuasa besar dari jenama Kawasaki. Mengikut perencanaannya kami patut tiba di jeti Kuala Kedah selewat-lewatnya jam 6.00petang bagi memastikan dapat menaiki feri terakhir pada jam 6.30 petang, tetapi seperti kata ‘takdir selalu mengatasi tadbir’, saya hanya tersenyum apabila teman saya si celikhuruf mengatakan bahawa dia menggunakan jalan persekutuan dan bukannya lebuhraya kerana sangka saya akan menjadi lebih lewat kerana harus sampai ke jeti sebelum pukul 6.00 petang. Selepas berhenti pada jam lebih kurang 2.45 petang di kawasan R & R Sungai

TAHNIAH DR. ANWAR RIDHWAN ...

Imej
Selepas kegersangan selama enam tahun dengan penerima terakhir yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ialah S. Othman Kelantan pada tahun 2003, maka giliran anak kelahiran Selangor yang juga mengungguli dunia sastera selama lebih 40 tahun yang telah berjaya menghasilkan empat buah novel, empat buah kumpulan cerpen, empat buah drama, sebuah buku sajak dan tiga buah buku esei telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara. ''Karyanya memaparkan bakat kekuatan yang lebih kekal untuk direnung, dicontohi oleh generasinya dan juga generasi akan datang. ''Tokoh ini juga berupaya menjadi contoh yang baik buat pengarang yang ingin menjadi penulis merenungkan situasi manusia di Malaysia dan sejagat dengan gaya bersahaja tetapi berseni dan indah," Kepada Dr. Anwar Ridhwan, tahniah kerana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang Ke-10, terpilih dari pelbagai nama yang turut dicalonkan.

ISA - APABILA RAKYAT TIDAK PERCAYA ...

Saya rasa sedih membaca catatan di blog 'rocky bru' di http://rockybru.com.my/ mengenai kerugian yang dianggarkan lebih RM100 juta hingga RM200 juta yang dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan akibat daripada dua demo di ibu kota Sabtu lepas. Yang lebih melegakan ialah saranan oleh seorang kawan kepada kawan peguam bahawa penganjurnya boleh disaman untuk menuntut gantirugi akibat tunjuk perasaan membantah ISA ini. Saya juga menjadi mangsa kepada bantahan ini kerana terperangkap dalam kesesakan akibat penutupan jalan dan 'road block' oleh pihak polis untuk meminimakan atau mengurangkan kemasukan penyokong yang mungkin berarak membantah ISA ini. Jika mengambilkira masa saya yang terbuang terperangkap dalam kesesakan jalanraya samada pada hari Jumaat dan Sabtu, mahu mencapai ribuan ringgit nilainya. Saya bukanlah mahu mempersoalkan kerja polis mahupun menafikan hak si pendemo bantahan ISA, tetapi yang lebih wajar diselami oleh pemimpin kita pada masa ini ialah apabi

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad. Memang rugi bagi siapa yang terlepas peluang menonton dokumentari khas ini yang dimuatkan dalam rancangan majalah mingguan – Majalah 3 . Pewarisan Yasmin Ahmad menyingkap kerjaya dan belakang tabir kerja arwah Yasmin Ahmad samada sebagai seorang pengarah iklan mahupun filem. Wawancara dengan mereka yang pernah bertugas dengan Yasmin Ahmad memang menyebakkan. Malah falsafah hidupnya yang diangkat lewat karya-karya garapannya, ulasan oleh para pelakon filem-filemnya memang menyentuh hati. Bukanlah kerja saya mengulas sesuatu rancangan yang telah disiarkan oleh sesebuah stesen TV, malah bukan juga mahu turut memperkatakan mengenai Yasmin Ahmad, tetapi saya lebih tertarik dengan kesunggguhan stesen TV3 untuk menggunakan i

AL-FATIHAH BUAT YASMIN AHMAD & KAPT YUSOF AHMAD

Imej
Allahyarham Yasmin Ahmad - seorang pengarah filem dan iklan yang prolifik Teman-teman blogger kehilangan dua sahabat blogger, Pengarah iklan dan filem tersohor, Yasmin Ahmad meninggal pada malam Sabtu lepas selepas rebah ketika membuat pembentangan di Sri Pentas pada hari Khamis. Legasi Yasmin Ahmad akan sering diingati oleh semua terutama menjelang perayaan-perayaan utama di negara kita - siapa boleh lupa iklan-iklan mesej perayaan Petronas misalnya yang begitu meninggalkan kesan emosional dan spiritual. Anak-anak saya misalnya akan sentiasa tertunggu iklan-iklan sedemikian, dan saya yang mengenali karya-karya beliau termasuk filem-filem akan lebih terasa. Kerjaya filem yang dimulakan dengan dengan Rabun (2003) dan karya terakhirnya Talentime (2009) memang sarat dengan nilai-nilai kemanusian yang sering mencetus kontroversi. Enam filem garapannya Rabun (2003) , Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009) memenangi pelbagai anugerah dalam dan l

SELAMAT TINGGAL PPSMI ...

Imej
Akhirnya Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’ dengan segala keberanian membuat keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun keputusan ini tidak akan berkuatkuasa serta merta seperti masa pelaksanaannya pada tahun 2003, malah akan mengambil masa sehingga 2012, untuk peralihan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya pengumuman ini akan mampu memberi tidur yang lena kepada semua pejuang bahasa dan penentang dasar PPSMI ini. Apatah lagi ia diumumkan beberapa hari menjelang 100 hari kepimpinan Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’ , juga beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai nanti, walaupun bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. PPSMI dengan segala keangkuhan dan kegelojohan pencetusnya telah menimbulkan pelbagai polemik, malangnya tidak ketika diteraj

MUSIM MENUAI…

Imej
Sawah Padi - gambar diambil dari petronasadventure.com Antara usaha awal mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima – Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan Institut Integriti Malaysia yang diisytiharkan pada 5 November 2003, dan menjadi realiti pada 4 Mac 2004. Selepas beberapa lama sehingga melepaskan jawatannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, integriti terus menjadi salah satu kata kunci dalam minda seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Pulau Pinang pada Jun lalu memilih Yusuf Musa sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000. Yusuf Musa, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang mengesan penyelewengan selepas meneliti fail-fail dalam urusan tugasnya. Kecemerlangan Integriti yang dirintis oleh Pak Lah tidak terhenti setakat itu, pada 2 Mei 2009, dua orang anggota polis Detektif Koperal Mohd. Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd.

MIKAEEL, FARRAH DAN CINTA TAK KESAMPAIAN SEORANG LELAKI…

Imej
Dua minggu lepas pada awal pagi Jumaat, jam 5.26 pagi, dunia kehilangan ikon seni - Michael Jackson. Sukar untuk saya mengatakan saya bukan peminat Michael Jackson walaupun sekadar mengikuti perjalanan seninya sejak saya mula pandai membaca akhbar. Mula menyanyi ketika usia 4 tahun dan terus bergelumang dalam dunia seni sebagai ‘Raja Pop’ sehingga ke akhir hayatnya. Michael Jackson tidak pernah sunyi dari dari masalah dan skandal malah setiap perlakuannya mempunyai nilai berita yang tinggi. Siapa pernah lupa kisah dia memegang anaknya dibalkoni dalam keadaan yang mencemaskan. Walaupun selepas kematiannya, perihal bagaimana dia menemui ajalnya masih lagi menjadi persoalan: mengambil preskripsi dadah bagi membolehkan kecergasannya sehinggalah kepada hutang dan tuduhan bahawa dia bukanlah ayah sebenar kepada tiga orang anaknya. Michael Jackson disamakan dengan Elvis Presley yang mati pada usia 42 tahun akibat mengambil dos berlebihan. Kedua-dua mereka dianggap aneh dan misteri. Hari i

SELAMAT HARI BAPA

Imej
Bapa Kemerdekaan Malaysia - YAM Tunku Abdul Rahman Esok 21 Jun, hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, itu tarikh sambutan Hari Bapa. Sebagai bapa memanglah mengharap ucapan dan hadiah tetapi yang lebih manis ialah kesungguhan anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh. Itulah harapan arwah ayah saya ketika ditanya mengenai sambutan Hari Bapa sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah lagi. Biar apa sahaja gelaran kepada seorang bapa berasaskan latar agama, sosio dan budaya seseorang, fungsi kebapaan tidak pernah terabai sungguhpun ibu dianggap insan utama seperti yang disebut dalam kitab suci Al-Quran. Selepas menjadi bapa kepada lima orang cahaya mata, seorang teman saya yang sering menempelak kakaknya yang terlalu memanjakan anak-anaknya, kini baru terasa selepas diri menjadi bapa. Hati seorang bapa memang sukar diteka. Tidak seperti si ibu, tidak banyak puisi dan madah mengenai si bapa, namun bapa tetap kekal sebagai idola dan wira di hati si anak, sekurang-kurangnya itulah tanggapa

HSKU, TETAMU KEHORMAT & INSOMNIA..

Imej
Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang - ihsan akhbar Utusan Malaysia Semalam saya memenuhi jemputan teman saya untuk menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU). HSKU yang telah mamasuki tahun ke-24 penganjurannya memang unik dan dianggap berprestij. Apa tidaknya HSKU mencatat sejarah tersendiri dengan majlis berlangsung di Istana Budaya, ASTRO sebagai penyiar rasmi dan tambahan acara sampingan HSKU iaitu Majlis Baca Puisi yang berlangsung pada 12 Jun lalu dan acara Utusan Sukma Sepagi Bersastera yang bakal berlangsung pada 22, 23 dan 25 Jun nanti. Majlis itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat: baca: TETAMU KEHORMAT . Tetamu Kehormat yang dimaksudkan ialah mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya kira teman saya yang terlibat sebagai sekretariat HSKU tentu dapat tidur lena selepas majlis itu, lain pula dengan saya, saya meninggalkan majlis itu selepas SN/SR baca sajaknya.

20 JUN - MANIFESTASI PELARIAN

Imej
Gambar Ihsan UNHCR Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menetapkan 20 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Betullah kata pepatah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jika diberi pilihan tentulah lebih seronok di negeri sendiri daripada merantau ke negara orang, sekurang-kurangnya itulah yang diluahkan oleh warga Bangladesh yang membantu saya untuk mengisi minyak kereta ketika berkunjung ke stesen kerang saban kali. Itu cerita pendatang asing yang sah tinggal di negara ini, apa agaknya nasib pelarian yang lari dari sesebuah negara bergolak misalnya, pelarian Rohingya. Hari Pelarian Sedunia dengan objektif untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat terhadap nasib dan masa depan golongan pelarian di seluruh dunia telah diraikan secara global sejak tahun 2000. "Real People, Real Needs" Rakyat Sebenar, Keperluan Sebenar, tema yang dipilih untuk mengenang nasib pelarian pada tahun ini - pelarian adalah golongan yang berkeperluan sama seperti

CINTA IBU HALIMAH SUJUD DI KAKI…

Imej
SN Arena Wati - meninggalkan khazanah sastera yang cukup gah dan bernilai meninggal dunia pada 25 Januari 2009) Selepas menyertai Seminar Pemikiran Sasterawan Negara: A Samad Said pada 13-15 Mei 2008, pada 9 dan 10 Jun pula seminar yang sama berlangsung dengan membincangkan pemikiran Sasterawan Negara Arena Wati . Memanglah banyak penambahbaikan berbanding seminar A. Samad Said pada tahun lepas, yang paling ketara ialah kehadiran Ketua Pengarah DBP yang turut merasmikan seminar pada kali ini. Sepanjang dua hari berseminar (saya memang meluangkan masa bagi seminar ini) banyak yang dikupas mengenai SN Arena Wati yang sangat prolifik berkarya, puluhan novel, cerpen, esei, drama dan syair. Saya tertarik dengan kisah cinta SN Arena Wati dan isterinya Ibu Halimah Sulong yang dinikahinya pada tahun 1954 dengan empat syarat yang harus dipenuhi oleh SN Arena Wati: hendaklah sanggup meninggalkan keluarga untuk tinggal bersamanya, sanggup menjadi rakyat Tanah Melayu, hidup bersamanya hingga mat

MENUNGGU KATA DARI TUHAN..

Imej
Gambar-gambar diambil dari: http://www.flickr.com/photos/zahirudin/ Jumaat lepas, saya menerima pesanan ringkas awal pagi dari Sdr. Dinsman yang mahukan saya menguar-uarkan teater MENUNGGU KATA DARI TUHAN. Saya sendiri belum berkesempatan menghayatinya, hambatan tugas dan kesihatan sering tidak mengizinkan. Khabarnya teater ini telah dipentaskan di beberapa lokasi tetapi yang uniknya ialah inilah teater pertama (serasa saya, harap betulkan) yang dipentaskan di dalam masjid, kali pertama di Masjid Batu, Permatang Pauh pada 30 Mei lepas. Pementasan dalam masjid kali ini akan diadakan seperti berikut: Lokasi: Masjid Kg. Tunku, Sungai Way, Selangor Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu) Masa: Selepas Solat Maghrib Pelakon: Sabri Yunus Pemuzik: Sani Sudin Harap dapat meluangkan masa untuk menghayati teater ini.

BINGKISAN DARI MUKTAMAR...

Imej
Hari ini saya meluangkan masa melawat Muktamar PAS ke-55 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, bukanlah atas tiket politik, bukan juga sebagai simpatis tetapi lebih sebagai pengunjung biasa-biasa sahaja untuk melihat gerai-gerai jualan yang mengambil peluang memperagakan bahan jualan - dari tudung, pakaian wanita, minuman kesihatan, buku-buku politik dan pelbagai jenis barangan. Seperti juga ketika Perhimpunan Agung UMNO yang penuh sesak dengan pengunjung untuk melihat barangan yang dipamer, seperti pesta adanya memang menggamit hati. Berkunjung ke Muktamar pada kali ini saya sempat membeli sejumlah buku sebagai bahan bacaan dan koleksi. Antaranya ialah Fenomena Nizar dan Wajah Baru Politik Malaysia. Fenomena Nizar terbitan Jun 2009 melihat perjalanan politik bekas Menteri Besar Perak: Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Merakamkan perkhabaran dan pergolakan politik di Perak. Dua speaker, dua Menteri Besar, cabar mencabar di Mahkamah, mesyuarat bawah pokok, semua dirangkum dalam bu

APA KHABAR PEMBULI JALAN RAYA..?

Imej
“APA khabar?Lupa banyak. Bicara sikit" kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang merupakan presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam loghat Indonesia - catatan wartawan The Star , Shahnaz Habib. Hari ini bacaan The Star saya terganggu kerana berita di muka surat 3 - Road bully in his 30s assaults 72 year old man. Pembuli Jalan cederakan warga tua berusia 72 tahun. Apa ini kata saya. Mana hilang rasa hormat kepada warga tua yang dilaungkan dalam kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita! Sekadar slogan? Walauapapun saya benar-benar terganggu dengan berita itu. Sdr. Rocky Bru ( http://www.rockybru.com.my/ ) dalam blognya memberikan butiran mengenai pemandu yang biadap dan menakutkan. Pihak polis seharusnya menggiatkan usaha untuk menahan pemandu ini. Butirannya: TOYOTA AVANZA WARNA HIJAU NO. PENDAFTARAN: WRW 8402 PEMANDUNYA: USIA 30AN LOKASI KEJADIAN: DAMANSARA DAMAI Jika anda tahu mengenai pemandu ini atau kenderaan yang dinyatakan anda mungkin berhadapan dengan pembuli jala

ASAM PEDAS GULA MELAKA, AKUKAH GURU, BRONTOK..

Imej
Seronok juga sesekali mengambil cuti dari meng' update' blog. Saya sengaja memilih untuk memencilkan diri buat seketika. Selain daripada hambatan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan ialah kerana mahu berehat dari berfikir. Masa hibernasi ini saya gunakan untuk menonton, membaca dan menulis untuk kerja-kerja dan urusan rasmi. Selama lebih dari seminggu, saya gunakan untuk membaca misalnya ada tiga naskhah buku yang dibawa pulang dari menghadiri satu seminar oleh seorang bekas pendidik, pengetua dan pentadbir di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. Asam Pedas Gula Melaka bukanlah cerita-cerita luar biasa tetapi cerita biasa yang diceritakan dari perspektif seorang guru. Lebih merupakan catatan peribadi, Asam Pedas Gula Melaka memaparkan suka duka perjalanan hidup seorang guru, pengetua dan kemudiannya pentadbir. Gurukah Aku atau...? buku kedua oleh penulis yang sama adalah kesinambungan dari buku Asam Pedas Gula Melaka. Kalau selama ini kerjaya guru dianggap kerjaya yang se

CHIN PENG, LU SIAPA?

Imej
Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng' update ' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik ' hangin ' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina! Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini. Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanu

WARKAH SEMBAH TA’DZIM BUAT TUANKU DR RAJA NAZRIN

Imej
Raja Muda Perak - Raja Dr. Nazrin Shah Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun. Telah ditakdirkan Tuanku dilahirkan dalam keluarga diraja dan patik dilahirkan dalam keluarga petani biasa, maka kita dijarakkan oleh adat istiadat Melayu hingga menjadi begitu jauh sekali. Namun betapa jauh pun jarak darjat keturunan itu, perkenalan kita disebabkan minat yang sama di bidang seni dan puisi kira-kira 30 tahun yang lalu, telah merapatkan hubungan kita sebagai sesama manusia. Pun begitu, setelah aktiviti puisi dua minggu sekali di sebuah hotel di Jalan Putra itu dihentikan, kita pun seperti kehilangan wadah untuk bertemu, dan kemudiannya Tuanku pula meninggalkan pejabat di Jalan Pudu itu, dan Dr Shan yang selalu bersama dalam pertemuan kita pun bertukar juga kerjayanya, maka pertemuan sebagai sahabat itu pun sukar terjadi lagi. Hinggalah kira-kira tiga tahun yang lalu maka sempatlah kita berbual mesra untuk beberapa ketika, selepas Tuanku menyempurnakan pelancaran novel Usman Awang yang dite