PESTA LONDEH ...?

Gambar hiasan diambil dari: oneinchpunch.net


Sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah, sebagai anak kampung, mandi sungai sudah semacam satu kemestian walauapa pun peraturan dan larangan yang ditentukan oleh bapa saya.

Tiga atau empat hari dalam seminggu, pasti akan kami penuhi dengan mandi sungai sebelum pulang ke rumah masing-masing. Bagi memastikan aktiviti ‘haram’ saya kawan-kawan saya tidak dapat dikesan oleh bapa masing-masing, lazimnya kami akan menyalin seluar lain yang disorokan di bawah titi sungai atau memakai kain basahan. Selepas lebih sejam dua berkubang dalam sungai dan mula rasa lapar barulah kami akan bersiap memakai semula pakaian sekolah untuk pulang ke rumah dalam keadaan keletihan, kononnya kerana aktiviti kokurikulum di sekolah.

Aktiviti ini berterusan beberapa ketika sehinggalah berlaku satu kemalangan ketika kami semua ghairah mandi sungai apabila terjunan saya menyebabkan luka di paha kiri saya sehingga merubah warna anak sungai itu kepada warna darah. Kerana tidak dapat dibendung dan hampir pitam akhirnya keluarga saya mendapat tahu mengenai aktiviti haram kami sekian lama.

Pada setiap tahun, apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan Laporan tahunan Ketua Audit Negara. Seperti biasa laporan ini akan mendedahkan pelbagai transakasi pembelian mahupun pembekalan barangan mahupun perkhidmatan pada harga yang luar biasa ‘murah’ walaupun prosedur pembelian melibatkan sebutharga dan tender terbuka!

Setelah beberapa tahun menjadi pengikut setia laporan ini, rasa kagum dan tabik kepada keberanian dan ketelusan Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai kepincangan misalnya pada tahun ini terdapat laporan pembelian anak pokok dengan harga yang dikatakan begitu tinggi berbanding harga pasaran. Kes kes bayaran bagi petrol pada kadar RM300 seliter berbanding harga pasaran tidak pun sampai RM2 seliter, adalah antara contoh-contoh yang dilaporkan.

Seperti biasa selepas sahaja laporan tersiar, pelbagai pihak dari pegawai Kerajaan, Menteri sehinggalah Perdana Menteri akan membuat ulasan dan melahirkan kekecewaan tentang kepincangan ini, mengarahkan siasatan segera, meminta laporan dan sebagainya, soalnya pernahkah kita mendengar tentang sebarang tindakan yang telah diambil, malah tunggulah seminggu atau sebulan dua, maka Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi bahan arkib sehinggalah Laporan berikutnya pada tahun hadapan. Tiada apa salahnya dengan laporan Ketua Audit Negara, yang salahnya ia hanya tinggal sebagai laporan semata-mata. Selamat Pesta Londeh 2010, mungkin patut di masukkan dalam Kalendar Acara Tahunan!

Ulasan

adi berkata…
sinis..............
saripdol berkata…
x pernah dgr ada tindakan pun..
SIS berkata…
sekurang2nya rakyat tahu penyelewengan yg berlaku...setidak2nya ada juga yg berani nak melondeh kelemahan yg ada...rakyat punya telinga dan mata utk buat keputusan...
ustazah berkata…
sewajarnya tindakan diambil, setuju dgn tuan sakat, sekadar me'londeh' tanpa tindakan...
anis berkata…
malaysia Boleh!
anis berkata…
malaysia Boleh!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN