MANA ADABNYA ... ?

Gambar diambil dari Berita Minggu - 25/10/2009,
menunjuk Nabila bersalaman dengan Datin Fatimah Ismail


Ketika membaca ruangan Bi-Pop dalam akhbar Berita Minggu pagi ini, saya agak terganggu, membaca tulisan 'Kak Pora' mengenai Kekasih Baru Syamsul, saya bukanlah seorang yang rajin mengikuti perkembangan Syamsul mahupun Nabila atau ikon industri hiburan negara kita yang lain.

Saya tidak terganggu dengan tulisan itu, tetapi yang menganggu minda saya ialah gambar yang mengiringi tulisan itu. Gambar menunjukkan Nabila yang dikhabarkan kekasih Syamsul sedang bersalaman dengan ibu Syamsul - Datin Fatimah Ismail.

Gambar itu juga tidak menganggu minda saya tetapi cara Nabila bersalam dengan orang yang lebih berusia, berpangkat emak! Ketika Kerajaan sibuk berkempen mengenai budi bahasa, apakah itu potret kesopanan seorang muda kepada orang yang lebih berusia? Kalau sebenarnya Nabila itu lebih beradab atau Bi-Pop tidak mempunyai pilihan gambar yang lain, mungkin saya harus dimaafkan!
Share this article :
 

+ komen + 12 komen

ustazah
25 Oktober 2009 12:46 PTG

sedihnya..

saripdol
25 Oktober 2009 12:52 PTG

kalau aku nak jadik menantu..cancel..hampeh..

kamil
25 Oktober 2009 1:28 PTG

contohi Datin Fatimah yang 'humble' ...belajarlah jadik lebih beradab si Nabila oooi..

25 Oktober 2009 5:20 PTG

kedudukan mereka sepatutnya bertukar...turun saham si nabila tu...awal2 lg dah nampak kepincangan...

anak2 muda dunia moden..dah tak reti berbahasa...salah siapa??..ibu bapa jugak yg disalahkan..

samad
25 Oktober 2009 8:34 PTG

si nabila 2..x reti budi bahasa kot, malang la kalau jadik menantu Datuk YH..

26 Oktober 2009 12:59 PTG

Tabiat kurang membaca dan mendalami sensetiviti budaya menjadikan masyarakat kita tidak sensetif dan bebal adab.

ayumanja
26 Oktober 2009 2:03 PTG

memalu dan meloyakan, perangai orang muda macm nabila..

jamal
26 Oktober 2009 9:17 PTG

ada jugak org Melayu buta adab cam dlm gambar 2..agaknya Melayu baru kot..

kasim
26 Oktober 2009 11:12 PTG

bangsa asing pun tau hormat orang tua..apa punya Melayu x da adat dan adab..

halim
27 Oktober 2009 12:50 PTG

hampeh...

Tanpa Nama
29 Disember 2009 4:31 PTG

tsk tsk. fikiran kamu telah dikaburkan oleh gossip2 ini. mcm mane anda tahu dia tidak bangun masa hendak bagi salam? gambar ni diambik dalam masa satu saat. cukup masa nak bangun dalam masa satu saat itu? jangan memfitnah si nabila ini tidak beradab kalau anda tidak menyaksikan peristiwa ini berlaku secara langsung. bukan semua gambar boleh dipercayai. dan kalau datin fatimah boleh terima nabila sbg menantu tentulah dia adalah seorang yang baik hati dan beradab.

Tanpa Nama
29 Disember 2009 7:16 PTG

Kepada semua yang suka menilai pada gambar diatas...adakah anda semua pasti? dan lebih2 lagi adakah anda berada di situ ketika kejadian salaman itu berlaku? kalau tidak? mengapa membuat andaian yang tidak ada bukti? dan in result, anda rasa anda ada adab? nak menilai nabila macam tu? adakah anda tahu bahawa kata2 anda boleh menyebabkan tekanan pada dia? ya mungkin, betul kata kata" tanpa nama"...kalau betul die tak beradab, sudah pasti perhubungan diantara nabila dan shamsul tidak direstui oleh keluarga mereka.
Tuhan memberi akal untuk berfikir...so Fikir2 lah...jangan mudah percaya pada kata2 orang media....nampak sangat anda semua ni judgemntal.
Hence, keep your judgements and your nasty comments to yourselves. sekian terima kasih.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger