Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

APABILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK BERADAB …

Sekarang ini ialah musim mesyuarat bahagian UMNO, di merata pelusok tanah air, mesyuarat peringkat bahagian dilangsungkan, dan berduyun-duyunlah pemimpin pusat sama ada Pak Menteri atau pemimpin kanan parti dijemput bagi merasmikan mesyuarat bahagian yang berlangsung. Perasmian ini dituruti pula dengan pelbagai cenderahati termasu k omputer peribadi, buah-buahan Malaysia, lukisan catan si pemimpin, atau mungkin juga buku-buku (kalaupun ada). Ini namanya orang beradab, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Adab orang Melayu, jemputan harus dihargai dan dipenuhi (kecuali jika benar-benar ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan). Lain pula ceritanya di mesyuarat bahagian Setiu yang perasmiannya dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan mesyuarat bahagian yang biasa, malah dianggap luar biasa kerana ketidakkadiran (baca:biadap) empat pemimpinnya yang juga ADUN dalam kawasan Parlimen Setiu, malah bukan itu sahaja mereka yang tidak hadir pada mesyuarat

SI DINOSAUR DALAM KEPIMPINAN ....

Imej
Gambar hiasan - mungkin Pos Malaysia patut mengeluarkan setem kenangan dinosaur sebagai pengiktirafan kepada budaya dinosaur dalam masyarkat kita! Sejak saya mula pandai membaca hal-hal yang tersirat saya mula diasak dan merasa rimas dengan dinosaur dalam kepimpinan di negara kita. Saya bukanlah seorang yang mudah membenci seseorang malah sehingga sekarang senarai orang-orang yang saya benci masih belum berisi. Kisah dinosaur dalam kepimpinan bukan perkara baru, namun tahap gaban si dinosaur ini sudah mula merimaskan penduduk sekeliling malah penduduk di kawasan sewaktu dengannya, misalnya seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik terbesar sebuah kaum ketiga besar di negara ini sehingga kini terus-terusan dipimpin oleh dinosaur kepimpinan yang masih tidak sedar tentang kepimpinan yang telah menjadi dinosaur, sehingga memaksa penggunaan GAS pemedih mata. Saya tidak mungkin terperanjat jika dinosaur ini bakal ditembak jika memudaratkan keselamatan dan keharmonian penduduk kamp

SI PEMBUAT PARANG, SI PEMILIK PREMIS & SI KITOL ...

Imej
Siang Masang tekun menempa parang ilang di pondoknya di Long Jekitan, Ulu Baram, kira-kira sembilan jam perjalanan dari Miri - Gambar hiasan dari Utusan Malaysia Pak Ramlan, Pak Jas, dan Pak Leh tidak mengenali satu sama lain. Mereka juga tidak tahu lokasi satu sama lain, tapi persamaan ketiga-tiga mereka ialah mereka mempunyai kemahiran yang luar biasa dan profession mereka – pembuat parang. Ketiga-tiga mereka jika digabungkan mempunyai pengalaman lebih satu setengah abad! Beribu-ribu parang telah mereka hasilkan sejak menjadi pembuat parang dan telah mempunyai beribu-ribu juga para pembeli dan pelanggan mereka, namun mereka tidak mempunyai pengkalan data pelanggan-pelanggan mereka, malah mereka tidak pernah ambil pusing perihal keperluan dan kegunaan parang yang ditempah mahupun dibeli oleh pelanggan mereka, kerana kerja mereka yang hakiki ialah menghasilkan parang mengikut keperluan pelanggan yang menempahnya. Pak Ramlan, Pak Jas dan Pak Leh tentulah percaya ada juga pelanggan