SI PEMBUAT PARANG, SI PEMILIK PREMIS & SI KITOL ...

Siang Masang tekun menempa parang ilang di pondoknya di Long Jekitan,
Ulu Baram, kira-kira sembilan jam perjalanan dari Miri - Gambar hiasan dari Utusan Malaysia

Pak Ramlan, Pak Jas, dan Pak Leh tidak mengenali satu sama lain. Mereka juga tidak tahu lokasi satu sama lain, tapi persamaan ketiga-tiga mereka ialah mereka mempunyai kemahiran yang luar biasa dan profession mereka – pembuat parang.

Ketiga-tiga mereka jika digabungkan mempunyai pengalaman lebih satu setengah abad! Beribu-ribu parang telah mereka hasilkan sejak menjadi pembuat parang dan telah mempunyai beribu-ribu juga para pembeli dan pelanggan mereka, namun mereka tidak mempunyai pengkalan data pelanggan-pelanggan mereka, malah mereka tidak pernah ambil pusing perihal keperluan dan kegunaan parang yang ditempah mahupun dibeli oleh pelanggan mereka, kerana kerja mereka yang hakiki ialah menghasilkan parang mengikut keperluan pelanggan yang menempahnya.

Pak Ramlan, Pak Jas dan Pak Leh tentulah percaya ada juga pelanggan mereka menggunakan parang untuk tujuan-tujuan yang kurang murni, malah percaya juga jika parang mereka digunakan untuk tujuan-tujuan jenayah. Tapi seperti perniagaan yang lain, mereka tidak ambil pusing tentang profil pembeli parang buatan mereka.

Tiba-tiba sahaja, telah ada ura-ura bahawa akan ada pindaan undang-undang yang akan mensabitkan mereka sebagai pembuat dan penjual parang jika parang mereka digunakan untuk tujuan jenayah. Pening kepala mereka memikirkan, seperti mahu sahaja mengiklankan di dada akhbar supaya para pembuat parang di seluruh Malaysia bersatu menentang pindaan ini! Ironinya, mereka tidak mempunyai kuasa untuk meminta si pembeli parang ditemuduga dahulu tentang latar belakang si pembeli parang, jika adapun mana mungkin sesiapa sahaja mengaku mahu membeli parang untuk melakukan jenayah.

Kata Pak Ramlan, Pak Jas dan Pak Leh itu bukan tugas mereka, biarlah tugas itu digalas oleh pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia, tetapi juga bukan semata-mata tidak mahu berkerjasama membanteras jenayah di negara ini, bukan-bukan itu maksud mereka, kerana mereka juga adalah warga negara yang prihatin dan sayangkan bumi bertuah ini.

Seperti kisah si penjual parang, ura-ura Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi meminda Akta Hakcipta 1987 yang boleh mensabitkan si pemilik premis yang menyewakan premis mereka bagi tujuan aktiviti cetak rompak. Semalam di dalam akhbar The Star dilaporkan bahawa tujuh persatuan perniagaan dan hartanah menentang usul pindaan ini, kerana menurut mereka tugas pemantauan bagi memastikan si penyewa premis tidak melakukan aktiviti cetak rompak adalah mustahil dan tidak masuk akal.

Soalnya adakah si pemilik premis boleh saban kali menyemak premisnya atau memasuki sesuka hati bagi memastikan premis mereka tidak digunakan untuk tujuan cetak rompak, nampak sangat si Menteri yang bertanggungjawab sekadar melontarkan idea-idea lembab tanpa memikirkan implikasi undang-undang! Si pemilik premis bukan sahaja harus memantau malah akan dipertanggungjawabkan sekiranya premis mereka digunakan bagi tujuan cetak rompak.

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

amendala
1 Julai 2010 11:22 PTG

alahai ..

wanman68
2 Julai 2010 10:17 PTG

kekadang kelakar juga idea pak menteri ni. Pangkat menteri tapi idea kedai kopi.
Sebab itulah banyak idea yang di keluarkan oleh pak menteri bila disergah rakyat, kelam kabut, "ooh.. maaf perkara tersebut sebenarnya masih dalam perbincangan" jawab pak menteri.
Hanya DIA yang Maha berilmu dan mengetahui....

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger