SI DINOSAUR DALAM KEPIMPINAN ....

Gambar hiasan - mungkin Pos Malaysia patut mengeluarkan setem kenangan dinosaur
sebagai pengiktirafan kepada budaya dinosaur dalam masyarkat kita!

Sejak saya mula pandai membaca hal-hal yang tersirat saya mula diasak dan merasa rimas dengan dinosaur dalam kepimpinan di negara kita. Saya bukanlah seorang yang mudah membenci seseorang malah sehingga sekarang senarai orang-orang yang saya benci masih belum berisi.

Kisah dinosaur dalam kepimpinan bukan perkara baru, namun tahap gaban si dinosaur ini sudah mula merimaskan penduduk sekeliling malah penduduk di kawasan sewaktu dengannya, misalnya seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik terbesar sebuah kaum ketiga besar di negara ini sehingga kini terus-terusan dipimpin oleh dinosaur kepimpinan yang masih tidak sedar tentang kepimpinan yang telah menjadi dinosaur, sehingga memaksa penggunaan GAS pemedih mata. Saya tidak mungkin terperanjat jika dinosaur ini bakal ditembak jika memudaratkan keselamatan dan keharmonian penduduk kampung seperti yang dilakukan oleh seorang anggota Rela yang khabarnya mahu didakwa kerana menembak mati seorang harimau yang mengancam keselamatan penduduk sebuah kampung.

Sebuah persatuan yang menjadi teraju kepada persatuan-persatuan penulis-penulis negeri-negeri juga mengalami krisis dinosaur kepimpinan, bayangkan dari tahun demi tahun dinosaur kepimpinan terus-terusan membayangkan untuk terus memberikan kepimpinan dinosaurnya walaupun telah diingat berkali-kali oleh hatta si penulis muda yang kononnya tidak menghargai kepimpinan dinosaurnya. Kepada dinosaur kepimpinan persatuan penulis ini – CUKUP-CUKUPLAH, BERI LALUAN SECARA TERHORMAT ….

Sebuah badan pengawal selia atau mak kepada sekuriti di negara kita pula juga mengalami sindrom dinosaur kepimpinan sehingga akhir-akhir ini mula mengganas sehingga para wartawan dan pelapor tentang urusniaga saham disoalsiasat, sehingga memaksa para wartawan melondehkan pula dinosaur kepimpinan ini.

Nota Kaki: Sebenarnya saya dijangkiti sindrom Dinosaur kerana asyik bermain Dinosaur berbateri milik anak saya yang dibeli di Mydin dengan harga RM9.90!

Ulasan

cucu dinosaur berkata…
setuju ...ramai sangt dinosaur dalam kepimpinan samada yang dilantik mahupun yang minta dilantik..
dinosaur jadian berkata…
ramai yg tak sedar diri..dunia kita pergi kubur kata mari masih nak pimpin lagi..
wanman68 berkata…
Sebab mereka dinosaur le, mereka tak sedar diri atau buat-buat tak sedar. sapa berani kacau, silap-silap kena ngap.
Kita yang kecil ni kena bersatu padu, baru dinosaur takut. ini tidak yang kecil pun hancur lebur.
Hanya DIA yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa....
NASSURY IBRAHIM berkata…
Agak-agak kita bakal terima nasib seperti dinosaur, tak?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?