APABILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK BERADAB …

Sekarang ini ialah musim mesyuarat bahagian UMNO, di merata pelusok tanah air, mesyuarat peringkat bahagian dilangsungkan, dan berduyun-duyunlah pemimpin pusat sama ada Pak Menteri atau pemimpin kanan parti dijemput bagi merasmikan mesyuarat bahagian yang berlangsung. Perasmian ini dituruti pula dengan pelbagai cenderahati termasu k omputer peribadi, buah-buahan Malaysia, lukisan catan si pemimpin, atau mungkin juga buku-buku (kalaupun ada). Ini namanya orang beradab, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Adab orang Melayu, jemputan harus dihargai dan dipenuhi (kecuali jika benar-benar ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan).

Lain pula ceritanya di mesyuarat bahagian Setiu yang perasmiannya dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan mesyuarat bahagian yang biasa, malah dianggap luar biasa kerana ketidakkadiran (baca:biadap) empat pemimpinnya yang juga ADUN dalam kawasan Parlimen Setiu, malah bukan itu sahaja mereka yang tidak hadir pada mesyuarat bahagian tersebut ialah orang yang berjawatan bukan ahli biasa: Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian, dan juga tidak ketinggalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Mungkin mereka punya alas an tersendiri mengapa tidak dapat hadir ke mesyuarat bahagian pada masa dan tarikh yang tersebut, tetapi apabila tetamu mereka ialah Timbalan Presiden parti dan TImbalan Perdana Menteri maka ketidakhadiran mereka mungkin dianggap biadap. Jika inilah contoh pemimpin yang tidak hadir ke mesyuarat UMNO Bahagiannya (jika tanpa alasan yang munasabah) maka saya berpendapat pemilihan mereka ke jawatan parti dan sebagai wakil rakyat adalah satu kesilapan yang besar, mungkin pada PRU yang akan datang, pencalonan mereka wajar dikaji semula, sekurang-kurangnya kita mempunyai pemimpin yang tahu menghormati tetamu dan pemimpin atasan!

Ulasan

sarip dol berkata…
biasalah tuan pemimpin UMNO mmg biadap...
wanman68 berkata…
Kekadang bukan tak hormat boss tapi kalu boss sebelahnya terlebih berat. hok sana yesss, hok sini nanti saya fikir.. bukan kurang ajar tapi kasi ajar lee tu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?