Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

MERDEKA MALAYSIA KU!

Imej
Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh...merdeka merdeka negaraku merdeka. Itulah bait-bait lirik lagu Tanggal 31 yang pernah dipopularkan oleh arwah Sudirman Hj. Arshad. Telah 51 tahun negara ku merdeka. Merdeka ini apalah ertinya jika sekadar laungan tanpa semangat. Merdeka ini apalah ertinya monolog tanpa penamat. Selepas 51 tahun merdeka kita masih teraba-raba mencari formula perpaduan. Menyatu pelbagai kaum di negara tercinta ini, yang masing dengan ego dan naluri peribadi. Tema perayaan tahun ini ialah: Perpaduan Teras Kejayaan. Selepas mengharungi lebih setengah abad dengan erti merdeka yang pelbagai, negara kita telah melalui pelbagai peristiwa yang manis dan pahit, misalnya peristiwa 13 Mei. Benarlah seperti kata-kata negarawan mencapai kemerdekaan bukanlah mudah tetapi mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara adalah lebih sukar dan mencabar. Kepada semua teman, sahabat dan rakan serta kenalan, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51, semoga kita akan sentiasa dalam keme

CATATAN BILIK 106 - PULAU KUKUP

Imej
Pekan Kukup Jambatan Gantung (30 m) Jeti Pulau Kukup Bermalam di rumah kelong Tanjung Piai Resort, pengalaman tidur di rumah kelong adalah suatu yang menyeronokkan. Saya berkesempatan melawat Pulau Kukup yang merupakan pulau hutan bakau terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Perjalanan dengan bot dari jeti pekan Kukup hanya memakan masa lima minit. Pelbagai tarikan menanti pengunjung di Pulau Kukup terutama bagi mereka yang mahu menyelami alam dan sekitarnya. Antara tarikan di pulau ini ialah jambatan gantung sepanjang 30 meter, flora dan fauna yang begitu mengkagumkan, dan pelbagai jenis spesis bakau serta ketam dengan pelbagai warna. Pekan Kukup juga menjadi tumpuan para pendatang dan pengunjung untuk ke Tanjong Balai di Indonesia. Dalam tahun 1990an, Pulau Kukup menjadi tumpuan para saintis untuk mengkaji biodiversitinya yang kaya dan sistem ekologinya yang unik. Sebagai langkah

CATATAN BILIK 106 - TANJUNG PIAI

Imej
Rumah Kelong di Tanjung Piai Resort Ini batu tanda di Tanjung Piai Penanda Bahagian Terkeselatan Benua Asia Minggu lepas saya sempat menghadiri 'Seminar Memperkasa Graduan Pengajian Islam' yang dianjurkan oleh DAMAI di Pontian, Johor Darultakzim. Ketika berada di Pontian, saya tidak melepaskan peluang melawat Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Tanjung Piai terletak lebih kurang 20 km dari bandar Pontian, merupakan bahagian terkeselatan benua Asia (Most Southern Tip of Mainland Asia) yang merupakan penghujung benua. Keunikan Tanjung Piai ialah ianya terpilih sebagai tapak tanah lembab yang tersenarai di Ramsar (Ramsar Site: 1289) . Flora dan fauna yang pelbagai merupakan tarikan di Tanjung Piai di samping pelbagai spesis burung dan pokok bakau. Antara tarikan lain ialah eko-pelancongan, jeti sepanjang 400 meter untuk menikmati alam semulajadi ini. Tempat ini juga merupakan kawasan penghijrahan burung dari lebih 22 spesis. Tanjung Piai dan program pemuliharaan dan pendidikan alam s

UNIVERSITI RAMADHAN

Imej
Ramadhan muncul lagi. Bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah SWT. Ramadhan, bulan pelbagai pertistiwa, turunnya Al-Quran dikhabarkan pada 17 Ramadhan. Perang Badar, Fathul Mekah, Perang Khandaq, Perang Ain Jalut, pembebasan Andalusia, antara peristiwa besar terjadi mewarnai bulan Ramadhan. Begitu Allah SWT menjadikan bulan Ramadhan semulia-mulia bulan. Beribadah satu malam di bulan Ramadhan, nilainya lebih dari seribu bulan. Yang kurang menariknya amalan di bulan Ramadhan bagi umat Islam di negara kita ialah amalan pembaziran dan tuntutan hawa nafsu yang sukar dibendung. Senarionnya: waktu berbuka puasa, meja dipenuhi dengan pelbagai juadah yang dibeli mahupun yang disediakan sendiri semata-mata memenuhi tuntutan nafsu sewaktu menjalani ibadah puasa. Dengan sebab itu akan wujud pula amalan pembaziran, yang harus kita jauhi. InsyaAllah kita di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa pada 1 September 2008 (Isnin). Kepada semua teman, sahabat dan rakan ser

CATATAN DARI BILIK 729 (II)

Imej
YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CPA Persidangan'Small Branches Conferences 2008' Persidangan CPA ke-54 kali ini bertema 'Memperluaskan Peranan Parlimen Dalam Masyarakat Global: Alam Sekitar, Pembangunan dan Keselamatan", dihadiri lebih 800 delegasi dari 57 buah negara Komanwel berlangsung dari 1 - 10 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Topik paling hangat mendapat perhatian dan dibincangkan ialah berhubung krisis makanan global, selain isu perubahan iklim, peningkatan suhu global dan kemusnahan alam sekitar. Apa yang lebih manis dalam persidangan 10 hari ini ialah kejayaan YB Dato' Seri Shafie Apdal terpilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi tempoh tiga tahun, sekali gus membuktikan kewibawaan dan keupayaan ahli Parlimen negara kita di peringkat dunia. Kejayaan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan sistem demokrasi kepimpinan tinggi oleh Mal

CATATAN DARI BILIK 729

Imej
Foto perasmian Persidangan Ahli Parlimen Komanwel ke-54 oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Rasanya dah lama sangat blog ini tidak di'update', bukannya apa kerana hambatan tugas, lebih 2 minggu berumah di bilik 729, Hotel Impiana, Kuala Lumpur. Walaupun hati diasak-asak untuk menjengah blog, nama hambatan dan tuntutan tugas melebihi segalanya. Malah lebih 2 minggu seperti orang 'mabuk' memastikan tanggungjawab yang diamanahkan sempena Persidangan Ahli Parlimen Komanwel Ke-54, di mana, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kali ke-5, selepas menjadi tuan rumah kali kali terakhir pada tahun 1996. Sempena Persidangan tahunan Ahli-ahli Parlimen Komanwel 57 buah negara kali ini, kami diberi amanah untuk menerbitkan buletin harian selama 5 hari persidangan utamanya berlangsung. Dengan tugas penerbitan dan pelaporan setiap hari, walaupun buletin ini hanya mengandungi 8 muka surat A4 sahaja, tanggungjawab bagi memastikan buletin siap dicetak dan