CATATAN DARI BILIK 729 (II)

YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CPA

Persidangan'Small Branches Conferences 2008'

Persidangan CPA ke-54 kali ini bertema 'Memperluaskan Peranan Parlimen Dalam Masyarakat Global: Alam Sekitar, Pembangunan dan Keselamatan", dihadiri lebih 800 delegasi dari 57 buah negara Komanwel berlangsung dari 1 - 10 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Topik paling hangat mendapat perhatian dan dibincangkan ialah berhubung krisis makanan global, selain isu perubahan iklim, peningkatan suhu global dan kemusnahan alam sekitar.

Apa yang lebih manis dalam persidangan 10 hari ini ialah kejayaan YB Dato' Seri Shafie Apdal terpilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi tempoh tiga tahun, sekali gus membuktikan kewibawaan dan keupayaan ahli Parlimen negara kita di peringkat dunia. Kejayaan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan sistem demokrasi kepimpinan tinggi oleh Malaysia, di samping sebagai satu sumbangan kecil Malaysia kepada masyarakat Komanwel. Syabas Datuk!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ello..ergi mana..lama x update ni..ilang ke..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?