UNIVERSITI RAMADHAN


Ramadhan muncul lagi. Bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah SWT. Ramadhan, bulan pelbagai pertistiwa, turunnya Al-Quran dikhabarkan pada 17 Ramadhan. Perang Badar, Fathul Mekah, Perang Khandaq, Perang Ain Jalut, pembebasan Andalusia, antara peristiwa besar terjadi mewarnai bulan Ramadhan. Begitu Allah SWT menjadikan bulan Ramadhan semulia-mulia bulan. Beribadah satu malam di bulan Ramadhan, nilainya lebih dari seribu bulan.

Yang kurang menariknya amalan di bulan Ramadhan bagi umat Islam di negara kita ialah amalan pembaziran dan tuntutan hawa nafsu yang sukar dibendung. Senarionnya: waktu berbuka puasa, meja dipenuhi dengan pelbagai juadah yang dibeli mahupun yang disediakan sendiri semata-mata memenuhi tuntutan nafsu sewaktu menjalani ibadah puasa.

Dengan sebab itu akan wujud pula amalan pembaziran, yang harus kita jauhi. InsyaAllah kita di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa pada 1 September 2008 (Isnin). Kepada semua teman, sahabat dan rakan serta kenalan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga kita akan mencapai puasa yang tertinggi tingkat dan amalannya. InsyaAllah. Amin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah..kerana mengambil pendekatan yg pragmatik terhadap keberkatan Ramadhan..
Tanpa Nama berkata…
Moga ibadah ramadhan kita akan mendapat anugerah Allah SWT semakburnya...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?