Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

BISNES ALA SENTUH & PERGI!

Imej
Jika di Korea dihimpunkan para penduduknya yang bekerja dalam sebuah dewan dan dibaling 10 biji batu, nescaya 8 daripadanya akan mengenai jurutera.   Begitulah ramainya rakyat Korea berkerjaya jurutera. Di Malaysia pula dewasa ini jika dikumpulkan penduduknya dalam sebuah dewan, hatta dua pertiga dari mereka adalah pengguna kad pintar Touch n’ Go! Manakala selebihnya sungguhpun tidak menggunakan secara aktif, namun sedar kewujudannya.  Begitulah berpengaruhnya Touch n’ Go di Malaysia.  Apa tidaknya, aplikasi Touch n’ Go juga terdapat dalam MyKad yang dimiliki rakyat Malaysia. Dengan hampir 6 juta pengguna kad Touch n’ Go di negara kita , amatlah sukar untuk menafikan penggunaannya dalam kehidupan seharian kita.  Anehnya, keghairahan yang ditunjukkan rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna Touch n’ Go tidak begitu dikongsi oleh pengendalinya.  Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila berusaha untuk menambah nilai dan mengemaskini kad saya di KL Sentral. Bayangk

KALAU MEMANG REZEKI, TIDAK AKAN KE MANA …

Kemelut jawatan Menter Besar Selangor telah berakhir dengan sumpah dan akujanji oleh Mohamed Azmin Ali yang diperkenan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar yang ke-15.  Anehnya inilah Timbalan Presiden PKR yang tidak dicalonkan oleh partinya, malah bersungguh-sungguh ‘mempromosikan’ Presiden mereka. Nama Azmin Ali bukanlah asing bagi jawatan Menteri Besar Selangor, malah ketika PKR mendapat mandat di Selangor salah satu nama yang muncul dalam persaingan jawatan MB ketika itu adalah Azmin Ali.  Malah selepas Pilihanraya Umum ke-13, nama Azmin Ali juga muncul namun mungkin belum rezekinya, jawatan itu terus dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selepas persetujuan dalam PKR. Selepas itu, Langkah Kajang digerakkan sebagai usaha mengangkat Ketua Umum PKR sebagai MB, namun disebabkan oleh kes mahkamah, hasrat itu tidak menjadi dan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan disandang oleh Presiden PKR.  Selepas kemenangan di Kajang, langkah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menter

MB SELANGOR: SIAPA JADI PILIHAN?

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah berlarutan sekian lama bakal berakhir dengan perlantikan MB yang baru pada hari Selasa nanti.  Khabarnya Istana Selangor telah mengedarkan kad jemputan bagi majlis yang dijangka diadakan pada pagi 23 September 2014. Tiada siapa pun tahu siapakah yang bakal diperkenan oleh Sultan Selangor bagi memegang tampuk pemerintahan negeri termaju itu. Beberapa nama timbul sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, antaranya yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat khususnya, PKR yang mencalonkan Presiden mereka, Datin Seri Dr. Wan Azizah.  Rakan sekutu mereka DAP juga mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah, manakala PAS walaupun menjadi sebahagian dari Pakatan telah memilih untuk tidak mencalonkan Datin Seri Dr.  Wan Azizah. Khabarnya PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan beberapa nama daripada kalangan PAS sendiri, namun hal ini tidak dapat disahihkan. Jawatan Menteri Besar Selangor

NAMA BARU, TUAH BARU!

Ketika zaman kanak-kanak, ada beberapa sahabat saya yang selepas beberapa ketika nama mereka diubah (walaupun tiada perubahan dalam sijil kelahiran mereka).  Malah mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, perubahan nama sering dikaitkan dengan aspek penyembuhan daripada sesuatu penyakit. Sama ada kepercayaan ini benar atau sekadar mitos, tidak pernah dikaji secara klinikal, namun selepas perubahan nama, sahabat saya beransur pulih daripada sakitnya.  Walaupun dalam urusan rasmi dia menggunakan nama dalam sijil kelahirannya, namun nama yang diubah lebih dikenali.  Malah selepas dua dekad, ketika saya bertanyakan nama betulnya kepada orang di kampungnya, tiada siapa yang dapat mengingati kecuali apabila dinyatakan nama ‘baru’nya! Selepas dua insiden melibatkan pesawat MAS, kesihatan syarikat penerbangan nasional itu agak tenat.  Tambahan pula, sebelum itu pun prestasi MAS tidak begitu memberangsangkan.  Apabila Khazanah Nasional mengumumkan pelan penstrukturan MAS yang melibatka

PETRONAS PAYUNG & PAYUNG PETRONAS

Imej
Saya secara peribadi jarang mengisi di stesen minyak nasional – PETRONAS, kerana pengalaman peribadi bagaimana perkhidmatan pelanggan yang mengecewakan di stesen minyak tersebut.  Malah amat jarang mengunjungi stesen tersebut kecuali dalam keadaan terdesak. Namun begitu bermula awal Julai lalu, saya kembali mengunjungi stesen Petronas, kerana anak sulong saya membuat kerja sambilan di stesen Petronas berhampiran kediaman kami.  Saya kadang-kadang terpaksa mengambilnya selepas selesai waktu kerja pada waktu malam atau kerana anak saya juga sudah boleh memandu kereta sendiri, maka stesen Petronas menjadi kunjungan kami semula. Selepas beberapa minggu menjadi pengunjung stesen minyak Petronas, satu kempen payung pun bermula pada 20 Julai 2014 di mana para pembeli minyak petrol di stesen PETRONAS berpeluang mendapatkan payung edisi terhad mereka. Dengan setiap isian RM20, satu cop akan diberikan.  Nanti dulu, proses untuk mendapatkan copnya pula agak mengelirukan.  Anda ke