Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

DAWAMA OH DAWAMA ...

Imej
Beberapa ketika dahulu ketika program sambutan 56 Tahun DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka, ada pandangan yang mengatakan bahwa DBP kini seumpama pesakit kanser tahap tiga, perlukan rawatan yang begitu rapi dan sistematik jika tidak boleh mati. Sebenarnya kanser DBP adalah disebabkan oleh ketumbuhan yang perlu dibuang. Ketumbuhan yang menjangkiti DBP sebenarnya adalah Dawama. Dawama adalah hasil penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP, sehingga Dawama diberi hak eksklusif mencetak dan memasarkan buku serta majalah DBP berkuatkuasa 1 September 2002, dengan konsesi selama 12 tahun. Hari ini secara eksklusif akhbar Berita Minggu melaporkan bahawa DBP terpaksa mengambil alih proses menerbitkan buku teks bagi kegunaan pada tahun hadapan, kerana tidak mahu menjejaskan pengagihan buku teks di sekolah-sekolah apabila sesi persekolahan bermula pada awal tahun nanti. Kisah Dawama dan kegagalannya memenuhi aspirasi mandatnya telah banyak diperkatakan. Malah telah juga ada

RAMADAN DATANG LAGI

Seingat saya seperti baru sahaja menyambut Ramadan, benarlah masa berlalu begitu pantas, Ramadan datang lagi. Sembahyang terawih, moreh, bazaar Ramadan, gelagat anak-anak kecil menjalani ibadah puasa memang meruntun naluri Ramadan saya. Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bakal melayari bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan sebagai manifestasi terhadap mengingati dan merasakan penderitaan orang lain . Sejak saya kecil Ramadan akan menjadi bulan yang paling meriah dan diingati bukan kerana selepas sebulan berpuasa kita bakal merayakan Hari Raya Aidil Fitri, bukan malah bagi saya sewaktu kecil kemeriahan bulan puasa adalah jauh lebih meriah daripada sambutan Hari Raya. Sebenarnya sejak saya mula mengenali Ramadan, saya sangat teruja terutama sewaktu kecil ialah mengikuti ayah saya ke surau bagi melaksanakan sembahyang terawih walaupun sebenarnya saya dan seorang abang saya hanyalah sebagai peneman ayah saya. Juadah moreh seusai sembahyang terawih itulah sebenarnya yan

SELAMAT DATANG AMANAH ...

Imej
Semalam sebuah lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dilancarkan. Saya tidak mempunyai statistik yang tepat bilangan NGO di negara ini, tetapi saya kira tentulah bilangannya mencapai puluhan ribu. Malah saya percaya setiap rakyat Malaysia yang dewasa sekurang-kurangnya menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya dua buah NGO sepanjang hayat mereka. Seperti saya sendiri, menganggotai dua buah NGO – Persatuan Editor Malaysia dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia secara aktif. Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya Amanah diterajui oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan. Amanah meletakkan kebenaran sebagai asas penubuhannya. Apa yang menarik yang diungkapkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah ketika majlis pelancaran Amanah amat menuntut pemahaman oleh para pemimpin di negara kita – “Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau “model” negara yang penduduk pelbagai

PASCA BERSIH

Imej
Perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH selesai sudah. Perhimpuan 9 Julai yang diuar-uarkan sejak beberapa bulan yang lalu dengan menggariskan tuntutan 8 perkara berhubung perjalanan Pilihanraya di negara kita sudah menemui noktahnya. Perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH ialah yang kedua kalinya diadakan selepas siri pertama pada 2007. Memanglah ajal dan maut ketentuan Allah SWT, namun perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH pada kali ini menyaksikan satu kematian dari kalangan yang menyertainya. Baharuddin Ahmad seorang aktivis PAS dikhabarkan terjatuh dan pengsan selepas disembur gas pemedih mata ketika berkumpul di KLCC. Beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal kemudiannya. Pelbagai insiden mewarnai perhimpunan aman ‘haram’ BERSIH pada kali ini. Kesesakan luar biasa akibat sekatan polis di pelbagai lokasi yang menghala ke pusat bandar menyebabkan ramai pengguna jalanraya yang terperangkap untuk beberapa jam. Saya juga terperangkap dalam perjalanan dari K

PERJALANAN MUIN ...

Imej
(Berita muka depan Harian Metro - Jan 2001) Kita sering mendengar seseorang itu berkahwin lebih dari satu mungkin dua, tiga atau empat seperti yang dilakukan oleh pelawak terkenal, Salih Yaakub. Perkahwinan lebih dari satu mungkin berlaku selepas beberapa ketika. Namun apabila ada persandingan dengan dua isteri diadakan serentak pada satu hari, tentulah dianggap luar biasa. Itulah yang saya temui pada hari ini, Abdul Muin Hamid pernah menggemparkan negara kita apabila dilaporkan bersanding serentak dengan dua orang isterinya pada tahun 2001. Itu cerita lebih sedekad yang lalu. Hari ini ketika saya menemani seorang teman saya menemui beliau untuk suatu urusan peribadi, saya tidak menyangka akan menemui lelaki ini yang pernah menimbulkan kegemparan dengan peristiwa bersanding serentak dengan dua isterinya. Kisah persandingan serentak Abdul Muin Hamid dengan isterinya memang mengujakan, malah akhbar-akhbar ketika itu khabarnya berebut-rebut bagi mendapatkan berita sensas

KERJA TUHAN ...

Saya jarang mahu memperkatakan tentang diri saya. Ini kerana tidak ada banyak yang boleh diperkatakan pun. Satu lagi ialah kerana saya tidak mahu mencanang diri, meminjam kata SN/SR A. Samad Said – canang peribadi canang angkuh, itulah yang sebenarnya mahu saya elakkan. Pada pertengahan minggu ini ketika menemani Pak Samad yang tiba-tiba menjadi begitu dikenali oleh orang di luar lingkungan sastera dan budaya kerana peristiwa beliau menjadi tetamu pihak polis. Kisah bagaimana Pak Samad menjadi tetamu pihak polis pada 27 Jun yang lalu dan kemudiannya pihak Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) mengadakan sidang akhbar di pentas aktiviti Pesta Buku Selangor 2011 yang sedang berlangsung sehingga Ahad nanti, menjadi begitu mengharukan. Pak Samad dipanggil oleh pihak polis kerana membacakan sajak Unggun Bersih (yang dilabel oleh polis sebagai menghasut). Ironinya sajak Unggun Bersih mengungkapkan kisah Parti Teh Boston yang dirakam sejarahnya pada tahun 1773. Sambil