RAMADAN DATANG LAGI

Seingat saya seperti baru sahaja menyambut Ramadan, benarlah masa berlalu begitu pantas, Ramadan datang lagi. Sembahyang terawih, moreh, bazaar Ramadan, gelagat anak-anak kecil menjalani ibadah puasa memang meruntun naluri Ramadan saya.

Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bakal melayari bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan sebagai manifestasi terhadap mengingati dan merasakan penderitaan orang lain. Sejak saya kecil Ramadan akan menjadi bulan yang paling meriah dan diingati bukan kerana selepas sebulan berpuasa kita bakal merayakan Hari Raya Aidil Fitri, bukan malah bagi saya sewaktu kecil kemeriahan bulan puasa adalah jauh lebih meriah daripada sambutan Hari Raya.

Sebenarnya sejak saya mula mengenali Ramadan, saya sangat teruja terutama sewaktu kecil ialah mengikuti ayah saya ke surau bagi melaksanakan sembahyang terawih walaupun sebenarnya saya dan seorang abang saya hanyalah sebagai peneman ayah saya. Juadah moreh seusai sembahyang terawih itulah sebenarnya yang amat mengujakan. Itu ketika saya masih kecil dan masih bersama arwah ayah saya.

Ramadan setelah dewasa dan mempunyai anak-anak jauh lebih mencabar dengan persiapan menjelang Aidil Fitri. Malah beberapa tahun lepas ketika sebelum berhijrah di kediaman saya sekarang, saya sekeluarga beberapa tahun menjadi tetamu berbuka puasa di Dewan Perdana Felda kerana dijemput atas urusan rasmi. Bayangkan saban hari berbuka seperti tetamu kenamaan sepanjang Ramadan. Itulah kenangan manis saya sekeluarga menjalani Ramadan. Kini Ramadan, dengan dua putera saya menjadi penghuni asrama memang memilukan, terfikir bagaimana kedua anak saya mengharungi amalan bersahur dan berbuka puasa di kalangan teman-teman sahaja.

Walauapapun Ramadan menjengah lagi, inilah masa terbaik meningkatkan amalan sepanjang Ramadan sebagai bulan keberkatan dan pengampunan. Selamat berpuasa!

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

siti
31 Julai 2011 6:49 PTG

Selamat mejalani ibadah puasa...

5 Ogos 2011 1:01 PTG

selamat menyambut bulan penuh keberkatan

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger