SELAMAT DATANG AMANAH ...


Semalam sebuah lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dilancarkan. Saya tidak mempunyai statistik yang tepat bilangan NGO di negara ini, tetapi saya kira tentulah bilangannya mencapai puluhan ribu. Malah saya percaya setiap rakyat Malaysia yang dewasa sekurang-kurangnya menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya dua buah NGO sepanjang hayat mereka. Seperti saya sendiri, menganggotai dua buah NGO – Persatuan Editor Malaysia dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia secara aktif.

Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya Amanah diterajui oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan. Amanah meletakkan kebenaran sebagai asas penubuhannya.

Apa yang menarik yang diungkapkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah ketika majlis pelancaran Amanah amat menuntut pemahaman oleh para pemimpin di negara kita –

“Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau “model” negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya.

Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi - sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari — tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar”

Amanah selain diterajui oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, ia turut mempunyai 6 orang Timbalan Presiden dan 6 orang Naib Presiden melibatkan bekas Menteri, Ahli Parlimen dan mantan pemimpin parti politik.

Walaupun pada tanggapan saya Amanah mungkin hanya salah satu daripada ribuan NGO di negara kita, harapannya amanah yang digalas sebagai suara menuntut kebenaran, keadilan dan rasa timbang rasa melalui perpaduan kaum di negara ini tidak akan dikecewakan oleh politik dalaman murahan atau bertukar menjadi medan mencapai agenda peribadi!

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

sarip dol
24 Julai 2011 10:06 PG

salam tuan, apabila org politik yg masih aktif menubuhkan ngok maknanya dia sudah tidak mempercayai partinya sendiri hahaha ...

anep
24 Julai 2011 8:12 PTG

apa agak tujuan amanah ngan org2 politik, nak rasa jd presiden agaknya KU li tu...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger