Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

MENTERI TAK PAYAHLAH MINTA LAPORAN, TURUNLAH PADANG!

Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan pasca Pilihanraya Umum ke-14, saya sedikit terganggu.Saya tidak sangat kisah mengenai janji manifesto yang tidak dipenuhi, kerana khabarnya bukan kitab suci, begitu juga apabila presiden parti menegaskan ‘dia tidak akan meminta maaf’ pada rakyat.Saya tidak sangat terkesan dengan perkara-perkara semacam itu.
Yang menggangu saya adalah perihal menteri yang ‘meminta laporan’ mengenai sesuatu keadaan.Yang terbaru adalah Menteri Pendidikan, yang meminta laporan mengenai keadaan sekolah sukan, SMK Seri Titiwangsa yang dilaporkan oleh akhbar sebagai daif daripada segi kemudahan latihan dan penginapannya.
Hal tersebut telah pun dilaporkan dalam akhbar, rakyat telah pun mengetahuinya, malah ibu bapa para pelajar yang terlibat tentu juga lebih akur mengenainya kerana tentulah dikongsi bersama oleh anak-anak mereka.
Setelah semua hal itu, apa perlunya Menteri meminta laporan, bukankah lebih baik Menteri membuat lawatan mengejut (spotc…