Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

OPEN LETTER TO THE SECRETARY GENERAL OF THE UNITED NATION

July , 30 th , 2014

HE Mr Ban Ki Moon
Secretary General
The United Nations.

Dear sir ,

MR . BAN KI MOON , DON'T JUST ANNOUNCE , GO TO GAZA NOW !

Mr Ban Ki Moon , you are suppose to represent the voice of the international community for justice , peace and equality , key concepts in the UN Charter  . Particularly voices of those that are vulnerable to suppression and violation of international law by regimes that have no respect for international justice.

Now , as we write this letter to you , the repeated case of Israeli aggression on civilians are most glaringly perpetuated in the on going Gaza massacre by the so call Israeli Operation Protective Edge.

Are you not aware that Israel has been arrogantly neglecting calls to stop its inhumane attack on Gaza. We are convince that you are fully aware of the rogue nature of Israel as an occupation force and how it is immune to any international law and UN resolutions. Justice and protection of civilians rights are only applicable to the…

ADAKAH BARAT MENGHORMATI ISLAM?

Sama ada kita sedar atau tidak bilangan populasi umat Islam sentiasa bertambah saban hari.  Di negara-negara barat pun ada para penduduknya saban hari menjadi saudara baru Islam.  Ini bukanlah sesuatu yang direka-reka namun fakta yang sering tidak digembar-gemburkan (downplay), satu lagi helah barat untuk tidak menonjolkan kebangkitan Islam.
Selepas lebih 1400 tahun Islam berkembang, kegusaran barat terhadap kuasa Islam memang tidak dapat diredakan.  Malah sejak akhir-akhir ini lebih menonjol apabila umat Islam terus diperlekeh sama ada secara sedar atau tidak.
Di Malaysia, sebagai sebuah negara yang Islam merupakan agama rasminya, toleransi agama memang agak tinggi, walaupun pertikaian mengenai rasis terkadang juga menjadi isu.  Kita tidak lagi pernah mendengar bagaimana isu antara agama berakhir dalam keadaan yang tragis. 
Malah beberapa tahun dahulu ketika isu ‘paria’ dalam novel SN Datuk Abdullah Hussain, Interlok diperkatakan banyak pihak, pihak kerajaan mengambil jalan yang tidak …

SAYANG PARTI ATAU SAYANG BINI?

Saya tidak pernah merasa begitul mual, hatta ketika dipaksa menelan ubat sewaktu tahap kesihatan saya tidak begitu memuaskan.
Tetapi akhir-akhir ini rasa mual saya kepada ketua pembangkang menjadi sangat tidak tertahan.  Puncanya adalah isu untuk menukar MB Selangor pada masa ini kepada calon yang lain, apatah lagi calon yang diketengahkan dalam projek Langkah Kajang ketika pilihanraya kecil terpaksa di Kajang tempohari.
Adakah salah satu piagam pelanggan seorang Menteri Besar adalah memberi khidmat khusus kepada parti, ahli parti atau rakyat negeri yang beliau menjadi Menteri Besarnya.
Ramai yang mempertikaikan usaha PKR untuk menggantikan kerusi MB kepada calon lain iaitu ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah yang bakal diketengahkan sebagai calon MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tidak pasti apakah alasan yang bakal dikemukakan oleh PKR pada kali ini, walaupun DAP salah seorang rakan sekutu mereka tidak banyak bunyi atas dasar menghormati kesepakatan, namun lain pula dengan PAS. 
Pi…

SALAM AIDIL FITRI

Mohamed Nasser Mohamed yang dikasihi,

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah.

Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.

Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.

Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagama yang sedan…

TIADANYA KEBEBASAN AKADEMIK DAN BOBROKNYA DUNIA AKADEMIK DI MALAYSIA

TIADANYA KEBEBASAN AKADEMIK DAN BOBROKNYA DUNIA AKADEMIK DI MALAYSIA July 16, 2014 · oleh Dr Shaharir Mohamad Zain · dalam Makalah Ringkasnya, kebebasan akademik ialah kebebasan penyelidikan, pengajaran-pendidikan dan penyuaraan (lisan atau tulisan) bisikan qalbu kecendekiawanan. Kebebasan ini terhakis sejak 1970-an dahulu sehingga kini tinggallah kerak-keraknya yang tipis sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku? Kakitangan akademik universiti awam di Malaysia sejak tahun 1974, menerusi penyemakan skema perkhidmatan baharu universiti di bawah Laporan Harun, diiktiraf sebagai kakitangan perkhidmatan awam kategori badan berkanun. Sejak itu jugalah kakitangan akademik terpaksa menerima skema perkhidmatan yang serupa dengan yang dinikmati oleh kakitangan awam, walaupun banyaklah penyetaraan ahli akademik dengan pegawai perkhidmatan awam itu yang tidak sesuai. Satu daripada yang paling tidak sesuainya ialah dipaksanya pemakaian “Perintah Am” kepada ahli akademik sedangkan peraturan yang terkandun…

GAZA MESTI DIPERTAHANKAN, PALESTIN MESTI DIBEBASKAN DAN ISRAEL MESTI DIHUKUM

Kami, organisasi dan individu yang bertandatangan di bawah, menyatakan kutukan keras kami kepada keganasan tentera Israel Occupation Force (IOF) keatas Gaza. Pembunuhan rakyat Palestin di Gaza sejak serangan itu dilancarkan pada hari Selasa , 8 hb Julai 2014 yang lalu adalah pengulangan  serangan tentera Israel pada 2008/2009 dan 2012. Serangan yang diberi nama oleh IOF itu  sebagai Operation Protective Edge telah diumumkan akan menjadi operasi ketenteraan yang akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Sangat malang ketika seluruh dunia memberi perhatian sepenuhnya kepada Piala Dunia FIFA di Brazil , masyarakat dunia berdiri kaku bila setakat 12 hb Julai lebih 100 orang, termasuk  kanak-kanak terbunuh dan lebih 800 orang cedera , 300 rumah kediaman musnah dan 1000 rumah rumah rosak  dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza …

MESIN JUDI, BUKAN CERITA BARU!

Kisah mesin judi yang menjadi isu utama dan iltizam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang baru.  Malah jika ianya adalah gossip, bolehlah diibaratkan sebagai gossip yang basi.
Mesin judi telah menular di negara kita khususnya di bandar-bandar besar dan juga pekan-pekan kecil sejak awal tahun 90an.
Ironinya perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini dipelopori oleh kaum Cina dan pelanggan terbesarnya adalah kaum Melayu.  Ini bukanlah andaian namun adalah realiti.  Malah ada juga dakwaan bagaimana perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini dinaungi oleh ‘bapa angkat’ daripada kalangan penguatkuasa sama ada polis atau pun pihak berkuasa tempatan.
Pernah terdapat sebuah laporan sebuah akhbar yang mendedahkan bagaimana perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini beroperasi seolah-olah sebuah perusahaan yang halal hanya beberapa ratus meter daripada sebuah pondok polis.  Malah senario lambakan mesin judi di pekarangan balai polis juga bukanlah sesuatu yang asing, misalnya di …

KUASA WANG

Rupanya masih segar lagi tanggapan umum terhadap wang.  Biarpun aksiom ‘wang bukan segala’ sering dilaungkan namun manusia masih menjadi hamba wang.  Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila membaca hasrat kerajaan Johor untuk mengenakan bayaran RM0.30 kepada pemaju bagi setiap kaki persegi tanah yang ditambak di negeri itu.
Khabarnya wang tersebut akan dikembalikan kepada nelayan yang terjejas pendapatan mereka kerana aktiviti penambakan tersebut.  Agaknya pemimpin alaf baru dan berfikiran aras tinggi tidak menyedari implikasi penambakan tanah yang akan menjejaskan alam sekitar apatah lagi menjejaskan sistem ekologi dan pendapatan para nelayan.
Betullah pendapatan para nelayan boleh digantikan dengan wang yang dikutip melalui peraturan tersebut, tetapi akan samakah alam sekitar selepas aktiviti galakan penambakan seperti itu. 
Bukanlah bermakna bahawa tulisan ini menentang pembangunan khususnya di Iskandar Malaysia, namun sebagai sebuah kerajaan yang berakauntabiliti, tanggungj…

PERLU APA TUKAR MB SELANGOR?

Sejak pilihanraya kecil ‘dipaksa’ di Kajang pada penghujung Mac yang lalu, kerusi Menteri Besar Selangor seperti diasak-asak untuk dikosongkan oleh penyandangnya sekarang.  Pilihanraya kecil Kajang yang diberikan jolokan ‘Langkah Kajang’ khabarnya adalah untuk mengukuhkan parti PKR.  Namun lain pula ceritanya selepas parti itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang.
Selepas beberpa bulan pilihanraya kecil tersebut berlangsung dan dimenangi oleh Presiden parti PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, cerita panas kerusi MB muncul kembali.   Strategi awal adalah untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak kesampaian kerana masalah teknikal berhubung kes mahkamah beliau.
Kerusi MB Selangor kini menjadi kerusi panas, apa tidaknya saban hari ada sahaja berita mengenai kerusi MB negeri termaju di Malaysia ini.  Malah telah ada usaha-usaha terang-terangan yang mahu MB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berundur.
Walaupun MB gagal mempertahankan kedudukannya di peringkat bahagi…

SISI LAIN PASCA KEMELESETAN DALAM THE ROVER

Imej
Lumrah manusia akan berperang dengan alam untuk terus hidup ketika mengalami kemelesatan.Selepas sedekad melepasi era kemelesetan, naluri kemanusiaan tetap utuh dalam diri walaupun beliau berseorangan dan tidak punya apa-apa lagi untuk hilang kecuali keretanya yang mempunyai satu-satu ‘khazanah’nya.
Itu intipati filem The Rover arahan David Michod yang menggarap The Animal Kingdom sebelum ini.
The Rover mengambil latar di pedalaman Australia pasca kemelesatan lebih sedekad lampau.  Benua Australia menjadi tumpuan khususnya sektor perlombongan untuk kelangsungan hidup. 

Eric (Guy Pierce) yang kehilangan segala miliknya dan telah membunuh isterinya yang curang, menjadi sangat marah apabila keretanya yang merupakan satu-satunya harta yang tinggal dilarikan oleh kumpulan perompak yang kereta mereka ditinggalkan apabila terbabas.
The Rover yang turut dibintang oleh Robert Pattinson yang membawakan watak Rey, lelaki naif Amerika Selatan yang ditinggalkan oleh kumpulan perompak termasuk abangny…

YANG KEBAL, YANG BEBAL

Ketika zaman kanak-kanak saya, kisah-kisah kekebalan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.  Tambahan pula jika ada teman-teman saya yang mengaku menyaksikan sendiri perlakuan ketika mengikuti ibu bapa mereka untuk tujuan perubatan.
Ketika belajar di negeri lain dan pulang sesekali ke kampong halaman dan terpaksa menjadi penghuni Pudu Raya ketika itu, saya juga tidak sunyi daripada kisah-kisah kebal ini.  Apa tidaknya parang yang diasah begitu tajam dan dicuba pada batang pisang yang putus dua dengan sekali libasan.  Namun ketika dicuba pada tangan sipenjual ubat, tiada apa yang berlaku.
Itu kisah kebal ketika zaman lampau saya.  Kini kisah kebal sang diplomat menjadi berita selepas dihadapkan ke mahkamah atas perlakuan jenayah.
Sebenarnya banyak kisah kekebalan sang diplomat yang tidak kita ketahui.  Para diplomat banyak berlindung di balik Konvensyen Geneva 1961 yang mengungkapkan “diplomat adalah diberi jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau penda…

GILA APA?

Sesuai dengan semangat Malaysia Boleh, kita juga tidak sunyi dengan saranan dan pemikiran aras tinggi khususnya daripada para pemimpin.   Terkini adalah saranan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor.
Beliau dilaporkan berkata sedang bercadang untuk melaksanakan hukuman denda kepada pemberi dan peminta sedekah kerana budaya meminta sedekah mencemar imej negara.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing”.
Ironinya alasan yang digunakan oleh menteri berfikiran aras tinggi ini adalah bahawa kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.  Bukankah telah sedia ada hukuman kepada warga asing yang memasuki negara ini, atau adakah mereka ini pendatang asing tanpa izin.  Jika apa pun sebenarnya saranan menteri berfikiran aras tinggi ini sebenarnya menampakkan kelemahan agensi penguatkuasaan khususnya terhadap warga asing.
Amalan bersedekah adalah amalan m…

KITA TIDAK MELINDUNGI…?

Seluruh rakyat Malaysia termasuk saya terpegun dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang dipetik sebagai berkata “jangan fikir hanya kerana dia seorang diplomat, dia boleh terlepas hukuman.  Imuniti sebagai seorang diplomat bukan lesen untuk melakukan jenayah”.
Memang tegas dan membanggakan apabila beliau mengungkapkannya.  Namun apa yang lebih menarik adalah jenayah yang khabarnya dilakukan oleh diplomat yang dimaksudkan sebenarnya bukan berlaku semalam atau minggu lepas, ianya berlaku pada 9 Mei hampir tiga bulan yang lalu!
Malah sebahagian media di New Zealand telah pun menamakan diplomat yang dimaksudkan.  Rakyat Malaysia yang difikirkan naif oleh Menteri tidak mengetahui mengenai isu ini sehinggalah baru-baru ini.
Yang lebih menarik adalah bahawa diplomat tersebut telah pun berjaya dihantar pulang oleh Malaysia.  Mengimbas satu lagi insiden yang berlaku kepada pegawai kita yang bertugas di luar negara, tentu ramai masih ingat bagaimana pasangan suami isteri yang ditu…

LARA BAHASAKU LARA

Minggu lepas selepas meneliti satu artikel yang ditulis oleh seorang kolumnis di dalam akhbar Berita Harian, masih saya tertanya apakah tulisan dalam artikel tersebut telah menjadi realiti atau sekadar cadangan seorang akademik.
Tulisan Dr. Teo Kok Seong dari UKM dalam Berita Harian 26 Jun 2014 yang berjudul “Kecekapan Bahasa Melayu Wajib Untuk Kewarganegaraan” memang mengundang persoalan yang bukan sedikit.
Apa tidaknya selepas lebih separuh abad negara mencapai kemerdekaan, kita masih teraba-raba untuk menguatkuasa perihal kecekapan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi kita.
Saya memang mengkagumi kolumnis ini kerana jiwa dan semangat memperjuangkan Bahasa Melayu kadang-kadang dilihat lebih melayu dari melayu.
Memang mudah untuk meletakkan sesuatu asas untuk dilihat sebagai seorang warganegara khususnya di Malaysia.  Amat tragis jika dilihat bukan sahaja ada segelintir rakyat Malaysia yang gagal berbahasa Melayu dengan baik, dan yang amat memeranjatkan adalah bahawa kadang-kadang k…