SAYANG PARTI ATAU SAYANG BINI?


Saya tidak pernah merasa begitul mual, hatta ketika dipaksa menelan ubat sewaktu tahap kesihatan saya tidak begitu memuaskan.

Tetapi akhir-akhir ini rasa mual saya kepada ketua pembangkang menjadi sangat tidak tertahan.  Puncanya adalah isu untuk menukar MB Selangor pada masa ini kepada calon yang lain, apatah lagi calon yang diketengahkan dalam projek Langkah Kajang ketika pilihanraya kecil terpaksa di Kajang tempohari.

Adakah salah satu piagam pelanggan seorang Menteri Besar adalah memberi khidmat khusus kepada parti, ahli parti atau rakyat negeri yang beliau menjadi Menteri Besarnya.

Ramai yang mempertikaikan usaha PKR untuk menggantikan kerusi MB kepada calon lain iaitu ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah yang bakal diketengahkan sebagai calon MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak pasti apakah alasan yang bakal dikemukakan oleh PKR pada kali ini, walaupun DAP salah seorang rakan sekutu mereka tidak banyak bunyi atas dasar menghormati kesepakatan, namun lain pula dengan PAS. 

Pimpinan tinggi PAS di peringkat pusat dan negeri dikhabarkan seperti tidak senang dengan tindak tanduk PKR (baca: Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menggantikan MB kepada calon yang lain iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Alasan yang diberikan oleh PAS amat mudah, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB tidak nampak sebarang cacat dan celanya setakat ini. 

Langkah Kajang yang dimulai dengan pengunduran ADUN yang diketengahkan ketika Pilihanraya Umum ke-13 telah pun digantikan dengan calon lain yang menjadikan Pilihanraya kecil terpaksa diadakan bagi melayan karenah PKR ini.  Alasan yang dikemukakan ketika Langkah Kajang dahulu adalah bagi mengukuhkan parti, namun lain pula jadinya.

Langkah Kajang yang dirintis sebenarnya telah menjadikan kemelut dalam PKR lebih parah, apatah lagi pacsa pemilihan dalam parti baru-baru ini.

Selain tidak menyenangi usaha menukar MB ini, PAS juga menuntut supaya pertukaran MB ini disokong dengan alasan-alasan kukuh bagi memungkinkan kerusi MB digantikan kepada calon yang lain.

Dalam budaya Melayu, telah banyak contoh bagaimana jika seorang pemimpin diaibkan dengan menukarnya separuh jalan, ini akan lebih memudaratkan partinya.  Apatah lagi MB yang sedang berkhidmat pada masa ini tidak begitu jelas butir-butir kesalahannya kecuali beliau tidak begitu mesra parti.

Jangan lupa insiden Dr. Khir Toyo, Menteri Besar ketika itu memberikan hadiah penyapu kepada seorang YDP Majlis Daerah kerana tidak mencapai tahap kutipan yang diinginkan.  Pasca PRU ke-12, Selangor bukan sahaja hilang negeri kepada pembangkang malah mantan Menteri Besarnya menghadapi pelbagai masalah.

Jika PKR (baca: Datuk Seri Anwar Ibrahim) berjaya menukar MB daripada Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Datin Seri Wan Azizah, maka PKR haruslah bersedia untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada negeri Selangor pada PRU ke-14 nanti, kerana pada masa ini pun telah banyak suara-suara sumbang yang kurang senang dengan tindak-tanduk PKR pada masa ini.

Mungkin selepas ini, Datuk Seri Noh Omar bolehlah berlatih untuk menjadi MB atau MB in the making bagi negeri Selangor, kerana kemelut dalaman PKR dan usaha untuk menukar MB akan menjadi bonus dan memudahkan BN Selangor kembali menguasai negeri termaju di Malaysia ini.

Ulasan

SIS berkata…
betul tn ks...sokong sgt..bila bini DSAB yg jadi MB selangor jawabnya PRU-14 akan dtg akan beri jln mudah Selangor bertukar tgn...
SIS berkata…
tak sayang parti dan tak sayang bini...bini asyik jd kambing hitam utk kepentingan diri sendiri je...kesian Dr Wan Azizah ( yg baik sgt2)

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?