Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

BAJET TALIAN HAYAT?

Belanjawan 2013 telah selamat dibentangkan pada Jumaat yang lepas.   Pelbagai insentif baru kepada rakyat telah diperkenalkan dalam belanjawan ini. Apa yang menarik mengenai pembentangan pada kali ini adalah apa sahaja yang diumumkan oleh pihak Kerajaan akan dilihat sebagai umpan pilihanraya sama ada disukai atau tidak. Menariknya adalah pembukaan dan perluasan jelapang padi negara yang baru selain di Kedah dan di Selangor adalah di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan.   Pembukaan dan perluasan ini akan menghasilkan 104,000 tan metrik dengan penyertaan oleh 12,237 pesawah dan tambahan kawasan seluas 19,000 hektar.   Tindakan ini adalah wajar bagi mengurangkan kebergantungan import beras daripada luar. Bantuan BR1M pusingan kedua juga diperkenalkan dengan cakupan pemberian kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 dengan bantuan RM250.   Selain itu, pemberian rebat pembelian telefon pintar sebanyak RM200 kepada mereka y

GHANI MINHAT: PERGINYA SEORANG LAGENDA

Imej
Ghani Minhat - gambar ihsan olympic.org.my Pada hari Jumaat yang lepas, negara kehilangan seorang lagi lagenda bola sepak, Ghani Minhat yang merupakan pemain bola sepak yang mendapat jolokan ‘Raja Bola’ meninggal pada 10.34 pagi. Walaupun berasal daripada Negeri Sembilan, Ghani Minhat banyak beraksi untuk pasukan Selangor selain mewakili negara sejak tahun 1956.   Mula bermain ketika berusia 10 tahun, Ghani Minhat bermain di peringkat kelab seawal usia 17 tahun mewakili Depot Polis dalam Liga Selangor.   Keunikan Ghani Minhat adalah keupayaan beliau menggunakan kedua belah kakinya.   Rekod beliau sebagai penjaring dengan jumlah gol sebanyak 106 dalam 15 perlawanan masih sukar untuk dicapai.   Gelaran ‘Raja Bola’ yang dianugerahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) diterima oleh beliau pada tahun 1959, tidak begitu lama selepas menyertai skuad negara. Mewakili Selangor daripada tahun 1955 hingga 1968 manakala mewakili negara daripada tahun 1956 hingga tahun 19

BAJET 2013 & HARAPAN RAKYAT KECIL

Imej
Kurang 30   jam, Belanjawan 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, yang akan menjadi pembentangan kali keempat selepas menerajui negara pada 2009.   Seperti pembentangan saban tahun, pembentangan ini adalah tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya kerana bahang pilihanraya sedang hangat menguasai bumi Malaysia. Setiap tahun belanjawan akan dilabel sebagai belanjawan rakyat, seingat saya tidak sekali pun pembentangan belanjawan dikritik oleh pemimpin Kerajaan, namun tidak dengan pihak pembangkang yang akan memberikan pelbagai label, lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihanraya Umum 13. Walaupun belanjawan yang disediakan telah melalui proses penyediaan dan perbincangan yang teliti, namun adalah mustahil untuk memuaskan setiap segmen masyarakat di negara kita. Pembentangan belanjawan juga akan menjadi medan memenuhi tuntutan pihak-pihak yang berharap sesuatu daripada belanjawan yang dibentangkan.   Golongan penjawat awam misalnya melalui CUEPACS telah mengemukakan

MENELANJANGI DUNIA KEGURUAN DALAM ‘SATTAI’

Imej
Saya kurang pasti sama ada saya memang ditakdirkan akan mengharungi dunia keguruan dalam salah satu fasa hidup saya dan juga hidup bersama seorang guru seperti yang saya lalui sekarang sejak 1993.   Tetapi realitinya, saya cukup tersentuh dengan dunia dan profesion keguruan.   Malah dalam tulisan saya lewat ruang ini, banyak juga aspek keguruan yang saya sentuh, terutamanya adab berguru. Pada minggu lepas saya sempat menonton sebuah filem Tamil ‘Sattai’ (Cemeti/Rotan).   Sattai adalah filem mengenai guru, sekolah dan para pelajar.   Filem ini mengingatkan saya kepada filem-filem   mengenai dunia keguruan dan sekolah   – To Sir With Love (1967) lakonan Sidneys Poitters, Dead Poet Society   (1989) lakonan Robin William dan Stand And Deliver (1988) lakonan Edward James Olmos. Alam persekolahan tidak pernah sunyi daripada pelbagai cerita suka dan duka, kisah para guru dan pelajar sentiasa mampu menjadi bahan yang boleh digarap dengan sejujurnya.   Watak-watak dalam Sattai buka

GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI?

Imej
Ketika awal kerjaya, saya pernah terlibat dalam dunia keguruan, pada mulanya di sebuah pusat tuisyen di pinggir Kuala Lumpur.   Kerana minat dan dorongan membantu para pelajar, saya bertahan selama lebih 6 tahun dengan kerjaya perguruan saya yang terakhir adalah sebagai guru komputer disebuah sekolah berasrama penuh di ibu kota. Minat dan keghairahan terhadap dunia keguruan memang menambat saya.   Apabila Perdana Menteri melancarkan Pelan   Pembangunan   Pendidikan   Malaysia 2013-2025 pada 11 Septemberyang lalu, kelihatannya banyak yang perlu diperbaiki di dalam sistem pendidikan negara.   Sebanyak 11 anjakan telah digariskan,antaranya adalah anjakan ke-4: Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan. Sebagai seorang yang bergelumang dengan warga pendidik dan dunia pendidikan (dalam cara saya sendiri) sebenarnya kepincangan dan kelemahan di dalam sistem pendidikan bukanlah begitu meruncing malah saya beranggapan bahawa dengan situasi semasa sekurang-kurangnya misi pendidika

HARAPAN BARU 1 MALAYSIA

Imej
Selepas pelbagai produk berasaskan 1Malaysia, yang terkini adalah Kedai Buku 1Malaysia.  Semalam,  Perdana Menteri melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang berlokasi di UTC (Pusat Transformasi Bandar), yang lokasi asalnya adalah Pudu Raya yang kemudian menjadi Plaza Rakyat, Pudu Sentral  dan akhirnya menjadi UntukAnda Melihat (UTC)! Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri selepas mengambilalih tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.    Sejak itu pelbagai produk dan perkhidmatan berjenama 1 Malaysia diperkenalkan satu demi satu.   Walaupun kesemuannya berjalan dengan begitu teratur dan terancang, namun tidak ramai yang menyedari bahawa terdapat juga beberapa jenama 1 Malaysia sudah mula menampakkan kepincangan, mungkin daripada segi pengurusan dan pengendaliannya. Antara yang dikesan, sudah mula goyah adalah operasi Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, tidak ramai yang tahu   pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia adalah syarikat sama

MALAYSIA TIDAK PERLU PEMIMPIN POLITIK BUTA RASA

Imej
Ngeh Koo Ham - Ahli Politik Buta Rasa! Beberapa orang teman bukan Islam saya amat prihatin dengan beberapa insiden melibatkan kemarahan orang Islam terhadap penghinaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW seperti yang digambarkan di dalam filem The Innocence of Muslim. Teman-teman bukan Islam saya adalah dari kaum India dan Cina yang telah begitu sebati dengan perjalanan dan sensitiviti terhadap agama Islam, makanya jika ada perdebatan mengenai sesuatu perkara, kami akan sama-sama mengelak hal-hal yang berkaitan dengan agama masing-masing walaupun setiap kali berjumpa nada teguran pembuka bicara adalah yang kasar bunyinya kerana teman saya yang dilabel ‘Cina Melaka’ itu. Ketika umat Islam di seluruh dunia menunjukkan rasa tidak puas hati dan kebencian terhadap pembuat filem yang menghina umat Islam, ahli politik (maaf saya malu menyebut sebagai pemimpin) kita yang lahir, tinggal dan mendapat nikmat daripada persekitaran yang majoritinya bangsa Melayu umat Islam masi

BILA PILIHANRAYA KAMPUS PUN DIPERTIKAI!

Setelahperhimpunan bersih melalui dua edisi, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yangmasing-masing telah diadakan pada  9Julai 2011 dan 28 April 2012 yang lalu. Malah Bersih edisi 2 dan 3 adalah rentetan edisi pertama yang diadakanpada 2007. PadaJulai yang lepas pula, mahkamah memutuskan bahawa Bersih 2.0 adalah sahdaripada segi peruntukan undang-undang.   Namun selepas itu label oleh ‘menteri yang itu’ bahawa bersih yang kotormenghiasi pula kaca televisyen milik penguasa. Lapantuntutan yang dikemukakan sejak 2007 seolah-olah menjadi momokan denganpelbagai alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Barisan Nasional.   Tuntutan bagi membersihkan senarai undi,mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa berkempen minima selama21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuahpolitik dan hentikan politik kotor. PadaSeptember 2011, Kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas BerhubungPenambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) , yang  dianggotai 5 ahli p

BERSEMADILAH DENGAN AMAN, JOHN COFFEY!

Imej
Seperti SN/SR A. Samad Said yang mengulang baca novel Dr. Zhivago karya Boris Pasternak saban tahun, saya juga saban tahun ulang menonton filem The Green Mile .   Malah dalam banyak hal filem The Green Mile adalah antara filem yang menjadi ‘favourite’ saya, malah ketika blog ini dimayakan saya memang tidak teragak-agak meletakkan filem The Green Mile dan Rain Main (sebuah lagi filem lakonan mantap Dustin Hoffman) sebagai antara   ‘ favourite film’ saya. Filem The Green Mile memang termasuk dalam agenda ulang nonton saya saban tahun malah ketika-tika saya agak ‘down’ disebabkan hambatan-hambatan tugas dan hidup, filem The Green Mile adalah antara yang menjadi penyejuk saya.   Kali terakhir saya menonton filem The Green Mile ialah pada Februari yang lalu, dan semalam saya menontonnya lagi dengan penuh kepiluan menekuni John Coffey. John Coffey watak Michael Clarke Duncan dalam  The Green Mile John Coffey ialah watak yang dimainkan oleh Michael Clarke Duncan yang be

HUKUMAN ALTERNATIF PEROGOL – ISYARAT YANG SALAH?

Imej
Seorang rakan rapat yang saya temui dalam sebuah majlis yang mengamalkan poligami (ikut sunnah Nabi katanya) murung wajahnya.   Dia seorang usahawan Muslim yang berjaya dan masalah kewangan bukanlah sesuatu yang merungsingkannya. Setahu saya dia berkeluarga besar dengan tiga orang isteri dia mempunyai 18 orang anak dan 15 daripadanya adalah anak perempuan dari usia 22 hingga 3 tahun. Namun kemurungannya memang berasas, sekurang-kurangnya dua kes rogol bawah umur yangjelas dilakukan oleh sipelaku, namun terlepas daripada hukuman penjara malah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama 5 tahun.   Sebagai seorang bapa, mempunyai anak lelaki mahupun anak  perempuan tanggungjawab melindungi dan mendewasakan adalah satu tanggungjawab yang sukar namun wajib dipenuhi. Tulisan ini tidak bermaksud mempertikaikan keputusan mahkamah kepada si pesalah, namun apa yang dikesalkan ialah keputusan-keputusan seperti ini menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat umum.   Yang le

MERDEKA CARA BERAHIM?

Imej
Ketika pelbagai pihak menunjukkan semangat merdeka, sekumpulan penduduk di Parlimen Pasir Mas mempunyai cara ‘unik’ (rasa hendak tergelak pun ada) merai dan menunjukkan semangat Merdeka mereka. Mereka menggunakan 2350   kilogram beras pulut untuk menghasilkan jalur gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar bagi menunjukkan semangat merdeka mereka. Menurut Pengerusi Majlis Merdeka Raya Parlimen Pasir Mas, Wan Mohd Hafiz Wan Awang   "Idea ini dicetuskan oleh Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebagai satu cara untuk menyemarakkan semangat di kalangan penduduk daerah ini sempena bulan kemerdekaan,". Tulisan ini tidaklah mempertikaikan sambutan kemerdekaan namun apa yang dikesalkan ialah unsur pembaziran yang ketara danmenggunakan makanan bagi menghasilkan jalur gemilang. Ketika dunia sedang menghadapi krisis makanan dan begitu ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara kita, menggunakan makanan asasi seperti beras pulut amatlah me